.:Mari Bergoogle+:.

.: Pengikut Setia :.

ALERT!!!

Welcome to my blog. If you like my content do please be my follower ok? My content mostly about beauty and make up tips and also about my personal life experiences. The contents are mostly in Malay language. Thank you again for drop by. (^-^)

Jumlah pendatang

Wednesday, August 20, 2014

Chapter 154: Permohonan Nikah = DONE!

Assalamualaikum semua dan helo helo heloooo... Alkisahnya PC rosak jadinya aku hapdet blog guna apps. Nak dijadikan cerita, aku dah lepas frasa yang menserabutkan para b2b sekalian. Iaitu permohonan nikah. Halahhh yg uols kena p pejabat agama setel borang segala tuuuu... Jadi nak share la experience skit bagaimana nak menghadapi proses tu.

Sebenarnya proses tu tak la serabut sangat. Cuma yang jadi serabutnya sebab kes aku ni melibatkan dua negeri. Jadi agak kelam kabut sikit lah. Ulang alik penang-sik mao la dalam 7 kali. Jadi moh kita mula yea.

Kes aku: Duduk di Penang, nak nikah di Sik, Kedah. 

Apa-apa hal pun borang pihak lelaki kena setelkan dulu. Then baru boleh pihak perempuan mula. Tapi kalau pihak laki uols macam aku ni style last minit, uols nak mula setel borang sendiri pon boleh. Bila pihak lelaki dah setel uols tinggal hantar terus p pejabat agama jelah. 

Mula-mula sekali. Make sure dah p kursus kahwin yea. Dok dengaq kata nak wat seminggu tapi macam rumors saja. Tapi kalau wat seminggu pun baguih jugak sebab statistik penceraian pasangan muda kan tinggi sekarang ni..

Bila dah ada kursus kahwin boleh la p check hiv. Tapi make sure 6 bulan sebelum tarikh nikah ok. Sebab kalo sijil hiv uols tu dah lebih 6 bulan, kena la check lagi sekali. 

Boleh la ambil borang permohonan kebenaran nikah kat tok imam kariah masing2, tak pun dekat pejabat agama masing2. 

Sediakan dokumen2 yang diperlukan. Yang aku ingat lah ni untuk penang. Depa nak:
1. Salinan ic ngan ori
2. Salinan ic wali
3. Salinan ic pasangan
4. Salinan kursus kawen ngan ori
5. Salinan sijil nikah mak ayah
6. Keputusan hiv. 
7. Kebenaran kahwin lelaki

Bila pihak lelaki dah bagi kebenaran nikah depa kan uols, n borang uols pon dah setel tok imam sign2 segala so boleh lah hantar ke pejabat agama. Jangan uols xtaw. Penang ada interbiu yea nak nikah. Tapi nasib aku agak baik lah ustaz tu suruh baca surah Al-Fatihah ngan mengucap saja. Yippi! Punya la aku study malam tu. Tapi tak pa lah kan rewind balik apa yang dah belajar dulu. So setel2 lepas dalam dua hari siap lah kebenaran aku. Untuk Penang just bayar RM5 sahaja duit proses.

Oleh sebab aku nak nikah di Sik, Kedah jadinya aku perlu mintak segala borang yang aku dah bagi kat pejabat penang tu. Untuk urusan di pejabat Sik pulak. 

Sebenarnya kalau aku tahu awal-awal aku x yah pun apply kat penang. Apply terus kat sik. Mintak surat mastautin dari Tok imam. Tak kisah lah ic aku alamat penang pun. Tapi dah pejabat agama sik suruh aku apply kat penang so aku ikut jelah. 

Orait sambung cerita. Bila segala dokumen2 dah ada. Berangkat pulak ke Sik. Mintak borang kat Tok Imam kariah. Isi-isi segala yang diperlukan. Then tok imam cop baru lah hantaq ke pejabat agama. 

Dokumen yang diperlukan:
1. Salinan ic
2. Salinan ic wali
3. Salinan ic pasangan
4. Salinan kursus kahwin n ori
5. Salinan ic dua saksi (bukan saksi masa nikah)
5. Salinan sijil nikah mak ayah kalau anak perempuan first. Aku anak 2nd jadi tak payah la. 
6. Keputusan hiv.
7. Kebenaran kahwin lelaki

Pendek ceritanya aku kena apply kebenaran kahwin untuk Sik pulak. Bila dah setel-setel pergilah pejabat agama Sik. Uniknya kedah ni nanti uols kena baca ikrar. Dalam bahasa jawi ok tapi kalau tak reti baca jawi boleh la mintak yang rumi. Bila dah habes baca sign. Maka setel lah urusan permohonan nikah ni. Untuk Kedah bayaran yang dikenakan ialah RM12. 3 hari kemudian boleh ambil kebenaran kahwin (ingatkan siap hari yang sama). Kebenaran kahwin n segala borang dan dokumen yang pejabat agama serah balik tu uols kena bagi kat Tok Imam sebelum tibanya hari nikah. Supaya dia boleh isi ruangan yang disediakan untuk dia. Bab2 saksi masa nikah tu uols xyah susah-susah pikiaq tu Tok Imam yang carikkan nanti. 

So selesailah proses itu. Tunggu tiba hari nikah saja. Hilang serabut bila benda ni dah setel. Mana-mana yang kurang paham tu boleh la tanya di ruangan komen tu. Pejam celik pejam celik lagi seminggu lebih saja nak bertukaq status hikhikhik.
Ok thank u for reading... Jumpa lagi dikemudian hari XOXO

0 penambah suasana: