.:Mari Bergoogle+:.

.: Pengikut Setia :.

ALERT!!!

Welcome to my blog. If you like my content do please be my follower ok? My content mostly about beauty and make up tips and also about my personal life experiences. The contents are mostly in Malay language. Thank you again for drop by. (^-^)

Jumlah pendatang

Thursday, July 3, 2014

Chapter 153: DIY - Bunga kipas kertas

Assalamualaikum dan hello. Kembali lagi kita yea. Harini taknak tulis banyak nak kongsi kat uols semua cara nak buat bunga kipas kertas. Oleh sebab aku ni B2B yang semuanya nak DIY jadi memang aku buat lah bunga ni untuk deco pelamin nanti. Bagi yang tak taw benda apa bunga kipas kertas tu ha meh nak tunjuk contoh. 

comel ja pastel kaler warna warni
Inspirasi aku dari ni lahhh... Simple ja kan...
Yang ni serius sempoi. Simple tapi nice gila. Ingat nak wat camni. Paih tu nak carik papan2 tu alahaiii... 

Okeh so uols da taw la kan bunga kipas tu apa ke bendanya? Jadi jom kita buat.

Alatan dan bahan yang perlu di sediakan:

1) Kertas warna



2) Gunting of course


3) Gam biasa dan gam pistol (glue gun)

Bukan pistol mainan okey


4) Doily paper/ Kertas putih yang digunting bentuk bulat


5) Safety pin


Langkah-langkah

1) Untuk buat satu bunga kipas ni memerlukan 6 helai kertas. Nak kecik ka nak besaq ka ikut uols gunting besaq mana lah kertas tu tapi make sure sama saiz and semuanya 6 helai. Kalau nak buat besaq memerlukan 6 helai kertas A4. Sederhana besaq kertas A4 bahagi dua. Nak kecik kertas A4 bahagi 3. Nak lagi kecik kertas A4 tu bahagi 6 terus. Ok paham x.

2) Bila da gunting 6 helai uols gam cantumkan hujung sampai jadi satu helai kertas yang panjang. Macam gambaq bawah ni:


3) Lipat macam nak buat kipas sampai lah habes...


4) Gam hujung bertemu hujung automatik akan jadi bentuk bunga


5) Gam di celah-celah tengah bunga ni supaya dia lebih keras dan kukuh. Hati-hati guna gun glue ni yea. Sebab panas gila. Komfom melecur kalau kena.


6) Bila da boh gam celah-celah tu, boh jugak keliling bulat tu banyak-banyak untuk tampal doily paper / kertas putih bulat. Sebab aku malas nak beli doily paper so gunting ja la kertas a4 putih bulat-bulat banyak.


7) Terbalikkan bunga kipas ni. Ulang step no 5. Tapi kali ni kita tak lekat kertas bulat kita lekat safety pin. Tujuannya untuk lekat dekat backdrop kain lah. Jangan risau glue gun ni kuat, takkan tercabut punya safety pin kita.


8) Biar gam kering dan wahlah siap lah bunga kipas kita. Ini pelbagai saiz yang boleh kita buat:


Aku wat tema soft pink + soft peach. Batch bunga kipas kaler soft pink dah pun siap. Tinggal batch kaler peach ni ja la. Nak tengok camna rupa pelamin diy aku nanti kena tunggu lah yea. Tak lama dah. hehe. Setel majlis nanti semua benda aku DIY dari baju, doorgift, hantaran dan pelamin aku akan review. Kot la pasni ada B2B yang bersemangat DIY macam aku ni boleh jugak ambil tips. Kehkehkeh.

So terima kasih la noh singgah blog yang humble ini. Pada B2B yang DIY macam aku ni selamat maju jaya dan semoga semuanya berjalan dengan lancar yea.

XOXO

0 penambah suasana: