.:Mari Bergoogle+:.

.: Pengikut Setia :.

ALERT!!!

Welcome to my blog. If you like my content do please be my follower ok? My content mostly about beauty and make up tips and also about my personal life experiences. The contents are mostly in Malay language. Thank you again for drop by. (^-^)

Jumlah pendatang

Saturday, May 17, 2014

Chapter 152: #projectkawencikpuan2014 custom made veil

Assalamualaikum dan hello hello helooooo semua. Lama gila tak update blog. Almaklumlah takda masa dan lupa dan malas. Jadi harini dah rajin dan sebab bosan tak tahu nak watpa jadi harini aku update la blog yang dan bersawang setebal 10 inci ni. hehehe...

Orait pejam celik pejam celik dah masuk pertengahan bulan Mei. Cepat gila masa berjalan. Skang ni aku da masuk frasa serabut: Lets check this photo down there:







Now lagi 3 bulan more to go. Actually dah nak masuk lebih kurang 2 bulan ja lagi sebenarnya sebab da tengah bulan mei kotttt. yeah muka aku lebih kurang mcm tulah bila fikir persiapan kawen ni... So much to do and so much to buy. Tapi Alhamdulillah ada yang dah setel contohnya photographer dah booking, kad kawen siap dah tunggu nak print ja, then barang hantaran setel dah, n x lupa baju-baju pon setel dah. Cuma yang rumit macam borang mohon nikah ja blom, hiv check pon blom. Ingat dalam bulan ni jugak la nak p amik borang and check hiv tu. Arghhhh... 


As you all know, aku memang jahit sendiri baju-baju untuk majlis nanti (RAJIN dan nak save cost). Sebanyak 6 pasang Alhamdulillah setel dah. Sebenarnya 5 pasang ja. Baju nikah nanti aku recycle baju tunang aritu saja. Tukar manik lain dan ejas-ejas skit bentuk baju (Lagi sekali RAJIN dan nak save cost). Ikutkan nak wat baju aku ja dah pulak si pakcik strow ni suruh buat baju dia jugak. Da la aku tak suka wat baju lelaki. renyah, leceh, banyak kerja. Nak tengok jadi macam mana baju aku buat kena tunggu la majlis nanti yea. orait so layan dlu teaser-teaser baju kami. Cehhh teaser konon. Semua ehsan instagram aku kalau nak follow search saja cikpuansb dan semua under #projectkawencikpuan2014. Kelas kau jahhh. Ok layan pic yea


Ini baju resepsi untuk belah aku. Ikotkan nak kaler ala-ala baju nikah siti sarah tu peach pink. Sekali non hado daaaa kaler tu kat Jakel. Aku pon rembat jelah warna ni. Sweet kannnnnn. Mesti uols tak sabaq nak tengok pakcik strow pakai pink kan. hahahahaha.... 




Ini pulak baju resepsi belah pakcik strow. Kaler mocha katanya. Alhamdulillah setelah nak naik kelabu mata-mata menjahit manik ni akhirnya siap jugak dengan jayanya. Tempahan manik InshaAllah after da setel majlis aku akan start amik tempahan. 


Ok ni baju pak strow untuk blah dia. Untuk blah aku, lupa nak snap dah bungkus sidai dah malas nak bukak. Baju melayu moden saja dengan poket sembunyi which is susah betul nak buat pada mulanya. Tapi sekarang ni senang. hehehe praktis makes perfect kan. Baju laki ni aku tak boh pon lace-lace segala sebab iols tak suka la x sesuai sangat laki ni berlace2. Sebab dalam kepala aku nampak baju kawen khairul fahmi si apex tu ja. Simple tapi still segak. Halah nanti dah boh tengkolok, sampin keris hang tuah tu complete laaaaa... 

Setel bab-bab baju. Kalau sapa-sapa nak tempah ka sewa ka boleh la. Bila baju pun buat sendiri, bride mestilah kena ada veil kan? Veil pon aku diy saja. Ha para-para B2B (bride-to-be) boleh lah nak tempah veil dengan saya yea. Ok layan sat dulu contoh design veil.








Orait yang pink tu diamond applique veil. Agak famous sekarang ni di kalangan b2b yang nak diy veil macam aku ni. 

applique diamond crown (lebar 25cm tinggi 13cm) RM50

Applique diamond princess(lebar 34cm tinggi 5.5cm) RM65


Yang kain putih tu pulak aku just gunakan lebihan lace yang ada lepas ejas-ejas baju tunang. 

Sorry lah tak da model nak sarung veil tu. Nak tengok aku pakai boleh la tunggu majlis nanti hehe. Ok agak panjang post harini pada laaa lama tak update kan. Hehe thank u sudi luang masa dalam blog ni. Jangan lupa like page fitri couture by design yea walaupun yang ni pon bersawang dah tak update. Sibuk sibuk sibukkkk...

XOXO

UPDATE: Sorry banyak2 wat masa ni saya tak ambil lagi tempahan untuk veil ini... 


0 penambah suasana: