.:Mari Bergoogle+:.

.: Pengikut Setia :.

ALERT!!!

Welcome to my blog. If you like my content do please be my follower ok? My content mostly about beauty and make up tips and also about my personal life experiences. The contents are mostly in Malay language. Thank you again for drop by. (^-^)

Jumlah pendatang

Wednesday, February 19, 2014

Chapter 151: HOW TO: Shopping di Zalora Psstt.. Nak bagi diskaun 15%ni...

Assalamualaikum dan hello semuaaaaa... Harini nak habaq eh silap nak ajaq uols semua macam mana nak shopping di Zalora. Rasanya semua orang tahu Zalora ni apa benda. Alahhhh Gudang Beli Belah online terbesar di Asia tuuu. Ok lupa dah tagline dia beribu gaya tu. Memang selalu sangat dok shopping kat Zalora ni jadi ingat nak share sikit la macam mana caranya. Kita akan cerita dari mula sampai lah habis. Thank u cikpuan haha.

Klik sini ja kalo nak p website zalora

Secara peribadinya kita memang suka shopping tapi tak suka nak meronda satu Mall tu carik barang. Penat satu, Penat lagi... dan penat haha. Pendek ceritanya memang tak suka shopping outdoor. Tapi lain pulak ceritanya bila online ni. I must say I'mmm loving it. Sebabnya terkedang kat rumah sahaja da boleh browse barang banyak. Save your sweats actually kihkihkih.
Sebab apa i love Zalora ni sebab:

1) Online shopping of course
2) 30 hari pemulangan semula barang
3) Cara payment yang mudah
4) Pelbagai jenama
5) Rasa macam shopping kat Sogo. hehe

So nak shopping kat Zalora ni uols kena ada akaun dalam tu. Jangan risau pendaftaran FREE sahaja. 
First of all uols bukak la website zalora ni. Kalau tak taw address search ja google Zalora Malaysia.

Klik dekat anak panak yang comel tu hehe... Nak guna fesbuk pon boleh nak isi manual pon boleh

Isi saja maklumat diri uols

So bila dah ada akaun dalam Zalora ni uols mula lah browsing barang-barang nak shopping. So ni nak ajaq camna nak bayaq dan guna kupon ni. Bila da puaih browsing and jumpa barang yang nak dibeli uols klik saja barang tu and dia akan kluaq macam ni ha kalau uols beli kasut la

Cantiknya kasut ni...... Argh

Orait so uols pilih saiz kasut. Kalau saiz uols tu available lagi Alhamdulillah lega. Kalau tak ada sila browsing kasut lain. hehehe... Bila da pilih uols klik tambah ke beg tu untuk ke proses pembayaran.

Isi kod kupon baucer yang uols dapat tu tadi
Kalau uols nak voucher potongan harga 15% uols copy saja kod ni ZBAPl1C (Z huruf besar, B huruf besar, A huruf besar P huruf besar L huruf kecik nombo satu n C huruf besar) boh situ. Kod kupon ni boleh guna sekali masa pembayaran saja. First pembayaran uols beli pakai kod voucher 15% ni sebab tak kisah harga asal barang tu  berapa. Kod voucher 15% tu hanya untuk pembelian uols  yang pertama. 

LUPA nak habaq voucher 15% tu untuk customer yang tak pernah shopping kat Zalora ok. Kalau yang dah pernah shopping tu tapi nak jugak kod tu bleh la sign up akaun lagi satu. 

Beli barang atas RM75 uols akan dapat FREE postage

Dah setel isi kupon apa semua ni uols klik la teruskan ke pembayaran ituuuu...

Pahamkan ok...
Mula-mula uols isi maklumat pelanggan tu. Maklumat uols la.
Then pilih cara pembayaran. Kalau bayar waktu terima tu dia ikut lokasi jugak kalau rumah uols termasuk dalam lokasi bayar waktu terima (Cash on delievery)  tu ok. Maksudnya bila barang sampai kat rumah uols bayar la kat courier tu.

Untuk kad kredit ni tak pasti la camni sebab tak ada kad kredit. Orang yang ada taw kot macam mana nk wat.

Then untuk cara pembayaran kegemaran shoppers online ni dengan menggunakan kaedah online banking. Yang dia tulis pembayaran online tempatan tu. Make sure uols enable pops out. { cara nya p setting google >> show advance setting >> privacy >> content setting >> pops-ups  >> klik allow all sites to show pops ups }

Dalam tu dia akan keluar lah segala bank-bank yang terlibat uols pilih la bank uols then isi la macam biasa tu. Make sure intenet dalam keadaan elok. Jangan masa reload transaction tu tenet error. 

Kalau tak ada intenet banking uols boleh guna kaedah bank in kat mesin ATM. Tapi yang ni agak renyah la sikit. Nanti depa emel uols habaq no akaun then bila pembayaran dah buat uols kena hantar gambar resit pembayaran kepada emel tadi. 

Yang lain-lain tu xpayah pikiaq la hehe..
So bila da setel smua-semua ni klik terus ke buat pesanan anda tu. Jadi setel lah pembelian uols tu. Tunggu emel dari depa habaq pembelian uols tu. Then bila penghantaran da buat pon depa akan hantar emel jugak. Tempoh mula penghantaran barang ni kadang-kadang ikut barang jugak. Ada yang laju ada yang nak kena tunggu lama. Macam dulu la order beg + kasut hari yang sama tapi beg yang sampai dulu. Kasut dalam 3-4 hari kemudian baru sampai. Atleast sampai kan.

Agak panjang entry kali ni. Hehe ha Zalora pon ada apps taw. Zaman la ni semua hujung jari sahaja. Download la dalam gajet-gajet uols tu.

Jadi happy shopping di Zalora dan terima kasih.

P/S: Selama shopping kat Zalora jujurnya tak pernah ada masalah.


0 penambah suasana: