.:Mari Bergoogle+:.

.: Pengikut Setia :.

ALERT!!!

Welcome to my blog. If you like my content do please be my follower ok? My content mostly about beauty and make up tips and also about my personal life experiences. The contents are mostly in Malay language. Thank you again for drop by. (^-^)

Jumlah pendatang

Tuesday, February 18, 2014

Chapter 150: HOW TO: Ambil Ukuran Badan

Hari ni nak share sikit cara nak ambil ukuran badan bagi customer Fitri Couture by design yang tak mau guna ukuran standard. Lebih elok jika minta kawan-kawan tolong ambilkan ukuran bahagian yang payah nak capai tangan kita yea. 




So alatan yang diperlukan:
1) Pita pengukur 

Beli tape ni murah sajer kat mydin.....
2) Buku nota dan pen
Antara ukuran yang penting dalam pembuatan baju ni ialah:
1) Lebar bahu
2) Keliling dada
3) Keliling Pinggang
4) Paras Pinggang
5) Keliling Punggung
6) Labuh baju
7) Labuh kain
8) Labuh lengan
9) Keliling bukaan tangan

Ukuran tak kisah dalam inci ka cm ka tapi lebih prefer cm. sebab masa belajar pun guna cm.

Lebar bahu



Diambil dari tulang bahu kanan hinggalah ke tulang bahu kiri. Ikut saja gambar ni u'll be fine

Keliling dada


Ukuran diambil pada keliling dada yg mengenai paras paling tinggi di dada atau dikenali sebagai puncak dada. Lebihkan ukuran dalam lebar dua jari untuk keselesaan. Ketat sangat pulak nanti jadi baju che ta pulak....

Keliling Pinggang


Ukuran diambil disekeliling pinggang yang sebenar. Lilit pita ukur pada bahagian yang paling sempit pada badan. Uols taw kan pinggang uols mana.... Jangan silap pulak. Lebihkan ukuran dua jari untuk keselesaan

Paras pinggang


Ukuran diambil mula dari tulang leher belakang sampai la ke pinggang

Keliling punggung


Yang ni sama ja macam nak ambil ukuran pinggang cuma pinggang kita tengok bahagian badan yang sempit. Punggung pulak uols tengok bahagian yang menonjol. ehem... Lebihkan ukuran dua jari untuk keselesaan...

Labuh baju


Mulakan dari bahu melalui puncak dada hinggalah labuh mana yang uols nak...

Labuh kain

Mula dari pinggang uols sampai la ke buku lali.

Labuh lengan


Ukuran dimulakan dari tulang bahu sampai la ke labuh yang diingini.

Keliling bukaan tangan


Keliling tangan anda luas mana yang anda mahu.

Jadi uols boleh paham kot penerangan secara ringkas ni. Nak tempah baju raya jangan malu jangan segan. Jauh dari penang pun boleh. Poslaju kan ada. Hehe

Terima kasih


0 penambah suasana: