.:Mari Bergoogle+:.

.: Pengikut Setia :.

ALERT!!!

Welcome to my blog. If you like my content do please be my follower ok? My content mostly about beauty and make up tips and also about my personal life experiences. The contents are mostly in Malay language. Thank you again for drop by. (^-^)

Jumlah pendatang

Sunday, February 9, 2014

Chapter 149: REVIEW: 15 Colors Concealer Pallette

Sedar tak sedar lama dah kan tak buat review pasal mekap? Lama sangat dah cuti bab-bab mekap ni so tengah free-free ni berkecimpung balik la. So untuk bulan februari ni aku update la satu barang untuk koleksi mekap ni. Tambah skill untuk diri sendiri tak salah kan.... Skill kan boleh menjana pendapatan.

Orait so fikir punya fikir punya fikir (punya sep duit nak savings kawin) akhirnya aku beli la jugak concealer pallete ni sebabnya aku tak pernah ada concealer. Jadi tak salah la nak beli. So ni la rupa concealer pallete tu..

Meh nak cerita sikit. Orait aku beli pallete ni dekat PEMBORONG KOSMETIK KZ. Uols nak beli satu pon boleh uols nak beli borong wat nega pon boleh kat situ so do check that page wokey. Harga ok la tak la mahal mana pun RM25 only. Plus RM6 for posting. Kalau beli concealer yang sebatang tu ntah lagi mahal agaknya. Ni kira ok la dapat 15 color lagi u.


Pallete ni ada 15 warna. 3 warna hijau, purple ngan kuning tu untuk color correction. Nanti aku habaq ni untuk apa. 1 warna putih shining2 tu rasanya untuk highlight. Then baki warna yang lain tu pelbagai tone warna concealer.

Untuk warna hijau:
menyamakan cela-cela yang warna merah. Contoh macam jerawat ka ruam ka janji ada warna merah. Sebab bila hijau bercampur merah dia akan jadi neutral (kaler kelabu) jadi senang la nak tepek concealer tak pun bila sapu foundation akan jadi flawless.

Untuk warna purple:
mengurangkan kesan warna kuning pada kulit. Contoh kalau ada lebam yang dah warna kuning-kuning tu elok la. 

Untuk warna kuning:
bagus untuk cover lebam bawah mata. lebam yang warna ungu bila sapu warna kuning ni dia akan jadi neutral so bila sapu foundation akan jadi flawless. tak payah tepek foundation tebal-tebal.

Cam aku mention tadi warna putih untuk highlight dan yang paling gelap tu uols boleh guna untuk contour. Nak tahu cara hightlight dan contour ikut bentuk muka boleh refer post aku yang ni. Highlight dan contour.

Selain dari tu yang warna gelap ni pon aku guna untuk rapi kening. It works ok. Ada masa aku tunjuk untuk next post.

JADI ini aku tunjuk serba sedikit penggunaan concealer ni:


Ni konon-konon ruam la. Base merah jadi kita perlukan concealer hijau yea
Tepek-tepek la concealer hijau tu sampai kesan merah tu macam dah vanish. Teknik dab ok uols jangan tenyeh sapu kuat2. 
pastu uols tepek kat atas plak concealer ikut tone warna kulit. Blend sampai nampak natural yea.See? Kesan merah tu dah vanish. After that uols boleh la sapu foundation. Be careful dekat area yang ada merah tu. Jangan kacau dia sangat kita dah elok cover. hehe

Orait untuk bawah mata yang gelap. Check warna lebam uols dulu. Kalau agak warna merah uols cover dengan hijau dulu, kalau agak warna purple uols cover dengan kuning dulu. Lebam bawah mata aku agak purple2 sikit so guna concealer kuning untuk natural kan warna purple tu. Then sapu concealer ikut warna kulit then finish it off with foudation. Kalau ada kesan lagi bila dah boh foundation, uols dab-dab lagi la concealer. Orait ni contoh:

Belah kiri dan sapu concealer + foundation. Belah kanan natural kulit. hehehe...

Overall mekap guna concealer ni.  No more lebam bawah mata tp eye bag tu still ada ok xleh hilang. haha. Kening guna teknik gam tak cukur yea Then rapi guna warna concealer yg paling gelap tu.

Overall nya aku puas hati la dengan concealer pallete ni. Worth bought it. So sampai sini dulu untuk kali ini. Thank u for read it.

XOXO

0 penambah suasana: