.:Mari Bergoogle+:.

.: Pengikut Setia :.

ALERT!!!

Welcome to my blog. If you like my content do please be my follower ok? My content mostly about beauty and make up tips and also about my personal life experiences. The contents are mostly in Malay language. Thank you again for drop by. (^-^)

Jumlah pendatang

Wednesday, February 19, 2014

Chapter 151: HOW TO: Shopping di Zalora Psstt.. Nak bagi diskaun 15%ni...

Assalamualaikum dan hello semuaaaaa... Harini nak habaq eh silap nak ajaq uols semua macam mana nak shopping di Zalora. Rasanya semua orang tahu Zalora ni apa benda. Alahhhh Gudang Beli Belah online terbesar di Asia tuuu. Ok lupa dah tagline dia beribu gaya tu. Memang selalu sangat dok shopping kat Zalora ni jadi ingat nak share sikit la macam mana caranya. Kita akan cerita dari mula sampai lah habis. Thank u cikpuan haha.

Klik sini ja kalo nak p website zalora

Secara peribadinya kita memang suka shopping tapi tak suka nak meronda satu Mall tu carik barang. Penat satu, Penat lagi... dan penat haha. Pendek ceritanya memang tak suka shopping outdoor. Tapi lain pulak ceritanya bila online ni. I must say I'mmm loving it. Sebabnya terkedang kat rumah sahaja da boleh browse barang banyak. Save your sweats actually kihkihkih.
Sebab apa i love Zalora ni sebab:

1) Online shopping of course
2) 30 hari pemulangan semula barang
3) Cara payment yang mudah
4) Pelbagai jenama
5) Rasa macam shopping kat Sogo. hehe

So nak shopping kat Zalora ni uols kena ada akaun dalam tu. Jangan risau pendaftaran FREE sahaja. 
First of all uols bukak la website zalora ni. Kalau tak taw address search ja google Zalora Malaysia.

Klik dekat anak panak yang comel tu hehe... Nak guna fesbuk pon boleh nak isi manual pon boleh

Isi saja maklumat diri uols

So bila dah ada akaun dalam Zalora ni uols mula lah browsing barang-barang nak shopping. So ni nak ajaq camna nak bayaq dan guna kupon ni. Bila da puaih browsing and jumpa barang yang nak dibeli uols klik saja barang tu and dia akan kluaq macam ni ha kalau uols beli kasut la

Cantiknya kasut ni...... Argh

Orait so uols pilih saiz kasut. Kalau saiz uols tu available lagi Alhamdulillah lega. Kalau tak ada sila browsing kasut lain. hehehe... Bila da pilih uols klik tambah ke beg tu untuk ke proses pembayaran.

Isi kod kupon baucer yang uols dapat tu tadi
Kalau uols nak voucher potongan harga 15% uols copy saja kod ni ZBAPl1C (Z huruf besar, B huruf besar, A huruf besar P huruf besar L huruf kecik nombo satu n C huruf besar) boh situ. Kod kupon ni boleh guna sekali masa pembayaran saja. First pembayaran uols beli pakai kod voucher 15% ni sebab tak kisah harga asal barang tu  berapa. Kod voucher 15% tu hanya untuk pembelian uols  yang pertama. 

LUPA nak habaq voucher 15% tu untuk customer yang tak pernah shopping kat Zalora ok. Kalau yang dah pernah shopping tu tapi nak jugak kod tu bleh la sign up akaun lagi satu. 

Beli barang atas RM75 uols akan dapat FREE postage

Dah setel isi kupon apa semua ni uols klik la teruskan ke pembayaran ituuuu...

Pahamkan ok...
Mula-mula uols isi maklumat pelanggan tu. Maklumat uols la.
Then pilih cara pembayaran. Kalau bayar waktu terima tu dia ikut lokasi jugak kalau rumah uols termasuk dalam lokasi bayar waktu terima (Cash on delievery)  tu ok. Maksudnya bila barang sampai kat rumah uols bayar la kat courier tu.

Untuk kad kredit ni tak pasti la camni sebab tak ada kad kredit. Orang yang ada taw kot macam mana nk wat.

Then untuk cara pembayaran kegemaran shoppers online ni dengan menggunakan kaedah online banking. Yang dia tulis pembayaran online tempatan tu. Make sure uols enable pops out. { cara nya p setting google >> show advance setting >> privacy >> content setting >> pops-ups  >> klik allow all sites to show pops ups }

Dalam tu dia akan keluar lah segala bank-bank yang terlibat uols pilih la bank uols then isi la macam biasa tu. Make sure intenet dalam keadaan elok. Jangan masa reload transaction tu tenet error. 

Kalau tak ada intenet banking uols boleh guna kaedah bank in kat mesin ATM. Tapi yang ni agak renyah la sikit. Nanti depa emel uols habaq no akaun then bila pembayaran dah buat uols kena hantar gambar resit pembayaran kepada emel tadi. 

Yang lain-lain tu xpayah pikiaq la hehe..
So bila da setel smua-semua ni klik terus ke buat pesanan anda tu. Jadi setel lah pembelian uols tu. Tunggu emel dari depa habaq pembelian uols tu. Then bila penghantaran da buat pon depa akan hantar emel jugak. Tempoh mula penghantaran barang ni kadang-kadang ikut barang jugak. Ada yang laju ada yang nak kena tunggu lama. Macam dulu la order beg + kasut hari yang sama tapi beg yang sampai dulu. Kasut dalam 3-4 hari kemudian baru sampai. Atleast sampai kan.

Agak panjang entry kali ni. Hehe ha Zalora pon ada apps taw. Zaman la ni semua hujung jari sahaja. Download la dalam gajet-gajet uols tu.

Jadi happy shopping di Zalora dan terima kasih.

P/S: Selama shopping kat Zalora jujurnya tak pernah ada masalah.


Tuesday, February 18, 2014

Chapter 150: HOW TO: Ambil Ukuran Badan

Hari ni nak share sikit cara nak ambil ukuran badan bagi customer Fitri Couture by design yang tak mau guna ukuran standard. Lebih elok jika minta kawan-kawan tolong ambilkan ukuran bahagian yang payah nak capai tangan kita yea. 




So alatan yang diperlukan:
1) Pita pengukur 

Beli tape ni murah sajer kat mydin.....
2) Buku nota dan pen

Sunday, February 9, 2014

Chapter 149: REVIEW: 15 Colors Concealer Pallette

Sedar tak sedar lama dah kan tak buat review pasal mekap? Lama sangat dah cuti bab-bab mekap ni so tengah free-free ni berkecimpung balik la. So untuk bulan februari ni aku update la satu barang untuk koleksi mekap ni. Tambah skill untuk diri sendiri tak salah kan.... Skill kan boleh menjana pendapatan.

Orait so fikir punya fikir punya fikir (punya sep duit nak savings kawin) akhirnya aku beli la jugak concealer pallete ni sebabnya aku tak pernah ada concealer. Jadi tak salah la nak beli. So ni la rupa concealer pallete tu..

Meh nak cerita sikit. Orait aku beli pallete ni dekat PEMBORONG KOSMETIK KZ. Uols nak beli satu pon boleh uols nak beli borong wat nega pon boleh kat situ so do check that page wokey. Harga ok la tak la mahal mana pun RM25 only. Plus RM6 for posting. Kalau beli concealer yang sebatang tu ntah lagi mahal agaknya. Ni kira ok la dapat 15 color lagi u.

Tuesday, February 4, 2014

Chapter 148 : I'm Engaged!

Assalamualaikum kepada para pembaca sekalian. Baca tajuk pun uols da taw kan. Sesaja nak buat review masa tunang haritu. Tengok ramai blogger buat review kan so aku pon tergedik sama la nak share. kehkehekeh... Aku DIY semua dari baju, tudung, hantaran dan mini pelamin. Alhamdulillah after 5 years being together we took our next step. So uols enjoy viewing my photos. Kualiti tak elok sangat guna ipoik sajer. Tunggu gambaq kamera mahai lambat bebenor nak bagi. Encik Fiance kedekuit nak bagi.

Majlis berjalan di kampung aku di Sik pada  (18Jan2014). Tema putih + silver + pink gitu. Kecil-kecilan sahaja nama pun tunang kan. So family-family saja yang terlibat. Hantaran mula-mula tu 5 berbalas 7. Lepas tu bertambah plak satu lagi hantaran Maktam aku bagi so jadi 6 berbalas 8. Sepupu-sepupu aku yang kecik-kecik seronok gila la nampak cekedis-cekedis cokolat-cokolat tu. Aku masa kecik dulu tak ambik taw pon hantaran makcik-makcik aku dulu. Aku kan behave masa kecik haha ok continue... 



Behave ayu-ayu skit masa ni... Tengah tunggu nak sarung cincin.
Baju ni sebenarnya baju raya tahun 2011. Nasib baik boleh pakai lagi. Aku just tambah manik2 labuci segala bagai tu ja nak bagi meriah sikit.
Shawl tu pulak shawl two layer halfmoon. Kalau nak order, singgah saja kat Fitri Couture by design ok. 
Uols nampak kain macam karpet tu kan? Beli kat kamdar ajer. Semeter dalam rm20++ camtu la. Tu la mini pelamin aku yang comel tu. Semua last minit but berbaloi ada jugak dari tak ada kan...