.:Mari Bergoogle+:.

.: Pengikut Setia :.

ALERT!!!

Welcome to my blog. If you like my content do please be my follower ok? My content mostly about beauty and make up tips and also about my personal life experiences. The contents are mostly in Malay language. Thank you again for drop by. (^-^)

Jumlah pendatang

Saturday, December 28, 2013

Chapter 146 : DIY - Fabric Flower

Assalamualaikum dan hello pembaca sekalian. Lama bebenor tak post kat sini almaklumlah sibuk study. Nak bagitau update diri sendiri dulu tak apa kan? Haha... Uols layankan ja la ok.
Sekarang ni dah habis study, dah grad dah pun. Aku ambil kursus fashion and dressmaking kat Giatmara Tanjung Penang. 6 bulan ja uols rasanya ada dah dalam post sebelum-sebelum ni. So sekarang ni nak kata free pon tak la jugak. Sibuk hal duniawi pulak hahahaha.
So untuk post kali ni aku nak share new section untuk blog ni. Section DIY ataupun ayat panjangnya 'do it yourself'.
Alang-alang aku tengah sibuk jahit manik koran, labuci, bunga dan sebagainya aku nak share la macam mana nak buat bunga dari perca kain. Sempat jugak nak blogging kan? Haha ok lets continue
Bahan-bahan yang perlu ada:

1. Perca kain of course
2. Gunting
3. Manik pearl
4. Benang
5. Jarum





Step 1
Gunting perca kain bentuk segiempat tepat. Formula dia makin lebar kain tu makin panjang kena gunting. Paham x? Kalau nak buat bunga besar so kena lebar banyak la kain perca yg nak digunting tu. Then panjang dia kena tambah.


Step 2: Lipat dua kain yang dah digunting tu. Then jahit jelujur sepanjang kain tu. Seperti gambar di bawah okeh


Step 3: dah siap jelujur uols tarik la benang tu sampai dia jadi keremot macam gambar bawah ni


Step 4: kemaskan keremot tu bahagian yang berserabut susun sama2 dengan serabut so tinggal bahagian yang kemas di bawah. Tengok contoh gambar yea.


Step 5: bila dah susun kemas2, uols jahit la keliling bahagian serabut tu supaya depa ni saling bercantum dan jadi la macam gambar di bawah ni. Da nampak bentuk bunga kan?


Step 6: dah siap jadi bentuk bunga uols jahit la manik pearl kat tengah-tengah dia. Haaaa siap dah! Jahit la dekat baju or shawl uols yang plain2.


Nak variatykan uols buat la macam-macam saiz dan kaler macam aku buat ni. Pastu keliling dia jahit la pearls bersepah-sepah.


So macam mana senang jo kan... Selamat mencuba dan terima kadih sebab sudi baca blog titer haha.

P/s: sebarang tempahan boleh mai okey. Just visit my fb cikpuanstrowbelang. Akan aktif ambil tempahan start 2014 ni.


0 penambah suasana: