.:Mari Bergoogle+:.

.: Pengikut Setia :.

ALERT!!!

Welcome to my blog. If you like my content do please be my follower ok? My content mostly about beauty and make up tips and also about my personal life experiences. The contents are mostly in Malay language. Thank you again for drop by. (^-^)

Jumlah pendatang

Monday, September 9, 2013

Chapter 145: I'm back for now

Assalamualaikum semua. Fuh memang berhabuk blog aku ni nampaknya. Setebal 10 inci. Lama tak update dan kemas kini. Almaklum lah sekarang ni agak sibuk sejak2 dah bergelar student balik ni. Ni pon ada masa nak post sebab terasa nak install apps blogger ni dalam ipod kesayangan. So skang ni lagi mudahkan kerja nak berblogging. Hanya di hujung jari sahaja. 

Let see, apa perkembangan terbaru aku? Sekarang ni aku tak habis lagi belajar. Owh yesss i'm a student now. No no no tak sambung degree aihhhh. Tak mampu nak hadap hutang ptptn. Memudahkan kerja dan masa yang singkat aku pon mohon untuk mengikuti kelas fesyen and dressmaking  di Giatmara Tanjung. Nama tak syok langsung cubalahh tukar jadi Giatmara Georgetown. Orang baca pon komfom taw dah kat mana. Ok stop cerita pasal ni. Aku nk cerita serba sedikit pasal kursus aku ni. 

Seperti yang korang tahu Giatmara ni lebihkan praktikal dan keusahawanan. Sesuai la untuk aku yang agak 'rajin' nak baca buku tebal-tebal. Kursus ni sekejap saja 6 bulan. Aku pon lagi sekali agak 'rajin' nak belajar lama-lama ni yelah umur pon dah berapa kan. Hihi. Bagi aku la tak rugi masuk giatmara ni. Yuran sekali bayar, dapat elaun lagi (elaun 3 bulan aku tak dapat lagi.... Hm hm hmmm) pastu memang dia akan tekan kan lebih kepada skill. Aku yang dulu tak minat langsung bab2 menjahit ni jadi minat pulak bila dah belajar ni. 


Atas ni barang-barang keperluan menjahit yang komfom korang dapat bila jadi student kursus ni la. Macam-macam la ada gunting biasa, gunting kain, penetas, roda surih, jarum peniti jarum mesin dan banyak lagi lah. Ok syok x syok x? Cuma agak x cantik la box dia. Tu box tool.
Ni senarai modul yang aku belajar selama 6 bulan:
Modul 1- keselamatan tempat kerja
Modul 2- mengendali mesin jahit
Modul 3- sample pakaian
Modul 4- membuat blaus
Modul 5- membuat kemeja
Modul 6- membuat skirt
Modul 7- membuat baju kurung moden
Modul 8- membuat baju mlayu moden
Modul 9- membuat baju kurung tradisional
Modul 10- membuat baju mlayu tradisional
Modul 11- membuat baju kanak2
Modul 12- membuat kebaya
Modul 13- membuat seluar slack
Modul 14- lakar fesyen
Modul 15- membaik pulih pakaian

Sekarang ni aku baru habis modul 5. Sebenarnya aku tak sabar nak brlajar modul 14 which is lakar fesyen. Ioll kan nak bukak clothing line sendiri nanti. in Shaa Allahhh. 

Antara kerja dah dibuat:


Yang ni buat poket. Dua poket atas ni sangat rumit. 



 Yang ni pulak wat sample ikatan pinggang. Nampak seronok kan muka aku. Yelah sebab dah siap. HAha


Buat blaus

Berjaya siapkan dan boleh pakai Alhamdulillah...

Dah start wat baju serius seronok dan tak sangka kalau dulu tak reti langsung menjahit kira memang buta langsung bab2 menjahit ni tapi sekarang ni kira buleh la nak wat baju. I'm proud of myself. 

Baju kemeja lelaki agak banyak kerja jugak nak buat tara buleh siap sepasang tapi bila siappppp fuh bangga tak terkata la


Ni la kawan-kawan sekelas. Dari kiri makcik nisa, makcik ina, kak rosni, farah, nurul, anis, aina, pian dan duduk dari kiri kak liza, kak ina dan last tu aku la. Hihi


Seriously, seronok blajaq menjahit ni. Adik2 lepas spm mai la apply Giatmara ni. Bukan nk kata blajaq tinggi2 tak baguih cuma pengalaman sendiri la. Ada diploma simpan dalam laci ja. Nak kena tanggung hutang lagi. Baik masuk Giatmara, hutang tak ada, skill ada. Skill kan menjamin kehidupan.

Pagi sampai ke petang kelas menjahit. Malam kalau ada kerja mengadap PC mendesign graphic. Owh biasalah carik duit lebih... I'm so busy. Sekarang ni dah tahu dan dah boleh nampak apa aku nak buat di masa depan nanti. Bekerja sendiri dan menjadi bos diri sendiri. In Shaa Allah.... Jika murah rezeki akan launch lah company aku nanti. Aminnn mudah mudahan.

P/S : Sebarang tempahan baju emmmmm rasa2 macam konfiden nak amik. cewah. gurau saja tunggu cheq habeh belajaq noh. Hihi....

Ok! Thats all for now thanks for read it!!! Babai As salamm.

2 penambah suasana: