.:Mari Bergoogle+:.

.: Pengikut Setia :.

ALERT!!!

Welcome to my blog. If you like my content do please be my follower ok? My content mostly about beauty and make up tips and also about my personal life experiences. The contents are mostly in Malay language. Thank you again for drop by. (^-^)

Jumlah pendatang

Thursday, December 20, 2012

Chapter 144: Pavlova

Ketemu kita lagi geng. Kali ni aku nak share pasal pavlova. Ampa taw dak pavlova tu apa? Pavlova ni sejenis pencuci mulut adik-beradik Meringue. Asal pavlova ni dari nama penari Rusia iaitu Anna Pavlova. Aku tak pasti la dia ni ka yang cipta Pavlova ni. Haha.Simple ja pavlova ni. Bahan utama dia cuma telur putih dan gula. Okeh jom kita check resipi dia..

Gambar sumber google





Bahan-bahan:

4 bijik telur (Ambil telur putih saja)
Satu cawan gula
satu sudu besar tepung jagung
satu sudu besar cuka
satu sudu besar esen vanila

whip cream secukupnya
buah-buahan yang anda suka (strawberi, kiwi, anggur boleh lah jangan durian sudah la cam pelik ja kan. haha)

Cara-cara: 

Asingkan telur putih dengan kuning. Nak asingkan pun kena ada teknik taw. Masa nak pecahkan telur jangan sampai terpecah telur kuning. Bila telur kuning da pecah susah la nak asingkan yea dak?

TIPS: Kalau boleh biarkan telur tu dalam keadaan suhu bilik. Untuk menggempalkan lagi tekstur pavlova itu.

Pukul telur putih sahaja sampai naik buih-buih halus. Make sure ampa guna mixer ok. Aku terpaksa manual sebab tak ada mixer. Penat like hell!


Kemudian masukkan gula dan sambung pukul sampai kembang.


TIPS: Nak taw dah ready or jadi pukulan ampa tu ampa terbalikkan bekas. Kalau tumpah maka tak jadi kena buat lagi sekali. Aite?

Bila dah kembang elok, mula la masukkan tepung jagung, cuka dan esen vanila. Kacau bagi sekata. Nak kacau pun kena ada teknik. Guna teknik balik tuang, baling tuang. Sebab kita nak kekalkan tekstur pavlova tu. 

Dah siap letakkan atas tray dan lapikkan dengan kertas minyak. Kalau ampa rajin boleh trace bulatan atas kertas minyak tu sebagai guide. pastu terbalikkan la kertas minyak tu. Satgi terlekat dengan dakwat plak kan.


Lupa nak habaq, panaskan oven terlebih dulu dengan suhu 140 darjah celsius selama 5 minit kemudian baru masukkan pavlova kita dan bakar selama sejam. Kalau dah nampak perang-perang emas tu da siap la. Boleh la angkat keluar. Tapi hati-hati jangan kasaq sangat sebab takot terbelah dua plak pavlova ampa. Sebab bila da bakaq dia jadi rangup.

Yeah bila dah siap angkat boleh la pukul whip cream sapu seluruh pavlova then susun-susun buah yang ampa suka. Nak sedap lagi boleh la sagat kulit lemon campur dalam cream.

TIPS: Jangan pukoi whip cream lama-lama sangat nanti dia jadi berketul-ketul.

Dan maka da siap lah pavlova kita. Ready untuk di makan... Nyum!


Kalau rajin boleh boh gula ising atas buah tu nak bagi ada efek salji. Tapi aku malas dah tangan lenguh gila. Hihi.

Selamat mencuba dan thank u for read.. XOXO



0 penambah suasana: