.:Mari Bergoogle+:.

.: Pengikut Setia :.

ALERT!!!

Welcome to my blog. If you like my content do please be my follower ok? My content mostly about beauty and make up tips and also about my personal life experiences. The contents are mostly in Malay language. Thank you again for drop by. (^-^)

Jumlah pendatang

Monday, October 15, 2012

Chapter 141: Chiro (Odd Eye Cat)

Assalamualaikum dan hello kepada pembaca sekalian. Memang lama gila tak hapdet blog ni. Hehe. Sekarang ni rajin tu dah kurang. So hari ni ada benda cikpuan nak share. Iaitu pasal chiro. Sapa, apa, benda apa chiro ni? Jeng jeng jeng...





Tu bukan la Chiro tapi kucing yang seakan dengan Chiro. Yessss rare kan dia? Kucing ni orang panggil odd eyed cat, atau dalam bahasa melayunya kucing mata pelik bukan nya pelik apa cuma sebelah mata kaler biru dan sebelah lagi kaler kuning. Selalunya ia akan terjadi pada kucing yang berwarna putih.

Sebab artikel pasal ni tak ada dalam bahasa melayu so cikpuan translate la dari Wikipedia.

Odd-eye cat ialah kucing dengan sebelah mata berwarna biru dan sebelah mata lagi sama ada warna hijau, kuning atau coklat. Ini adalah satu bentuk heterochromia yang lengkap, iaitu satu keadaan yang berlaku kepada sesuatu haiwan. Keadaan ni selalu terjadi kepada kucing yang berwarna putih tapi ada juga berlaku pada mana-mana kucing yang mempunyai gene warna putih. 

Punca berlakunya keadaan ini bila salah satu gen putih yang dominen (iaitu mengalahkan segala gen warna lain dan menukar kucing tersebut menjadi putih keseluruhannya) atau gen tompok (iaitu gen yang menyebabkan kucing menjadi seekor kucing mempunyai warna tompok2 atau kucing taksido, hitam putih) menghalang granul melanin dari mencapai satu mata semasa proses pembesaran, hasilnya menyebabkan kucing dengan sebelah mata berwarna lain. Keadaan ini sangat jarang dan berlaku kepada kucing yang kekurangan kedua2 gen iaitu gen putih dan gen tompok putih.

Ok sampai sini ja lah cikpuan nak translate pun. So ini ada kaitan pasal gen la. Kalau belajar biologi maybe paham sikit kot. Hehe.

So ni la Chiro



Sebenarnya nama asal dia Shiro (putih dalam bahasa jepun) tapi bila cikpuan panggil Shiro rasa macam jantan la pulak. So tukaq la jadi chiro. Nama gegurl sikit. Haha. Cikpuan mula ambil si chiro ni dari eman kawan cikpuan 6/10/2012. So da lebih seminggu la cikpuan jaga dia. Umur dia pun rasanya dalam lingkungan 3-4 bulan sebab eman cakap sebelum puasa dia lahir dah. Ni nak cerita awal-awal bela dia Tuhan ja la taw betapa penatnya. Sebab kucing kan tak paham bahasa. Haha hari2 chiro kena marah. Yelah dia wat onar kat bawah meja la, bawah rak la atas kerusi malas cikpuan. Pfft!!! Panas ja hati rasanya berkali-kali nak cuci rumah. Tapi nasib baik lah sekarang ni cikpuan ni suri rumah berpendapatan. Haha. Last-last cikpuan wat tindakan mengurung dia dalam bilik ayaq sampai la dia terbuat onar dalam tu. Hari demi hari dia da taw pergi bilik ayaq sendiri. Alhamdulillah! Betul la orang kata awal-awal ja penat.

Cikpuan kan duk rumah sorang-sorang, buat kerja pun dari rumah so uolls boleh bayanglah betapa bosannya hidup cikpuan ni. Bayang2 nak kahwin pun tak nampak lagi, dapat kad kawen member bagi rasa sayu plak hati pikiaq bilalahhhh turn kita pulak. Eh terlari tajuk pulak, so nak mengisi kekosongan dan kesunyian di hati ni thats why la bela kucing. Sebelum tu cikpuan ada bela dah dua ekoq kura-kura. Tapi yelah kan kura-kura kan bukan haiwan yang manja. Takleh nak usap-usap belai-belai macam kucing. Then bila da bela Chiro ni Alhamdulillah la stress pun kurang, boring pon kurang dah and rasa diri disayangi pun ada. Yelah 24jam nak manja ngan kita kan. ^-^ Memang betullah lagi orang kata bela kucing ni boleh isi kesunyian dalam hati.



Chiro ni memang manja. Cikpuan p mana pun ikut. Nak masak pun kat kaki cikpuan jugak la dia nak landing. Serius happy bela kucing. Ha ni first time cikpuan bela kucing. Yelah mem besaq tak suka kucing so bila dah duk sendiri ni boleh la nak bela apa pun kan. So sampai sini ja lah yea post kali ni. Korang enjoy la tengok gamba chiro ehsan dari Instagram cikpuan. XOXO Thank u for read it.


'Opis' cikpuan la dia nak tidoq


Ni dia main-main dengan Dende si kura2 
Mata rare kan...
p/s: UPDATE: Chiro adalah seekoq jantan. hahahahah cikpuan yang konpius sebenaqnya -_-" Jadi switch balik kepada nama lama iaitu Shiro. haha

0 penambah suasana: