.:Mari Bergoogle+:.

.: Pengikut Setia :.

ALERT!!!

Welcome to my blog. If you like my content do please be my follower ok? My content mostly about beauty and make up tips and also about my personal life experiences. The contents are mostly in Malay language. Thank you again for drop by. (^-^)

Jumlah pendatang

Monday, August 27, 2012

Chapter 140 : Selamat Hari Raya 2012


Assalamualaikum. Hari ini rasanya dah Syawal yang ke 9 tapi baru harini nak post pasal raya. Haha maklum lah raya sibuk pi ke sana ke sini ziarah family sana family sini. Sebab rasa dah lama tak post blog maka nak buat la demikian *blog dah berhabuk*. Oleh sebab hari ni dah start kerja maka  Cikpuan  bukak la blog nak taip sesuatu. Boring duduk opis la katakan. 

Okeh nak cerita apa pasai raya tahun 2012 ni. Pendek ceritanya macam biasa lah raya-raya yang sebelumnya. Nothing special. Bangun pi solat raya, ziarah kubur then beraya. Eh ada, ada tahun ni punya raya Encik Strow tak mai pon beraya rumah. Hump! *penat  Cikpuan  wat kuih macam-macam*. Then  Cikpuan  pun tak berapa sempat nak jumpa kawan-kawan yang balik cuti raya sebab  Cikpuan  pun balik cuti raya. Eh? Haha.. Cuti raya takkan nak duduk rumah sewa yea tak?

Dalam tak ada mood nak beraya (masa puasa) yelah kewangan pun tak berapa masa tu (tapi Alhamdulillah dapat duit raya dari bos2 dan my dad), gagah jugak buat kuih raya dua tiga jenis. Cikpuan  sempat buat kuih cornflakes madu, almond london, ngan biskut butter. First time buat Almond London. Sangat leceh. Tahun depan tak mao wat dah. Balik-balik cuti raya  Cikpuan  tolong kakak  Cikpuan  pulak buat biskut strawberi ngan popia suci dalam debu. So agak bersemangat raya la di situ. Sebab bab-bab wat kuih, kek ni memang  Cikpuan  suka. Tat nenas pun ada tapi tu Puan Rohana buat. Agak nasib baik la my mum tak buat ketupat tahun ni. Kalau tak exhausted melipat lipat ketupat ni... :p

Gambar semua sumber dari  instagram Cikpuan

Cornflakes madu + raisin
Almond London
Butter cookies
Biskut Strawberi

Popia suci dalam debu tak ada gambar sebab terlalu sedap maka lupa nak snap masuk instagram. Haha

So cerita pasai baju raya, tahun ni baju raya cikpuan kaler coklat... Yang tak best nya lagi tahun ni tak boleh sedondon. Pfft! Ni haaaa.. 


Ikutkan tahun ni baju raya  Cikpuan sehelai sahaja. Tiba-tiba Encik Sa'ari (my dad) huluq duit laaa suruh perabih beli barang raya.  Cikpuan  ni pulak tak berapa ada bakat nak bershopping, round round tak jumpa-jumpa benda nak beli. Maybe Cikpuan  ada perasaan sayang duit kot. Hahaha. Last-last  Cikpuan  capai baju kurung kaler putih. Tak tahu la pasepa  Cikpuan  berkenan. Maybe sebab corak manik dia kot. Baju ni besaq saiz 38. Nak tak nak kena lah Puan Rohana (my mom) adjust ikot saiz Cikpuan  36. Yea  Cikpuan  kecik sahaja... So ni la baju putih  Cikpuan  ni... Tak nampak manik dia sebab yelah kan seelok-eloknya melabuhkan tudung... Terlindung dengan tudung la manik tu. Kalau free hair nampak la manik tu.

Sumber instagram.. Haha

Nak simpan baju ni untuk tunang katanya. Bila nak tunang pun tak taw. Menanti dengan penuh kesabaran dah ni. Haha.. Lagipun watpa nak baziaq duit pakai baju macam nak bersanding... Tunang ja pun. Bersederhana itu lebih baik. Harap tak ada siapa terasa dengan statement ni sebab majoriti macam tu. Baju tunang kemain lagi. By the way, Untunglahhhhh siapa-siapa masa raya ni ada yang dirisik, bertunang dan sebagainya lah. Terlari tajuk pulak... Hoh tak taw nak merapu apa dah ni.

Selamat hari raya dari Cikpuan. Maaf Zahir dan Batin yea!!!



0 penambah suasana: