.:Mari Bergoogle+:.

.: Pengikut Setia :.

ALERT!!!

Welcome to my blog. If you like my content do please be my follower ok? My content mostly about beauty and make up tips and also about my personal life experiences. The contents are mostly in Malay language. Thank you again for drop by. (^-^)

Jumlah pendatang

Sunday, July 1, 2012

Chapter 138: Pengalaman kena Demam Campak (Chicken Pox)

Assalamualaikum dan hello kepada pembaca sekalian. Memang lama sungguh tak update blog ni. Kali ini ada story yang nak dikongsikan bersama. Harini cikpuan start kerja setelah cuti hampir 2 minggu disebabkan demam campak. Kihkihkih owh hangpa semua jangan ingat budak-budak saja yang kena, gadis besar macam cikpuan pon kena okeh. So ni la nak cerita.



Pendek ceritanya demam campak ni berlaku apabila seseorang itu dijangkiti virus varicella zoster. Amboih nak menyebutnya pun payah bebenor yea. Kita berkemungkinan akan dijangkiti virus jika terdedah dengan pesakit. Virus ni boleh tersebar melalui udara so berhati2 bila pesakit campak bersin sebab masa tu lah virus tu disebarkan. NAMUN sampai sekarang cikpuan heran dengan siapa cikpuan jangkit pon tak tahu. Allah nak bagi terima jelah yea tak?



Malam sebelum kejadian cikpuan gaduh pong pang pong pang la jugak dengan Encik Strow. Kepala sakit sungguh. Ingat sakit sebab yelah teriak tak mau2 :p, tapi tak sangka la pulak esok tu dapat demam campak terus. Mula tu ingat demam biasa saja. Perasan kat kaki ada bonjolan macam melecur (bonjolan ada air). Buat bodoh jelah masa tu sebab tak pernah kena (kena masa baby mana la ingat kan). Pastu makin naik banyak plak bonjolan bonjolan tersebut. Maka cikpuan pon mula panik. Tanya Puan Rohana (my mom), camna rupa demam campak. Puan Rohana cerita sekian, sekian, sekian. Tapi macam tak yakin lagi... Tanya kat follower twitter. Ada my fren yang pernah kena, dia pon cerita la sekian, sekian, sekian. Sah memang cikpuan kena demam campak. Panik tapi dalam masa yang sama excited sebab tak pernah kena. Haha orang kedah kata ciwi. Hehehehe...


Maka petang tu cikpuan pon pi lah klinik swasta berdekatan rumah. Poliklinik H******. Dah la mahal, layanan tak patut, check up pon macam main-main. Then dia bagi cikpuan MC dua hari sahaja. Gila ka pa demam campak cuti dua hari ja (excited dapat cuti lama tengok bagi dua hari ja bebai la kan). Dapat MC dah so contact Encik Strow cepat-cepat (padahal dalam hati tengah hot dengan dia), mintak tolong dia hantaq pi shahab. Yelah nak balik Penang (rumah parent).

Yeah bahagia gila dapat cuti..... Tapi bonjolan tu makin banyak pulak so cikpuan pi pulak klinik kerajaan dekat2 rumah. Dapat la seminggu cuti. Dapat la ubat yang berkepuk-kepuk. Untuk pengetahuan cikpuan tak suka makan ubat. hahahah... Tapi yang syok dapat ubat bedak sejuk, calamine lotion namanya (untuk gatal-gatal). Dah macam hantu tepung gomak la kan bila sapu ubat tu. Badan muka bertompok2 putih, macam pakai bedak sejuk. Haha.

Kepantangan masa kena demam campak, tak boleh makan kicap. Awwwwwww dah lah rasa makan tak puas kalau tak ada kicap. Takut parut jadi hitam so nak jaga kulit punya pasal, sabar aja lah tak makan kicap. Pastu minum air kelapa muda. Then banyak-banyak makan sup ayam. Beberapa hari tu memang meratah sup ayam jelah. 

Lepas dah kena ni kalau anak-anak cikpuan kena so dah tahu la macam mana nak handle. Hehe. Pikiaq sampai ke situ. Tapi Alhamdulillah la tak naik banyak sangat. Tapi Puan Rohana kata takut dia tersentap, kira dia stop sekejap then dia serang balik. Tu yang tak mao dengar tu. Apa-apa hal tawakal saja.

Panjang bebenor dah taip. Nak kena buat kerja so stop sampai sini ja la noh. Thank you sebab mai baca.


0 penambah suasana: