.:Mari Bergoogle+:.

.: Pengikut Setia :.

ALERT!!!

Welcome to my blog. If you like my content do please be my follower ok? My content mostly about beauty and make up tips and also about my personal life experiences. The contents are mostly in Malay language. Thank you again for drop by. (^-^)

Jumlah pendatang

Sunday, June 3, 2012

Chapter 137: TIPS: Care your dry hair


Assalamualaikum dan hello kepada pembaca sekalian. Lama jugak cikpuan tak update blog ni. Almaklum lah tak ada topik yang nak di kongsi. Tapi kali ni ada cerita yang nak cikpuan kongsikan kepada pembaca sekalian. Kali ni pasal rambut. Walaupun kita bertudung, penjagaan rambut kena la jaga jugak. Kita tak mau la bila dah kawin nanti suami terkejut tengok rambut kita macam singa. Hehe taknak la jadi macam tu kan?

Ada tak segelintir pembaca menghadapi masalah macam cikpuan? Dah cuba pelbagai jenis produk, dah wat macam-macam treatment namun rambut masih rosak, kering dan frizzy. Kadang-kadang tu dah macam fade up. Tengok rambut orang yang cantik kita rasa jeles je. Nak je tahu macam mana dorang jaga rambut kan?

So ni lah cikpuan nak share kepada anda semua tips-tips untuk merawat rambut yang rosak, kering, kembang dan sebagainya. Tips ni elok juga untuk siapa yang mempunyai rambut kerinting. Rambut kerinting kan lebih terdedah kepada masalah kekeringan ni.


Jom sambung baca


TIPS #1
No shampoo method (No Poo method)

Bukan nak boikot Pantene. Trimas


Cara ni dinamakan sebagai no shampoo method atau no poo method kerana kita tidak akan menggunakan shampoo langsung dalam rutin harian kita. Mesti rasa pelik kan? Sebab sepanjang dah hidup ni kita cuci rambut dengan shampoo. Apa yang kita tak tahu shampoo menyebabkan rambut kita bertambah kering. Bila tahu akan hal ni baru cikpuan rasa patutlah selama dok bershampoo ni rambut rasa kasar.

Sebab apa no shampoo? Kalau diperhatikan kandungan dalam shampoo iaitu Sodium Laureth Sulfate ni lah punca segala-galanya. Sodium Laureth Sulfate ni ada jugak dalam sabun dan detergen. Now u know. Kalau nak bershampoo jugak kita kena tengok list kandungan shampoo tersebut. Elakkan membeli shampoo yang ada kandungannya mengandungi Sodium Laureth Sulfate. Tapi rasanya majoriti shampoo ada benda ni.

So macam mana nak selesaikan masalah ini?

Jangan risau kalau anda berani nak sahut tip no shampoo ni kita boleh jugak cuci rambut. Tapi bukan guna shampoo. Anda boleh menggunakan conditioner (pelembap). Apa-apa brand conditioner  pon tak apa. Better conditioner  yang memberikan kelembapan yang maksimum. Contohnya untuk rambut rosak dan kering.

Caranya ambil conditioner kemudian picit-picit ke seluruh kulit kepala supaya segala kekotoran dan kelemumur boleh tanggal. Pastikan anda menggunakan hujung jari, jangan menggunakan kuku sebab nanti boleh melukakan kulit kepala. Kemudian bersihkan rambut. Langkah seterusnya sapu conditioner lagi pada seluruh rambut, lebihkan kepada bahagian yang kering. Biarkan seketika kemudian bilas seperti biasa. Ringkasnya sapuan conditioner yang pertama untuk membersihkan kulit kepala, sapuan conditioner kedua untuk melembapkan rambut.

Cikpuan dah buat cara ni so memang rasa perubahan yang ketara pada rambut. I love it.


TIPS #2
Keringkan rambut menggunakan t-shirt lama


Selalunya kita menggunakan tuala kecil tu kan untuk keringkan rambut? Kali ni cuba tukar menggunakan t-shirt lama. Sebab apa? Fabrik pada t-shirt lama tidak membuatkan rambut kasar. Caranya ialah perah rambut supaya air berlebihan keluar. Balut rambut dengan menggunakan t-shirt lama tersebut. 


Jika tak nak balut, boleh juga kita ramas-ramas rambut dengan t-shirt lama. Jangan sesekali keringkan rambut dengan cara gosok-gosok rambut. Cara itu boleh merosakkan rambut sebab rambut yang lembap lebih rapuh dari rambut yang sudah kering.

TIPS #3
Apply produk masa rambut tengah lembap


Jangan tunggu rambut dah kering untuk apply serum, minyak atau sebagainya. Rambut yang lembap lebih cenderung untuk menyerap produk. Serum haruslah di sapu pada rambut yang rosak supaya proses untuk merawatnya lebih cepat.

TIPS #4
Sikat rambut masa rambut tengah lembap @ jangan menggunakan sikat langsung


Tapi ada jugak yang berpendapat supaya sikat rambut sesudah rambut kering. Ikut suka lah nak ikut mana satu tapi personally, bila sikat rambut yang dah kering, rambut akan jadi kembang. Cara ni boleh pilih yang mana satu berkenan. Kalau anda mempunyai rambut kerinting, seeloknya tidak menggunakan sikat langsung sebab akan menyebabkan pattern kerinting jadi tidak  cantik. Hanya perlu sisirkan rambut menggunakan jari dengan lemah lembut.
Jika tidak selesa, boleh menggunakan sikat, tapi harus menggunakan sikat yang permukaannya lebar.

TIPS #5
Tidur beralaskan kain satin

Satin ialah kain yang mempunyai permukaan yang licin. Dengan itu ia tidak membuatkan rambut rosak semasa tidur. Kalau tak ada pillow case kain satin, jangan risau siapa-siapa yang ada kain baju kurung atau shawl kain satin boleh alaskan bantal menggunakan itu.

TIPS #6
Kurangkan atau langsung hindar penggunakan bahan kimia dan bahan pemanas pada rambut

Kita sendiri boleh tahu bahan-bahan kimia yang berlebihan tidak elok pada rambut. Contohnya dye rambut kerap-kerap boleh merosakkan rambut. Bahan pemanas juga menyumbangkan kepada punca kerosakan rambut. Ironing, rebonding, perming segala macam benda tu punca kepada rambut rosak. Cuba menerima keadaan rambut anda seadanya. Jangan mengubah keadaan semulajadi rambut anda.

TIPS #7
Jaga pemakanan


Lebihkan protein dalam diet makanan kerana tumbesaran dan kecantikan rambut ada kena mengena dengan pengambilan protein dalam diet pemakanan kita. Contoh protein yang bagus ialah ikan, telur kacang soya dan sebagainya. Kita juga harus lebihkan meminum air masak supaya kandungan air dalam badan mencukupi untuk memberi kelembapan kepada rambut.

Rasanya sampai sini sahaja tips yang boleh cikpuan kongsikan bersama anda. Tiada apa yang mustahil jika kita rajin berusaha. Yea tak? 


Sebelum tu cikpuan nak buat marketing sikit. Kalau ada pembaca-pembaca cikpuan yang on the way nak kahwin tu tahniah la yea. Tahniah buat anda yang sudah dipertemukan jodoh. Masih belum ada fotografer? Agak pening nak pilih pakej mana yang dijamin menjimatkan perbelanjaan anda? Jangan risau jangan gusar cikpuan nak memperkenalkan perkhidmatan fotografi dari Strowbelang Media. Dijamin puas hati anda dan wang anda. So tunggu apa lagi, like page di bawah dan mula browsing gambar-gambar. Gambar tak berapa banyak sangat sebab page tu baru lagi tapi perkhidmatan ni lama dah berjalan. Please support page ni  macam mana u alls support cikpuan. Terima kasih banyak-banyakkkk... :)


Nak tahu lagi perkhidmatan apa yang disediakan haaa p la like kalau nak taw. Klik gambar untuk pergi ke page ya







So thank u all for read. XOXO

3 penambah suasana: