.:Mari Bergoogle+:.

.: Pengikut Setia :.

ALERT!!!

Welcome to my blog. If you like my content do please be my follower ok? My content mostly about beauty and make up tips and also about my personal life experiences. The contents are mostly in Malay language. Thank you again for drop by. (^-^)

Jumlah pendatang

Sunday, April 22, 2012

Chapter 135: Berjoging

Assalamualaikum dan hello semua. Sebab boring macam biasa kat office ni so saja lah nak post something dalam blog cikpuan yang tak seberapa ni. Kalih-kalih blogger dah tukar interface baru so agak keliru jugak la bila berdepan dengan perubahan baru ni. Lama-lama boleh terbiasa jugak. So hari ni tak ada nak share makeup just nak cerita pengalaman hobi baru cikpuan iaitu berjoging.


Cikpuan joging bukan sebab nak kurus ok. Dh cukup kurus dah ni. Saja lah nak isi masa lapang supaya lebih sihat, bertenaga dan berstamina. Baru dua hari kaki dah macam nak tercabut. Sekarang ni pun masih sore leg. Almaklum lah memang lama tak aktif bersukan. Malaih sedia. So otot terkejut lah. Hehe. Gelak pun takleh nak gelak sangat. Terseksa jiwa naik turun tangga. Apa-apa pun still bersemangat nak continue.


Alhamdulilah lama tak aktif pun cikpuan tak pancit cepat. Tu kira ok lah. Yang jadi masalahnya nak bangun pagi-pagi tu cukup liat. Alarm kena wajib bunyi 3 kali. Alarm sekali lena balik, dua kali lena balik kali ketiga mau tak mau kena bangun jugak. Hah lupa nak mention, cikpuan joging bersama sahabat cikpuan. Cik Saodah. Haha nama manja dia. Hari cuti pagi-pagi memang pederaih pi taman rimba joging. Habis joging pi kopitiam pekena jumbo sausage (Roti sekeping, telur goreng, sosej dua, hashbrown ngan kacang). Yes cikpuan bukan nak kurus. Hari bekerja pulak joging depan rumah saja lah. Yelah dah penat merempit pergi kerja ulang alik alor setar ke jitra. 


Lepas joging cikpuan rasa sangat relieve. Rasa segala macam tension dalam kepala hilang. Bila tension pulak rasa nak pakai kasut berlari terus. Really fun kot. Pasang lagu kuat-kuat dengar guna earphone then joging la dua tiga round. Bukan untuk siapa-siapa untuk kesihatan diri sendiri juga yea tak? Habis kerja ni rest sat pastu joging dua tiga round depan rumah ni. Balik mandi beli makan lena. Haha. 

Sekarang ni kena ubah pattern tidur supaya senang nak bangun awal pagi. Salah satu nya kena masuk tidur awal la jawabnya. Siapa-siapa yang senang tension or baran macam cikpuan ni joging sesuai sangat. Tak caya? Cuba lah.

Sampai sini sahaja coretan untuk hari ini terima kasih banyak-banyak sebab guna masa korang semua ni untuk baca blog cikpuan. XOXO

0 penambah suasana: