.:Mari Bergoogle+:.

.: Pengikut Setia :.

ALERT!!!

Welcome to my blog. If you like my content do please be my follower ok? My content mostly about beauty and make up tips and also about my personal life experiences. The contents are mostly in Malay language. Thank you again for drop by. (^-^)

Jumlah pendatang

Sunday, April 15, 2012

Chapter 133: REVIEW: Giffarine Aquara Essence Spray

Assalamualaikum dan hello kepada pembaca cikpuan sekalian yea. Hari ni cikpuan nak share satu barang baik punyaaaa. Memang baik memang superb. Korang semua pernah dengar produk Giffarine tak? Cikpuan dulu memang tak pernah dengar. Tup tup kawan cikpuan ni dia cikpuan jugak tapi cikpuan lain la. Dia la suruh carik. So lepas dah carik cikpuan pon dah guna and ni yang buat cikpuan nak kongsi dengan korang semua ni.



Okeh pernah dengar tak Giffarine Aquara Essence Spray? Ni cikpuan nak cerita ni. Produk ni kita gunakan sebelum dan sesudah selesai mekap. Alah yang mak andam spray-spray muka sebelum calit mekap tu. Ni dah dia.

Sedikit sebanyak mengenai Aquara Essence Spray ni, ia semburan mineral dengan campuran Mineral Kompleks dan Ekstrak Bunga Lili ini membantu menyeimbangkan warna kulit muka, melindungi daripada pencemaran sekeliling dan pancaran matahari. Ianya memberikan kelembutan dan kebersihan pada kulit serta menambahkan kelembapan agar kulit sentiasa segar dan bersih sepanjang hari. Secara ringkasnya dia ni moisturizer sebelum apply foundation la. Nak spray saja-saja tak mao pakai mekap pon boleh jugak.

Satu botol ni 200ml dan berharga tak sampai pun RM20 so memang berbaloi lah. Bila dah beberapa hari cuba produk ni apa yang cikpuan rasa ialah bila mekap, mekap akan stay lebih lama dan tak akan berikan effect cakey face atau nama lainnya muka bercopak. So dari beli yang mahal-mahal botol kecik pulak tu better beli yang ni.

Cuma yang cikpuan tak berapa berkenannya bau jelah. Tak tahu lah maybe bau bunga lily macam ni kot yelah sebab katanya diperbuat dari ekstrak Bunga Lili. Cikpuan tak pernah bau bunga Lili so tak boleh nak kata apa lah. But the smell wasn’t so nice.

Kalau korang berminat nak try boleh lah search pengedar yang terdekat dengan tempat tinggal korang. Tak pun search saja Giffarine kat fesbuk. Mesti ada punya but be clever when you searching sebab ada penjual yang menjual spray ni harga mahal dari biasa. Harga asal memang tak lebih dari RM20. So kalau ada yang jual dalam RM20 lebih tu kita tau-tau sendiri la yea. Ha lupa kalau beli on9 tu memang kena tambah la charge penghantaran. Standad la tu kan.

Orait so sampai sini saja dulu coretan cikpuan mengenai produk ni. Nak beri peringatan cikpuan tak ditaja oleh mana-mana produk untuk buat review. Semua produk dibeli menggunakan duit poket cikpuan sendiri.

So thank you all for reading it and I’ll see you soon. Stay Healthy and Beautiful. XOXO.

6 penambah suasana: