.:Mari Bergoogle+:.

.: Pengikut Setia :.

ALERT!!!

Welcome to my blog. If you like my content do please be my follower ok? My content mostly about beauty and make up tips and also about my personal life experiences. The contents are mostly in Malay language. Thank you again for drop by. (^-^)

Jumlah pendatang

Thursday, April 12, 2012

Chapter 131: REVIEW: Wales Eye Shadow Pallet

 Assalamualaikum dan hello kepada pembaca sekalin. Lama jugak tak update blog ni. Agak busy dan tak sempat nak post apa-apa. So hari ni aku just nak share dan review barangan yang  aku beli untuk this month. Hehe ni pun aku taip awal-awal dekat rumah. Dekat office baru aku post. Yelah kat rumah tadak internet.
So aku nak review mengenai eye shadow pallet dari wales ni. Ehem dulu aku pernah kata nak stop beli eye shadow tapi tu lah kata saja lah. Hehe. Yelah sebab eye shadow yang sebelum ni aku kureng puas hati sebab semuanya shimmer. Yeah i hate shimmery eye shadow except for silver and gold.

Wales 40 eye shadow pallet 05


Ok kembali pada eye shadow dari wales ni. Aku beli 40 warna sahaja sebab eye shadow aku dah banyak sangat. So agak membazirlah kalau aku beli yang 88 or yang banyak-banyak tu. Sebab aku amik 40 sebab aku tengok warna dia majoriti matte. Yeah finally... Biru, hijau, oren, pink, merah, coklat dan kuning aku ada matte. So kira cukup lah koleksi aku.Yeah lagi sekali.

Geng lima kiri dari bawah

Geng hijau

Geng biru

Ok overall aku bagi pallet wales ni 4 out of 5. Sebab apa?
First of all, warna dia sangat terang kalau nak dibandingkan dengan harga yang murah. Selalunya eye shadow murah ni warna ceroi atau bahasa yang korang faham tak terang.

Secondnya, murah. Hehe. Tak perlu nak beli mekap yang berjenama. Beli yang murah pon takpa yang penting warna dia terang dan stay. Kena apply eye base la tu yang penting.

Then, complete semua warna. Kalau diikutkan mekap yang berjenama satu warna eye shadow tu pon dah harga dalam berbelas-belas ringgit. Kalau beli 40 warna dah berapa ratus. So beli yang ni kita dapat semua warna sekali gus. Kan bijak tu.

Nak cuci pon senang. Sekali lap dengan make up remover tanggal lah.

Dalam banyak-banyak kelebihan ni ada lah jugak sedikit keburukannya. Keburukannya aku dapati ada satu saja kot. Eye shadow dia sangat rapuh. Jangan lah tonyoh dengan brush kuat-kuat. Nanti bersepai pecah eye shadow tu. Just lembut-lembut ja.

Satu eye shadow aku pecah bila sampai dalam packaging
Kalau nak beli boleh la jenguk website ni. Cara pembelian dan segalanya sangat teratur dan bersistem.


So, aku sangat rekemenkan kepada anda yang mahu nak berjinak-jinak main dengan make up ni. Tak perlu beli jenama yang mahal-mahal sampai mengarut harganya.

Post akan datang aku sertakan tutorial Blue Green (Aqua) Smokey eyes menggunakan wales pallet ni. Aku punya wales 40 pallet 05.



So thank you for reading it and hope you guys stay healthy and stay beautyful...


0 penambah suasana: