.:Mari Bergoogle+:.

.: Pengikut Setia :.

ALERT!!!

Welcome to my blog. If you like my content do please be my follower ok? My content mostly about beauty and make up tips and also about my personal life experiences. The contents are mostly in Malay language. Thank you again for drop by. (^-^)

Jumlah pendatang

Tuesday, April 3, 2012

Chapter 130: REVIEW: Maybelline Baby Lips Lip Balm

Assalamualaikum dan hello kepada pembaca sekalian. Okeh hari ni sebenarnya nak cerita pasal produk la. Kira review la. 




Dua minggu lepas aku beli la baby lip balm ni. Sebabnya lip balm yang aku ada dah tak syok (beli masa study lagi) pikiaq punya pikiaq kena beli la lip balm baru. Packaging comel yang membuatkan aku try nak beli. Then bila dah guna ni aku rasa lip balm ni memang superb. Memang buat bibir kita lembap sampai 8jam. Aku tak sure la sampai 8jam ke tak sebab aku rajin calit bila terasa nak calit. Sesetengah lip balm bila kita guna contoh macam lip balm aku yang dulu rasa sekejap saja kelembapan pada bibir. Lama-lama akan buat bibir kering jugak. Tapi baby lips lip balm ni memang lama tahan kelembapan dia.

Aku baru guna dalam 2 minggu so tak nampak lagi effect bibir lebih kenyal katanya tu. Tunggu sebulan la kot. Harga dia pon tak la mahal sangat. Boleh la sesiapa nak beli. Aku tak ingat pulak aku beli dulu berapa RM. 

Rasanya dia ada dalam 6 jenis yang berbeza kot... Berbeza mengikut negara. Yang aku beli ni Mango Pie. Ada sesetengah negara tak ada. Mango Pie ni tak ada warna. Just normal lip balm. Bau dia sangat sedap. Macam gula-gula mangga. Kalau nak yang ada warna boleh cuba cherry me, grape vine, pink punch dan peach kiss.

Cherry Me
Grape Vine
Pink Punch
Peach Kiss
Aku just ada Mango Pie sahaja so untuk bau, warna jenis yang lain ni aku tak boleh nak mention. Rasanya sama ja cuma bau dia ikut nama dia kot. Yelah aku buat review bukan dapat free produk ni so tak boleh la nak cuba semua jenis yea tak? So aku rekemen lip balm ni untuk sesiapa yang bibirnya selalu atau cepat kering. Anda pasti suka dengan texture, bau dan keberkesanan lip balm ni.

So happy shopping and stay healthy always!!! Thank you for reading it. XOXO

0 penambah suasana: