.:Mari Bergoogle+:.

.: Pengikut Setia :.

ALERT!!!

Welcome to my blog. If you like my content do please be my follower ok? My content mostly about beauty and make up tips and also about my personal life experiences. The contents are mostly in Malay language. Thank you again for drop by. (^-^)

Jumlah pendatang

Wednesday, March 28, 2012

Chapter 126: HOW TO: Fuller Lips

Assalamualaikum dan hello kepada pembaca sekalian. Korang notice tak kebelakangan ni aku banyak share pasal bibir? Haha ntah lah aku pon tak tahu pasai apa.. So kali ni aku  nak share macam mana cara nak dapatkan lipstick yang kemas sapuannya dan membuatkan bibir korang nampak penuh.


Sebagai buah mula ramai yang beranggapan lipstick yang warna terang dan gelap membuatkan bibir kita nampak tebal. Sebenarnya pembetulan di sini, warna terang dan gelap sebenarnya membuatkan bibir kita lagi nipis. Golongan berbibir tebal elok la kalau sapu lipstick merah terang-terangan. Bagi si bibir nipis memang akan buat bibir lagi nipis. Tu lah sebabnya ramai mula menggunakan lipstick yang berwarna nude sebab warna ni memang buat bibir kita nampak penuh dan tebal. So let get started...
Apa yang korang perlukan ialah:

*   Pembersih lidah (bahagian belakang berus gigi)
*   Lip Balm/ Vaseline
*   Lip Liner
*   Lipstick
*   Lipgloss

Step 1

Ambil berus gigi yang ada pembersih lidah, gosok secara perlahan-lahan pada seluruh bibir selama 5 minit atau 10 minit mengikut keadaan bibir. Ini supaya sel-sel kulit mati dan kulit kering pada bibir akan tanggal. Bibir akan lebih lembut.

Step 2


Secara semulajadinya bibir kita kelihatan seperti ini... Memang akan ada bahagian di mana warna tak sekata. Kan? Tak caya p check tengok.

Step 3

Then, sapu lipbalm/ vaseline pada bibir dan biarkan selama 10 minit. Kemudian lap sisa lipbalm/ vaseline tersebut. Ini untuk memberikan kelembapan pada bibir sebelum sapu lipstick.

Step 4


Ambil lip liner yang warna agak sama dengan warna bibir kita then sapu seluruh bibir macam sapu lip stick. Ini sebenarnya dapat menyamarkan ton warna yang tak sekata pada bibir. Aku guna lip liner warna natural.

Step 5


Then boleh la sapu lipstick dan warna lipstick akan kelihatan sekata dan kemas. Kalau nak warna lipstick merah lebih menonjol, boleh guna lip liner warna merah. 

Step 6


Kalau korang suka lipstick yang matte finish, boleh skip proses ni. Kalau korang suka bibir yang agak berkilat boleh la sapu lip gloss orait? So siap dah.

Thank you for read!!!


0 penambah suasana: