.:Mari Bergoogle+:.

.: Pengikut Setia :.

ALERT!!!

Welcome to my blog. If you like my content do please be my follower ok? My content mostly about beauty and make up tips and also about my personal life experiences. The contents are mostly in Malay language. Thank you again for drop by. (^-^)

Jumlah pendatang

Tuesday, March 27, 2012

Chapter 125: TIPS: Merahkan bibir

Assalamualaikum dan hello kepada pembaca sekalian alam. Siapa suka bibir yang merah semulajadi? Bagi aku yang tak berapa suka sapu lipstick ni memang nak la kalau bibir yang merah, lembap dan ala-ala Angelina Jolie kan. Nak merah secara drastik boleh la guna lipstick merah makngah sapu tebal-tebal kat bibir. Tapi, aku tak suka lipstick tebal sebab rasa macam Drag Make Up plak. So di sini aku nak kongsikan tip macam mana nak merahkan bibir secara semulajadi. Tip ni sesuai la pada siapa-siapa yang mempunyai bibir yang agak pucat (like me) dan mempunyai garisan hitam pada area bibir.




Orang yang suka snap pic muncung2 bibir ni sebenarnya nak jadi Angelina Jolie kot.. Hehe. So let gets started.
Apa yang anda perlukan ialah:

Tip 1 - Daun Sireh
Tip 2 - Madu Lebah
Tip 3 - Ubat Gigi (Tak kisah jenis apa)
Tip 4 - Halia
Tip 5 - Kunyit

Lip Balm atau Vaseline

Tip 1


Ambil 3 helai daun sireh. Perahkan airnya yang berwarna merah itu kemudian sapu dibahagian bibir pada waktu malam, atau ketika sebelum tidur.

Tip 2


Sapukan madu ke bibir selama lebih kurang 15 minit. Kemudian kita bilaskan dengan air. 

Tip 3

Sapukan ubat gigi ke bibir 3 minit sebelum mandi. Sebelum sapu gunakan bahagian pembersih lidah pada berus gigi, gosok secara perlahan seluruh bibir. Lepas cuci kesan ubat gigi tersebut seelok-eloknya sapu vaseline atau lip balm sebab lepas sapu ubat gigi bibir akan terasa tegang dan agak tak selesa. (Aku dah try)

Tip 4

Tumbuk seketul halia hingga hancur. Perah airnya, campur kuning telur ayam kampung dan makan setiap pagi dan malam. Bibir pucat akan menjadi merah..

Tip 5


Hampir sama macam tip 4 , cuma kunyit dikupas kulitnya, basuh kasi bersih kemudian parut/tumbuk, campurkan dengan santan kelapa pekat, sapukan ke bibir, biarkan seberapa lama, lakukan setiap hari di rumah.


So selamat mencuba ok. Terima kasih sebab baca.

sumber gambar: pakcik google

2 penambah suasana: