.:Mari Bergoogle+:.

.: Pengikut Setia :.

ALERT!!!

Welcome to my blog. If you like my content do please be my follower ok? My content mostly about beauty and make up tips and also about my personal life experiences. The contents are mostly in Malay language. Thank you again for drop by. (^-^)

Jumlah pendatang

Thursday, March 15, 2012

Chapter 116: HOW TO: Blue Smokey Eyes

Hello sebenarnya alang-alang aku nak try eye shadow pallet yang baru beli tu so better aku wat satu tuto. Mekap ni aku tak tahu nak inspirasi dari siapa. Yang ni aku just ikut apa yang aku tahu saja. Lepas guna eye shadow baru tu semalam aku agak berpuas hati dengan kualiti warna dia yang terang. Tak semua yang ada shimmer. So i'm happy ^-^

So let get started...


Muka

M.A.C BB Cream (as my make up base)
Silky Girl BB Cream All in 1 (as my concealer)
M.A.C Mineralize Satin Finish Foundation
Maybelline Powder Foundation
Silky Girl Blush

Mata

M.A.C Natural Brow Liner
Danni make up pallet (hitam dia terbaik wok)
M.A.C Eye shadow pallet 88 color (blue, blue turquoise, light blue, cream)
M.A.C Gel Cream Liner
M.A.C (Lupa plak nama panjang mascara ni)
Maybelline Crayon Liner
Benefit stay put eye primer

Bibir

Lip gloss (orange peach)

Macam biasa cuci muka and boh moisturizer ok.. Kali ni aku saja gerdik nak pakai lens.. Nak tengok jadi macam mana. So ni la muka aku tanpa sebarang mekap. Kira muka suci la. Hehehe.


So lepas dah sapu bb cream, aku sapu eye primer kat mata. Then amik eye shadow warna biru yang paling terang yang korang ada. Contoh aku macam ni warna dia:


Sapu warna biru ni ke seluruh kelopak mata. Boh la tebal sampai korang puas hati dengan kepekatan warna biru tu. Lagi pekat lagi better. Kali ni aku snap pic tak on flash... Sebab sakit mata kot.. Maap kualiti gambar kalau tak berapa.


Apply jugak dekat area bawah mata ok..


Dah setel proses tu, then amik warna eye shadow yang agak cerah, light blue contohnya macam ni..


Untuk kaler yang cerah, macam yang aku pernah gitau dulu kita tumpukan pada pangkal mata ja. Macam ni..


Oleh sebab kita dah wat base warna biru tadi, warna biru cerah ni kita xyah sapu.. Just tepek2 berus bagi warna biru cerah tu lekat ok.. Kalau sapu takot bercampur plak dengan biru terang tadi.. Apply jugak dekat bawah pangkal mata..


Kita sapu sampai nampak macam ada dua tone yang berbeza taw. Dalam gambar ni tak berapa nampak la pulak. Takpa kita teruskan ke proses seterusnya. Amik eye shadow warna hitam..


Kalau warna cerah kita apply dekat pangkal mata, untuk warna gelap seperti hitam pulak kita apply dekat hujung mata. Jangan guna hitam banyak sangat. Takot warna biru tadi tu ilang... Just calit sikit jer hitam ni ok. Then apply kat hujung mata macam ni,...


Teknik untuk sapu ni bila kita bukak mata, pastikan hujung berus memasuki area soket mata. Then buat pergerakan kiri kanan kiri kanan sampai warna hitam tu sebati dengan biru. Macam kat bawah ni..


Secara kasar jadi macam ni..


Kemudian nak tambah lagi touch up mekap ni aku ambil warna yang agak2 turquoise (biru kehijauan). Aku gunakan warna ni untuk blend dengan hujung warna eye shadow hitam tadi. Supaya macam ada campuran banyak warna kat situ... Blend cara macam aku bagi tau tadi gerakan kiri kanan kiri kanan..


Kalau ada hujung-hujung eye shadow yang agak kasar, ambil brush yang gemuk kita blend tepi- tepi tu sampai dia nampak lebih smooth... Next step is amik pencil liner kita apply dekat waterline (garis bawah mata). 


Aku lebih prefer guna pencil liner untuk garis bawah mata ni sebab senang nak apply... Tapi pastikan eye liner tu pekat dan boleh lekat dekat garisan bawah mata tu la.. Untuk garis atas mata boleh la nak guna water liner ke gel liner ke ikut lah yang mana korang selesa.. Aku suka gel sebab texture dia tak comot..


 Kemudian ambil eye shadow warna cream contoh macam bawah ni.. 


Kita sapu dekat tulang kening kita ok...


Ambil brow liner, cantikkan kening. Kemudian boh maskara atas bawah. Nak lagi comey bleh boh bulu mata palsu... 


So siap la mekap bahagian mata. Lepas tu baru aku wat muka. Sebab apa lepas siap mata baru aku apply mekap muka ialah bila kita apply eye shadow kemungkinan ada serpihan-serpihan eye shadow yang jatuh kat area pipi. So bila kita sapu foundation, automatik akan bersihkan sisa-sisa eye shadow yang ada. Foundation ni jugak boleh kemaskan hujung tepi eye shadow kita... 

Dah sapu foundation, aku conceal mana kesan-kesan yang patot... Sapu powder then blush.. Guna lip gloss tara dah siappp. So ni final look aku. Sorilah kalau kurang kemas aku bukan pro lagi..




So lepas siap ni aku agak puas hati dengan eye shadow pallet yang aku baru beli ni.. Yehaaa.. So selamat mencuba dan terima kasih sebab baca ok.. Bye~


2 penambah suasana: