.:Mari Bergoogle+:.

.: Pengikut Setia :.

ALERT!!!

Welcome to my blog. If you like my content do please be my follower ok? My content mostly about beauty and make up tips and also about my personal life experiences. The contents are mostly in Malay language. Thank you again for drop by. (^-^)

Jumlah pendatang

Sunday, March 11, 2012

Chapter 113: HOW TO: Bentuk Muka Dan Cara Highlight&Contour

Setiap orang memiliki bentuk muka yang berbeza-beza. Kali ni aku nak share macam mana nak detect muka kita ni bentuk apa.. Bentuk muka yang berlainan mempengaruhi cara-cara nak highlight dan contour. Sebelum tu kena berdiri depan cermin dan ikat rambut ketat-ketat. So let check it out..


Oblong (Bujur panjang)



Ciri-ciri utama..
  • Wajah anda kelihatan panjang dari lebar
  • Rahang anda kelihatan bulat
  • Sisi wajah anda lurus - dahi, tulang pipi dan rahang sama lebar
  • Garisan rambut anda kelihatan bulat

Oval (Bujur)



Ciri-ciri utamanya..
  • Wajah anda kelihatan lebih panjang dari lebar
  • Rahang anda kelihatan bulat
  • Outline wajah anda kelihatan seperti bentuk telur ayam yang terbalik - Wajah anda lebih lebar di bahagian tulang pipi. Dahi anda sederhana lebar (lebih lebar dari rahang)
  • Bahagian wajah anda boleh dibahagikan kepada 3 bahagian yang sama iaitu di antara garisan rambut, kening, hujung hidung dan dagu.
  • Jarak antara mata anda sama seperti lebar satu mata.
  • Wajah anda tidak ada extreme karakteristik. Contohnya anda tidak ada mata yang sangat besar atau kecil, mulut atau hidung.
Round (Bulat)



Ciri-ciri utamanya... 
  • Wajah anda kelihatan lebih lebar dari panjang
  • Garisan rahang anda bulat dan penuh
  • Tulang pipi anda adalah bahagian yang paling lebar dan bulat
  • Garisan rambut anda kelihatan bulat
Rectangular (Segiempat tepat)



Ciri- ciri utama..
  • Wajah anda lebih panjang dari lebar
  • Rahang anda lebih luas dan bentuk rahang anda rata
  • Sisi wajah anda lurus - dahi, tulang pipi dan rahang sama lebar
  • Garisan rambut anda kelihatan lurus
Square (Segiempat sama)



Ciri-ciri utama...
  • Wajah anda kelihatan lebih lebar dari panjang
  • Garisan rahang anda luas dan kelihatan rata
  • Sisi wajah anda lurus - dahi, tulang pipi dan rahang anda sama lebar
  • Garisan rambut anda kelihatan lurus

Triangular (Segitiga)



Ciri-ciri utama..
  • Wajah anda kelihatan lebih panjang dari lebar
  • Rahang anda luas
  • Sisi wajah anda tirus dari rahang ke dahi
  • Rahang anda merupakan bahagian wajah yang paling lebar dan dahi anda sempit
Diamond (Berlian)



Ciri-ciri utama...

  • Wajah anda kelihatan lebih panjang dari lebar
  • Garisan rahang anda panjang dan runcing
  • Tulang pipi adalah bahagian muka yang paling lebar. Selalu tinggi dan menonjol.
  • Dahi dan garisan rahang anda tirus
  • Mata, hidung dan mulut anda sama rata secara menegak

Inverted triangle dan heart shape (segitiga terbalik dan bentuk hati)



Satu-satunya perbezaan di antara bentuk wajah segitiga terbalik dan bentuk hati adalah bentuk hati lebih menonjol.. 


Ciri-ciri utama..
  • Wajah anda kelihatan lebih panjang dari lebar
  • Garisan rahang anda panjang dan runcing
  • Sisi wajah anda tirus dari dahi ke rahang
  • Dahi anda merupakan bahagian wajah yang paling lebar atau sama lebar dengan tulang pipi
  • Rahang anda merupakan bahagian wajah anda yang paling sempit

Sekarang aku tengah konpius nak kata muka aku bulat tak... Oval la kot.. Ntah la labu. So terima kasih sebab baca. 


sumber gambar: virtual make over


0 penambah suasana: