.:Mari Bergoogle+:.

.: Pengikut Setia :.

ALERT!!!

Welcome to my blog. If you like my content do please be my follower ok? My content mostly about beauty and make up tips and also about my personal life experiences. The contents are mostly in Malay language. Thank you again for drop by. (^-^)

Jumlah pendatang

Wednesday, March 7, 2012

Chapter 110: HOW TO: Cat Eyes Make Up

Semalam dok tunggu Encik Strow nak mai bawak p deting so aku mekap sambil nak buat tutorial la untuk post hari ni kan. Inspirasi mekap aku dari cover majalah vogue si Adele ni. Mekap Cat Eyes ni sangat debommmm... I like it very much much much.


Nak buat cat eyes ni kena prektis banyak-banyak sebab tu lah tangan dok ketaq tak jadi jugak. Aku pun tak berapa nak perfect sangat tapi boleyyyy lah.



So ni just ringkasan apa yang aku guna:


Muka

M.A.C BB Cream
Silky Girl BB Cream All in 1
M.A.C Mineralize Satin Finish Foundation
Maybelline Powder Foundation
Silky Girl Blush

Mata

M.A.C Natural Brow Liner
Danni Make Up Pallet (Brown, Light Brown, white)
M.A.C Gel Cream Liner
M.A.C (Lupa plak nama panjang mascara ni)
Benefit stay put eye primer

Bibir

Lip Ice Sajer (Tak suka lipstick)

For started, kena la cuci muka dan pakai moisturizer yea dik non semua. Kalau tak, muka nampak kering. Tak elok bila mekap kulit muka kering. Kemudian, amik BB cream sapu seluruh muka as our mekap base. 

Kemudian amik eye primer masing-masing tak kisah la brand apa janji letak keciput ja kat area kelopak mata. Ni bukan apa supaya eye shadow dik non semua kekal. 

Step yang seterusnya amik eye shadow yang kaler dia cerah sikit dari tone kaler kulit kita. Aku guna kan kaler light brown seperti ini: 

Nampak macam oren gak plak dah... 

Then sapu kaler ni di seluruh kelopak mata.


Kaler ni natural saja sebab mekap ni tak guna warna yang menyerlah sangat. Then kita amik eye shadow kaler yang gelap sikit dari tone warna kulit. Aku guna brown biasa. Kalau nak guna kaler untuk contour pon boley kot. Janji gelap dari tone kulit kita.


Untuk warna ni kita apply dekat kawasan soket mata. Ini untuk bagi efek soket mata kita lagi dalam.



Just fokus area soket mata ok dik non semua... Resultnya akan jadi macam ni


So kaler dia just natural-natural sajer sebab ni bukan smokey eyes ok... Next step is amik gel liner masing-masing. Aku rekemen guna gel sebab texture dia yang tak macam water liner yang senang comot. Then guna angle brush ok. Sapa terer tu bleh la guna water liner ngan brush dia yang runcing tu.

First step is kalo boleh fokus cermin betul-betul dekat mata sebab kita nak tumpu buat cat eyes ni bukan senang. Perhatikan garis bawah mata kita then, kita lukis dari bawah ke atas. Macam tambahkan lagi la garis bawah mata ni. Kalau tak paham tengok gambar ni.


Dari no 1 kita tarik gel liner kita ke no 2. Kalau tersenget macam aku ni tak pa kita ejas sikit-sikit sampai kemas. Then, kita terus ke pangkal mata. Makin sampai ke pangkal mata, garis liner kita kena makin nipis. Macam gambar ni:


Macam biasa kemaskan sampai kita dapat garis yang selari dan tak berceramuk. Step seterusnya just samakan area tepi sampai dapat garis yang selari. Macam kat bawah ni...


Sori kalau tak nampak selari. Maybe tangan dok ketaq. Haha. Almaklum la tak pro lagi... Then jangan lupa boh eye shadow kaler putih untuk highlight tulang kening ok... Step seterusnya kepit la bulu mata then boh maskara. Bulu mata bawah jangan lupa taw dik non.... Kalau nak perfect boleh la guna bulu mata palsu. Oleh sebab aku nak cepat malam tu sebab takot Encik Strow dah gerak maka aku tak tunjuk la kat sini...

Kalau boleh maskara untuk bulu mata bawah tu tebal yang boleh sampai pakcik dok lima batu pon boleh nampak. Haha tak da la gurau sajer....

So da siap la cat eyes make up kita. Baru bleh sapu foundation area muka dan conceal kan mana patut.... Aku guna silky girl BB cream untuk cover-cover lebam mata dan parut harry potter aku ni. Haha.  Untuk mekap ni aku tengok dia just contour pipi. Tak guna blush. Lipstick pon guna kaler yang pucat. Aku memang tak guna lipstick so aku just guna lip ice.

And this is my final look.... Ready nak p jumpa Encik Strow dah. Hehe




Kalau korang still tak paham macam mana nak wat cat eyes kat sini aku nak bantu share sikit video ni. Dia ajar macam mana nak buat ok... Kalau tak paham tengok gambar tadi sila enjoice video ini... Selamat mencuba dah terima kasih noh sebab baca... Sekian..


Chaiyok-chaiyok. Praktis Make Perfect!

0 penambah suasana: