.:Mari Bergoogle+:.

.: Pengikut Setia :.

ALERT!!!

Welcome to my blog. If you like my content do please be my follower ok? My content mostly about beauty and make up tips and also about my personal life experiences. The contents are mostly in Malay language. Thank you again for drop by. (^-^)

Jumlah pendatang

Monday, March 5, 2012

Chapter 107: HOW TO: Make Up Macam Kim Kardashian

Oleh sebab di masa luang aku tak ada aktiviti yang boleh menghilangkan kebosanan aku so kali ni aku nak share lagi cara aku nak hasilkan make up macam Kim Kardashian dalam gambar di bawah ni: Macam ok kalau tak berapa nak serupa tu maaf lah.


Ringkasan apa yang aku guna:

Muka

M.A.C BB Cream
Silky Girl BB Cream All in 1
M.A.C Mineralize Satin Finish Foundation
Maybelline Powder Foundation
Silky Girl Blush

Mata

M.A.C Natural Brow Liner
Danni Make Up Pallet (Black, Brown, white)
M.A.C Gel Cream Liner
M.A.C (Lupa plak nama panjang mascara ni)
Maybelline Crayon Liner
Benefit stay put eye primer

Bibir

Lip Ice Sajer (Tak suka lipstick)


Macam biasa kena bersihkan muka dulu kemudian letak moisturizer. Then amik BB cream sapu seluruh muka sebagai make up base. Jangan lupa guna eye primer untuk eye shadow yang tahan lama. Ok skang sapu eye primer pada mata seperti di bawah dan sapu sekata seluruh kelopak mata.


Ingat! Jangan boh eye primer tebal sangat ok. Guna sikit sajer. Then kita amik kalerbrown atau coklat seperti di bawah ni:


Sapu ke seluruh kelopak mata sehingga di kawasan tulang soket mata seperti di bawah:


Ambil brush yang kecik sket then sapu eye shadow tadi ke kawasan bawah mata jugak. Jangan terlampau bawah sat lagi jadi panda lebam. :)


Bila dah puas hati, amik brush untuk blending, kalau tak ada guna brush yang hujungnya bulat n gemok, then blend eye shadow tadi supaya dia nampak lebih smooth.


Then, amik angle brush. Brush ni dia menyerong dan bersudut atau nama lain dia brow brush. Guna eye shadow kaler hitam then apply di garisan mata atas dan bawah seperti ini:


Kemudian amik brush yang berseuaian, blend eye shadow kaler hitam tadi supaya dia bersatu dengan warna coklat tadi ok?


Kalau kurang kaler hitam tu boleh lah tambah sikit-sikit sampai kita puas hati. Peringatan tadi kan kita apply kaler brown kat bawah mata kan? Seelok-eloknya jangan sampai warna hitam tu hilangkan warna coklat kat bawah tu ok? Then bila dah puas hati boleh la boh black liner di atas dan bawah garisan mata. Lagi tebal lagi better.



Kim Kardashian memang femes dengan bulu mata dia yang panjang. So untuk make up ni korang ada dua pilihan. Nak boh false eye lash or guna maskara. Dua-dua boleh. Kali ni aku just guna maskara. Sapa yang dah ada bulu mata yang panjang syukur lah ok tak payah guna false eye lash dah. Jangan lupa kepit dulu bulu mata guna pengepit bulu mata.


Then apply lah maskara ok. Lagi tebal lagi better. Jangan lupa bulu mata bawah mata. Lagi sekali aku lupa nak boh. Hehe.


Nak lagi drastik lepas maskara tu kering, kita boleh kepit lagi skali bulu mata kita supaya dia bertambah lentik. Macam biasa guna eye shadow kaler putih di bahagian tulang kening anda ok. Kemaskan kening guna brow liner atau guna eye shadow untuk kening.

So dah setel bahagian mata. Seperti biasa bila dah setel mata baru kita apply foundation ke seluruh muka. Then conceal mana yang patut. Untuk make Up ni jangan gunakan blusher yang berwarna pink. Seeloknya guna blusher yang berwarna peach, oren atau brown. Jangan apply pada apple cheek. Just apply pada tepi tulang pipi.

Untuk lipstick pula seeloknya guna warna nude sebab make up mata dah berat so kita taknak beratkan lagi bahagian bibir. So this is my final looks. Nampak macam kaler ungu pulak maybe sebab white balance kamera aku ni.

 


So that it dah selesai mekap Kim Kardashian dari aku. Hope menjadi kat korang dan jangan stop try. Practice make perfect kan? Terima kasih baca dan selamat mencuba.

Rujukan: EMAN MakeUp Artist


0 penambah suasana: