.:Mari Bergoogle+:.

.: Pengikut Setia :.

ALERT!!!

Welcome to my blog. If you like my content do please be my follower ok? My content mostly about beauty and make up tips and also about my personal life experiences. The contents are mostly in Malay language. Thank you again for drop by. (^-^)

Jumlah pendatang

Sunday, March 4, 2012

Chapter 106: HOW TO: Smokey eyes

Greetings readers. Hari ni aku nak share macam mana senangnya nak buat smokey eyes. This is my first make up tutorial so kalau ada yang kurang tu maaf lah yea. Nak wat video but i sound really stupid in video recording. Haha so aku just tunjuk menggunakan gambar sajer. Kita nak wat silver smokey eyes shadow. Let check it out. Style smokey eyes ni sebenarnya inspire dari cik kak lea michele ni


So ini our final look. Sorry crop hanya mata. Sebab nak tunjuk smokey eyes sajer.




Orait ni sebagai ringkasan apa yang aku guna:

Muka

M.A.C BB Cream
Silky Girl BB Cream All in 1
M.A.C Mineralize Satin Finish Foundation
Maybelline Powder Foundation
Silky Girl Blush

Mata

M.A.C Natural Brow Liner
Danni Make Up Pallet (Black, Silver and white)
M.A.C Gel Cream Liner
M.A.C (Lupa plak nama panjang mascara ni)
Maybelline Crayon Liner
Benefit stay put eye primer

Bibir

Lip Ice Sajer (Tak suka lipstick)

First of all anda semua kena la cuci muka sebersih-bersihnya dan guna moisturizer supaya kulit tak nampak kering you all. Aku guna pencuci dan pelembap dari garnier. Dah boh suma tu. Ambil BB cream sapu seluruh muka. Tak payah boh banyak sangat. Ni aku just guna sebagai make up base. Untuk muka stop takat tu saja wat masa ni.

Then aku teruskan untuk mekap mata. Firstly korang kena boh eye primer supaya eye shadow korang stay dan takkan ilang. (Kalau basuh hilang lah). Eye primer ni jangan boh banyak sangat. Just lapisan nipis je atas kelopak seperti di bawah.




Kemudian, amik pencil liner korang. Pastikan pencil liner ni tebal gilak dan hitam pekat. Boh sekeliling garis mata atas dan bawah. Macam pic bawah ni:



Then bila dah puas hati boh pencil liner ni setebal-tebalnya, kita teruskan kepada step seterusnya. Untuk step ni kalau liner kita comot pon takpa sebab nanti kita nak blend dengan berus. Itu la proses seterusnya. Amik brush yang straight hujung and tak terlalu besar just blend liner tadi tu jadi base warna kepada eye shadow kita.


Thats why aku cakap biar comot pon xpa. Blend sampai penuh kelopak mata macam ni. Jangan lupa blend jugak area garis bawah mata ok. Seeloknya blend guna brush. Tapi kalau tak ada brush boleh guna jari tapi kena extra teliti la.


Kemudian, amik eye shadow kaler hitam. Oleh sebab hitam ni sangat pekat so aku just guna sikit je. Tak yah tenyeh dua tiga kali sebab eye shadow itam ni memang pekat kaler dia.


Eye shadow hitam ni kita tumpukan pada hujung mata dan juga area soket mata. Area tu memang elok kalau gelap sebab ia akan bagi efek lebih dramatik. (Pandai lak aku cakap macam mekap artis)


Buat pergerakan kiri kanan kiri kanan sampai kita puas hati dengan tahap kegelapan tu. Kalau tak taw cara nak blend bahagian soket mata just google jer how to blend eye shadow at crease area. Ok?


Next step is korang amik la kaler silver, kelabu atau seangkatan dengan itu. Oleh sebab tajuk smokey eyes ni silver smokey eyes so kena la guna silver yea dak. Kalau nak guna kaler lain pon boleh jugak. Teknik dia sama ja. Ok pilih kaler silver yang sesuai..


Area warna yang cerah kita tumpukan pada pangkal mata ok. Sebab kawasan tu memang untuk tone yang cerah. Jangan lupa pangkal bawah mata jugak ok.




Step yang seterusnya kita amik brush yang gemuk sikit. Kita blend pada hujung-hujung tepi eye shadow kita supaya dapat efek macam blur-blur skit kaler dia. That's why we call it smokey. 


Nak blend guna teknik sapu bulat-bulat brush tu pada hujung garisan eye shadow sebab kita xnak bagi obvious sangat garisan eye shadow tu. Dah settle bahagian ni boleh la amik gel liner wat garisan di atas dan juga bawah mata.


Aku lupa plak nak mention kegunaan eye shadow putih. Ok amik eye shadow kaler putih then kita apply pada tulang kening ok. Untuk efek highlight.


Aku teruskan dengan bubuh bulu mata palsu. Kalau taknak boh kita guna maskara setebal-tebal yang boleh.  Jangan lupa boh maskara untuk bawah mata jugak taw. Dalam pic ni aku lupa nak boh. Hehe. Maaf. Then untuk kemaskan kening anda amik brush sesuai untuk kening. Amik brow liner kemaskan kening anda ok. Seeloknya ikut garisan semula jadi bentuk kening supaya nampak normal. Dan seeloknya jangan guna brow liner warna yang gelap seperti hitam. Seeloknya guna kaler brown.



Setel jugak untuk bahagian mata. Kalau nak lagi super cute boleh la pakai contact lens. Habis proses mekap mata baru lah aku sapu foundation ke seluruh muka sebab selalunya kita mekap mata mesti ada lebih lebihan serbuk jatuh atas pipi. So bila kita sapu dengan foundation, automatik akan bersihkan sisa-sisa tersebut. Untuk kemasan foundation yang elok, better guna foundation brush. Supaya foundation kita tu sekata dan tak bercapok. 

Oleh sebab aku xda cela atau bekas jerawat yang terok, aku tak guna la concealer. Untuk samakan noda mata lebam aku, aku just gunakan BB cream. Kemudian, sapu seluruh muka dengan face powder ok supaya muka tak berkilat. :)

Teruskan proses dengan apply blusher di pipi. Semua orang mesti taw punya cara pakai blusher yea dak?

So aku rasa habeh sudah la proses How to smokey eyes kita pada kali ni. Thanks for read it dan selamat mencuba ok. Practice make perfect kan?


0 penambah suasana: