.:Mari Bergoogle+:.

.: Pengikut Setia :.

ALERT!!!

Welcome to my blog. If you like my content do please be my follower ok? My content mostly about beauty and make up tips and also about my personal life experiences. The contents are mostly in Malay language. Thank you again for drop by. (^-^)

Jumlah pendatang

Sunday, February 19, 2012

Chapter 101: Apa yang perlu dan tak perlu

Greetings reader... Oleh sebab hari ini aku agak bosan dalam ofis dan tak ada kerja nak buat so aku update la blog ini. Tajuk yang aku nak share atau ketengahkan hari ni pasal apa yang perlu dan tak perlu dalam.... persiapan majlis perkahwinan. Aku yang masih belum kahwin ni dan insyaAllah as soon as possible kadang-kadang pening gak pikir bajet dan tak mahu la membazir yang bukan-bukan. P/S dah kena mula saving kot. Orang kata zaman sekarang ni kalau tak da 10k dalam tangan jangan harap nak kahwin. Biar aku betulkan pemahaman di sini ok, sebenarnya yang 10k tu semua buat benda yang tak perlu. Tu majlis korang sampai cecah 10k. Kita seeloknya berpada-pada lah, Janji majlis selamat berjalan yea dak? Orang sekarang ni suka membazir.


Ni just for my personal opinion dan my personal check list. Sebab aku tak mahu membazir banyak duit untuk buat majlis sehari saja pon. Memang kita kahwin sehari saja tapi kalau dah sampai berpuluh2 ribu habis duit camna pulak kita nak berdepan dengan hidup bertahun-tahun lepas kahwin. So let just say aku lebih pentingkan kehidupan lepas majlis kahwin bukan masa majlis kahwin. Yea aku memang gadis yang simple.

Aku seboleh-boleh nak majlis yang simple yet meriah. Janji sedara mara, kawan-kawan dan jiran tetangga cukup makan masa kenduri. Haha. Ok let see benda apa yang aku tak perlu masa majlis perkahwinan nanti.


Pelamin - Memang aku takkan ada pelamin sebab tu adat orang hindu dan aku tak suka duduk depan orang ramai. I'm quiet a shy person. Tapi kalau encik strow nak pelamin tu wat kat majlis rumah dia la. Hehe..
Baju nikah - Takyah baju glemer2 la takat baju kurung moden kaler putih pon dah cukup bagi aku. And lucky me my mama want to made it for me. Mekacih ma  :)
Mak Andam - Hah aku bleh make up sendiri. Mak andam mekap semuanya tebal-tebal terok. Aku tak suka.
Kad Kawin/ banner/ streamer - Sebab dok berada dalam kerjaya graphic design ni mesti ada yang nak sponsor punya... Makasih la noh. Haha.. Design takpa aku boleh wat sendiri.


Photographer - Kawan encik strow bersepah. Pidout Photography boleh kot :p. Bab custom album, aku boleh wat  sendiri. (Kalau ada masa)
Peralatan Khemah - Ni untung jadi anak polis. Kemudahan tu adalah percuma. Hikhik.

So aku rasa yang ni kot tak perlu pikir pasal bajet. Yang aku kena pikir ialah:

Cincin - Cincin untuk aku encik strow la pikir. Ni cincin untuk encik strow. Laki kan takleh pakai emas so beli silver la. :)
Sewa baju resepsi - Yang ni kenalah. Aku teringin jugak nak pakai baju kawen lip lap lip lap. Nak merah gelap. :)
Kek - Yang ni sebenaqnya tak bebankan pun. Sebijik kek bopa duit ja. Saja nak boh dalam list.
Upah masak - Yang ni aku tak tahu camna nak bajet. Kena tanya my mama la. Tak amik katering kot. MAHAL. Kalau ada yang nak sponsor, ALHAMDULILLAH. :p
Door gift - Kena la bagi yea dak. Depa da mai majlis aku.


Barang hantaran - Yang ni kena tanya encik strow la dia nak apa. Jangan mintak yang luar kemampuan ok sayang? Hahaha.
Hiasan khemah and bilik tidur - Oleh sebab aku taknak pelamin so yang ni kena ada la. Port nak bergambar kena ada. Haha
Kompang - Perlu ka ni? Kompang digital dah la kot. Heheheh...

So rasa nya kat sini banyak aku berjimat kan? Tak salah berjimat. Membazir kan amalan syaitonnnn... Tak kisah la majlis yang simple janji majlis berjalan dengan berjaya and aku selamat jadi isteri orang.Tak sabaq aih... :)

Sekarang ni encik strow busy 24jam carik duit. Baru aku paham la macam mana rasa bila kawan-kawan aku crita laki/ tunang/ bf sebok kerja carik duit. Sunyi tu opkos la sunyi tapi takpa sayang i paham... Because of that I LOVE U MUCH MUCH MUCH... Hehe tenkiu all for read. Hope we will see again in another post.

0 penambah suasana: