.:Mari Bergoogle+:.

.: Pengikut Setia :.

ALERT!!!

Welcome to my blog. If you like my content do please be my follower ok? My content mostly about beauty and make up tips and also about my personal life experiences. The contents are mostly in Malay language. Thank you again for drop by. (^-^)

Jumlah pendatang

Sunday, January 1, 2012

Chapter 98: Hai 2012




Orait everybody rasa sekejap saja kan tahun 2011 berakhir... Jadi sekarang tahun 2012 maka sudah 3 tahun lah aku berblog namun aku tidak berapa nak kerap post blog tapi aku akan berusaha jugak post something new for my readers.. Bercakap pasal 2012 kan, maka aku nak melakukan perubahan dalam blog aku ni. Selama ni aku menggunakan bahasa pasar kan (bahasa percakapan) dalam blog ni jadi sekarang aku ingin menggunakan bahasa penulisan. Sia-sia la ambil penulisan dulu kan.. Hehe. Nak kata azam 2011 semua tercapai tak ada la sangat... Ini azam aku tahun 2011 korang semua boleh le jenguk kat sini.

Jadi secara keseluruhannya alhamdulillah azam aku murah rezeki tu agak tercapai lah kan. 
Lebih banyak job photography? Unchecked sebab aku dah tak ambil job shoot just ambil job design album sahaja..
Tak mao berkata-kata kesat juga aku sudah berjaya melaksanakannya.
Lebih bertambah bahagia? Ok checked... Masih bersama Encik Strow
Tukar hp baru? Ok checked.. tengah guna galaxy ace finally.. :)
Beli kereta? Unchecked... Belum ada rezeki lagi. Sedih jugak la sebab dah berusaha...
Lebih matang? Not sure plak. Heheh.

Namun apa yang penting pada tahun 2011 aku telah berjaya melakukan transformasi diri sendiri dengan memakai hijab. Alhamdulillah I love it. 


Jadi apa yang aku harapkan dan berazam pula untuk tahun 2012 ni? Sebenarnya aku agak risau dan takut sebab bila tahun baru maka naik lagi lah usia dunia kita yang sudah tersangat-sangatlah tua. Manakan tak tua pada zaman Rasulullah s.a.w lagi baginda mengatakan bahawa usia dunia seperti orang tua yang bertongkat tiga. Kalo macam tu zaman kita ni dah bertongkat berapa lah dunia kita ni agaknya... Scary jugak lah.. 

Pada tahun 2012 all i want is :-
1) Get engaged with Encik Strow kalo boleh nikah taun yang sama pon elok jugak. hehehehe
2) Berjaya memiliki sebuah kereta
3) Membeli laptop baru
4) Hidup lebih bahagia dan bertambah-tambah murah rezeki

Rasanya ini saja kot yang aku nak. Kita tengok nanti tahun 2013 tercapai tak apa yang aku nak. Kalau dipanjangkan umur lah.. Wallahualam... So that's all for today. Thank you for read. Assalamualaikum dan salam sejahtera.



1 penambah suasana: