.:Mari Bergoogle+:.

.: Pengikut Setia :.

ALERT!!!

Welcome to my blog. If you like my content do please be my follower ok? My content mostly about beauty and make up tips and also about my personal life experiences. The contents are mostly in Malay language. Thank you again for drop by. (^-^)

Jumlah pendatang

Thursday, December 20, 2012

Chapter 144: Pavlova

Ketemu kita lagi geng. Kali ni aku nak share pasal pavlova. Ampa taw dak pavlova tu apa? Pavlova ni sejenis pencuci mulut adik-beradik Meringue. Asal pavlova ni dari nama penari Rusia iaitu Anna Pavlova. Aku tak pasti la dia ni ka yang cipta Pavlova ni. Haha.Simple ja pavlova ni. Bahan utama dia cuma telur putih dan gula. Okeh jom kita check resipi dia..

Gambar sumber google




Monday, December 3, 2012

Chapter 143: Flat Wedding Shoes

Assalamualaikum geng. Firstly maaf la yea dulu aku janji kan nak post pasal aku buat durian crepe kan? Masalahnya tak buat-buat pun lagi. Ntah kenapa tahap kerajinan tu agak low plak. Hihi. Bulan ni (Disember) kan musim kenduri sana kenduri sini. So tiba-tiba terdetik nak usha-usha barang-barang untuk kahwin diri sendiri (ecehhhh awai tak kalut).





Persoalannya di sini kalo kahwin tak wajib pakai heels kan? Hahahah sebab nya aku TAK SUKA pakai heels. Then future husband plak sangat cute orangnya. Berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah ja ngan aku so rasa sangat tak adil la kan kalau aku pakai heels mengalahkan dia plak. (Dia cukup butthurt kalo aku tinggi dari dia). Walaupun aku ni tak suka heels akan tetapi jiwa kewanitaan aku tetap suka lihat dan cuba segala bentuk macam heels yang bila tengok dalam hati "Masha Allah!!! Kasut ka pa ni" tapi nak beli tu tak la. Sebab apa-apa pun aku LEBIH pentingkan KESELESAAN bila berjalan...

Thursday, November 29, 2012

Chapter 142: Durian Crepe

Assalamualaikum uolls... Makin lama makin malas nak hapdet blog. Nak tunjuk cara mekap pon rasanya semua teknik sama ja melainkan guna warna lain-lain. Nak review produk pon sekarang tak berapa nak kaya. Mekap pon tak hapdet. So kali ni rasanya ada satu benda nak cerita. Pasai.. DURIAN CREPE....

Dah macam fenomena si Durian Crepe ni. Situ sana sini orang sebut-sbut. OMG sedapnya... Itu ini itu ini. To be honest.... Aku tak pernah try.. (p/s rasanya nak guna balik kata ganti diri sebagai aku.. lebih selesa begini) 

Rasa membuak-buak pulak nak try rasa benda crepe2 ni.. Bagi yang tak pernah tengok or tahu Durian crepe ni camna rupa. Meh aku tunjuk banyak sikit variasi gambar beliau.

Monday, October 15, 2012

Chapter 141: Chiro (Odd Eye Cat)

Assalamualaikum dan hello kepada pembaca sekalian. Memang lama gila tak hapdet blog ni. Hehe. Sekarang ni rajin tu dah kurang. So hari ni ada benda cikpuan nak share. Iaitu pasal chiro. Sapa, apa, benda apa chiro ni? Jeng jeng jeng...



Monday, August 27, 2012

Chapter 140 : Selamat Hari Raya 2012


Assalamualaikum. Hari ini rasanya dah Syawal yang ke 9 tapi baru harini nak post pasal raya. Haha maklum lah raya sibuk pi ke sana ke sini ziarah family sana family sini. Sebab rasa dah lama tak post blog maka nak buat la demikian *blog dah berhabuk*. Oleh sebab hari ni dah start kerja maka  Cikpuan  bukak la blog nak taip sesuatu. Boring duduk opis la katakan. 

Okeh nak cerita apa pasai raya tahun 2012 ni. Pendek ceritanya macam biasa lah raya-raya yang sebelumnya. Nothing special. Bangun pi solat raya, ziarah kubur then beraya. Eh ada, ada tahun ni punya raya Encik Strow tak mai pon beraya rumah. Hump! *penat  Cikpuan  wat kuih macam-macam*. Then  Cikpuan  pun tak berapa sempat nak jumpa kawan-kawan yang balik cuti raya sebab  Cikpuan  pun balik cuti raya. Eh? Haha.. Cuti raya takkan nak duduk rumah sewa yea tak?

Monday, July 2, 2012

Chapter 139: CikPuan's Editing Style

Hey all hari ni cikpuan tak ada cerita nak share just nak share hasil seni chewah.... hasil editing cikpuan. Lama tak share work kat sini. Style editing cikpuan memang more kepada painting. Kira bagi gambar tu nampak macam painting. Kodek-kodek photoshop tiba-tiba jadi effect ni jadi minat terus dengan effect ni. So ni cikpuan kongsi seketoi dua tiga gambar yang kena touch up. Untuk bagi effect ni lagi UMPH, seeloknya gambar yang nak di touch up tu resolution tinggi. Kira fresh dari DSLR la. Camera handphone pon boleh cuma kena 1.0 mb ke atas la kapasiti gambar tersebut. Bawah dari tu effect tak berapa nak jadi.

Klik gambar kalau tak puas tengok kecik

My brother. Gambar ni resolution rendah so jadi macam ni

Perbezaan sebelum dan selepas

Sunday, July 1, 2012

Chapter 138: Pengalaman kena Demam Campak (Chicken Pox)

Assalamualaikum dan hello kepada pembaca sekalian. Memang lama sungguh tak update blog ni. Kali ini ada story yang nak dikongsikan bersama. Harini cikpuan start kerja setelah cuti hampir 2 minggu disebabkan demam campak. Kihkihkih owh hangpa semua jangan ingat budak-budak saja yang kena, gadis besar macam cikpuan pon kena okeh. So ni la nak cerita.



Pendek ceritanya demam campak ni berlaku apabila seseorang itu dijangkiti virus varicella zoster. Amboih nak menyebutnya pun payah bebenor yea. Kita berkemungkinan akan dijangkiti virus jika terdedah dengan pesakit. Virus ni boleh tersebar melalui udara so berhati2 bila pesakit campak bersin sebab masa tu lah virus tu disebarkan. NAMUN sampai sekarang cikpuan heran dengan siapa cikpuan jangkit pon tak tahu. Allah nak bagi terima jelah yea tak?

Sunday, June 3, 2012

Chapter 137: TIPS: Care your dry hair


Assalamualaikum dan hello kepada pembaca sekalian. Lama jugak cikpuan tak update blog ni. Almaklum lah tak ada topik yang nak di kongsi. Tapi kali ni ada cerita yang nak cikpuan kongsikan kepada pembaca sekalian. Kali ni pasal rambut. Walaupun kita bertudung, penjagaan rambut kena la jaga jugak. Kita tak mau la bila dah kawin nanti suami terkejut tengok rambut kita macam singa. Hehe taknak la jadi macam tu kan?

Ada tak segelintir pembaca menghadapi masalah macam cikpuan? Dah cuba pelbagai jenis produk, dah wat macam-macam treatment namun rambut masih rosak, kering dan frizzy. Kadang-kadang tu dah macam fade up. Tengok rambut orang yang cantik kita rasa jeles je. Nak je tahu macam mana dorang jaga rambut kan?

So ni lah cikpuan nak share kepada anda semua tips-tips untuk merawat rambut yang rosak, kering, kembang dan sebagainya. Tips ni elok juga untuk siapa yang mempunyai rambut kerinting. Rambut kerinting kan lebih terdedah kepada masalah kekeringan ni.


Jom sambung baca

Thursday, April 26, 2012

Chapter 136: HOW TO: Dato' Siti URTV mag makeup

Assalamualaikum dan hello, bertemu kita lagi sekali. Kali ni just nak share camna cikpuan mekap macam Dato' Siti dalam majalah URTV. Tak pasti bulan berapa, kawan cikpuan, cik Leezha tak mention pulak. Dia just bagi aku gambar Dato' Siti and minta aku try buat mekap macam ni. Maybe tak la 100% sama, cikpuan just gunakan warna nak seakan-akan and bentuk mata Dato' Siti tak macam Cikpuan. So let check it out


Cikpuan rasa, comfirm mekap ni menggunakan eye shadow dari Simply Siti yelah kan mesti dia nak promote mekap dia sendiri. So cikpuan guna warna yang sesuai.

This is my final look

Sunday, April 22, 2012

Chapter 135: Berjoging

Assalamualaikum dan hello semua. Sebab boring macam biasa kat office ni so saja lah nak post something dalam blog cikpuan yang tak seberapa ni. Kalih-kalih blogger dah tukar interface baru so agak keliru jugak la bila berdepan dengan perubahan baru ni. Lama-lama boleh terbiasa jugak. So hari ni tak ada nak share makeup just nak cerita pengalaman hobi baru cikpuan iaitu berjoging.


Cikpuan joging bukan sebab nak kurus ok. Dh cukup kurus dah ni. Saja lah nak isi masa lapang supaya lebih sihat, bertenaga dan berstamina. Baru dua hari kaki dah macam nak tercabut. Sekarang ni pun masih sore leg. Almaklum lah memang lama tak aktif bersukan. Malaih sedia. So otot terkejut lah. Hehe. Gelak pun takleh nak gelak sangat. Terseksa jiwa naik turun tangga. Apa-apa pun still bersemangat nak continue.

Thursday, April 19, 2012

Chapter 134: HOW TO: Yellow Cut Crease Eye Makeup

Assalamualaikum dan hello kepada pembaca cikpuan sekalian yea. Today nak share macam mana nak buat cut crease eye makeup. Mata cikpuan ni jenis almond so senang sangat nak buat pelbagai jenis makeup mata. Boring jugak asyik makeup muka sendiri ja. Sebab tak jumpa lagi bahan experimen nak conteng muka. Hehe. So segala produk cikpuan da mention dalam video. Cuma nak tunjuk warna apa yang cikpuan guna mana la tahu ada pembaca cikpuan yang tak ada pallet macam cikpuan ada.

Sunday, April 15, 2012

Chapter 133: REVIEW: Giffarine Aquara Essence Spray

Assalamualaikum dan hello kepada pembaca cikpuan sekalian yea. Hari ni cikpuan nak share satu barang baik punyaaaa. Memang baik memang superb. Korang semua pernah dengar produk Giffarine tak? Cikpuan dulu memang tak pernah dengar. Tup tup kawan cikpuan ni dia cikpuan jugak tapi cikpuan lain la. Dia la suruh carik. So lepas dah carik cikpuan pon dah guna and ni yang buat cikpuan nak kongsi dengan korang semua ni.



Okeh pernah dengar tak Giffarine Aquara Essence Spray? Ni cikpuan nak cerita ni. Produk ni kita gunakan sebelum dan sesudah selesai mekap. Alah yang mak andam spray-spray muka sebelum calit mekap tu. Ni dah dia.

Thursday, April 12, 2012

Chapter 132: HOW TO: Blue & Green (Aqua) Smokey Eyes

Assalamualaikum dan hello. Tutorial ni sebenarnya nak tunjuk betapa terangnya warna eye shadow dari wales ni. And i'm in love with it. So check it out ok. Kali ni nak mula gunakan cikpuan as my kata ganti diri. Aku macam kasaq pulak kan? Maaf la yea.



Chapter 131: REVIEW: Wales Eye Shadow Pallet

 Assalamualaikum dan hello kepada pembaca sekalin. Lama jugak tak update blog ni. Agak busy dan tak sempat nak post apa-apa. So hari ni aku just nak share dan review barangan yang  aku beli untuk this month. Hehe ni pun aku taip awal-awal dekat rumah. Dekat office baru aku post. Yelah kat rumah tadak internet.
So aku nak review mengenai eye shadow pallet dari wales ni. Ehem dulu aku pernah kata nak stop beli eye shadow tapi tu lah kata saja lah. Hehe. Yelah sebab eye shadow yang sebelum ni aku kureng puas hati sebab semuanya shimmer. Yeah i hate shimmery eye shadow except for silver and gold.

Wales 40 eye shadow pallet 05

Tuesday, April 3, 2012

Chapter 130: REVIEW: Maybelline Baby Lips Lip Balm

Assalamualaikum dan hello kepada pembaca sekalian. Okeh hari ni sebenarnya nak cerita pasal produk la. Kira review la. 


Monday, April 2, 2012

Chapter 129: HOW TO: Cat Eyes & Bright Red Lip

Assalamualaikum dan hello. So kali ni nak share cat eyes mekap bersama-sama calitan lipstick yang berwarna merah terang. Merah mak ngah gitu. Aku dah suka wat slideshow. So enjoy ok. Kalau rajin subscribe la channel youtube aku tu. Terima Kasih...

Sebenarnya mekap ni diinspirasi dari megan fox. Tapi aku tambah kepanjangan lentikkan cat eyes aku ala-ala arab mekap.


Sunday, April 1, 2012

Chapter 128: HOW TO: Simple Make Up / 'No Make Up' Make Up

Assalamualaikum dan hello kepada pembaca semua. Orait kali ni aku nak share macam mana mekap yang simple ataupun mekap yang kelihatan seperti tak di bubuh mekap langsung. Paham tak? Kira macam kita tak bermekap la walaupun sebenarnya kita pakai mekap. So ni first time aku try nak buat video tapi as slideshow saja la. I sound very funny in video recording.

So untuk make up ni tersangat la senang dan simple. Nama pun simple make up yea tak? Aku just guna dua warna eye shadow saja. Coklat untuk seluruh kelopak dan putih untuk highlight tulang kening.

Foundation - Naturactor 152
Eye Base - Benefits
Eye shadow Danni (23 & 12)


Blusher - Silky Girl (Dune Rose)
Lipstick - MAC Sheer Plum

Thursday, March 29, 2012

Chapter 127: Meet My New Pet

Assalamualaikum dan hello kepada pembaca sekalian. Harini punya post takda kena mengena dengan mekap, beauty dan sekeluarga dengan itu. Hehe I'm just want to shared my personal story. Orait sekarang ni kat rumah aku dah ada pet. Wonder pet tapi dua ekor la. Hehe. Meet Dodi and Toti Junior.

Atas tu Dodi, bawah tu Toti Junior

Wednesday, March 28, 2012

Chapter 126: HOW TO: Fuller Lips

Assalamualaikum dan hello kepada pembaca sekalian. Korang notice tak kebelakangan ni aku banyak share pasal bibir? Haha ntah lah aku pon tak tahu pasai apa.. So kali ni aku  nak share macam mana cara nak dapatkan lipstick yang kemas sapuannya dan membuatkan bibir korang nampak penuh.


Sebagai buah mula ramai yang beranggapan lipstick yang warna terang dan gelap membuatkan bibir kita nampak tebal. Sebenarnya pembetulan di sini, warna terang dan gelap sebenarnya membuatkan bibir kita lagi nipis. Golongan berbibir tebal elok la kalau sapu lipstick merah terang-terangan. Bagi si bibir nipis memang akan buat bibir lagi nipis. Tu lah sebabnya ramai mula menggunakan lipstick yang berwarna nude sebab warna ni memang buat bibir kita nampak penuh dan tebal. So let get started...

Tuesday, March 27, 2012

Chapter 125: TIPS: Merahkan bibir

Assalamualaikum dan hello kepada pembaca sekalian alam. Siapa suka bibir yang merah semulajadi? Bagi aku yang tak berapa suka sapu lipstick ni memang nak la kalau bibir yang merah, lembap dan ala-ala Angelina Jolie kan. Nak merah secara drastik boleh la guna lipstick merah makngah sapu tebal-tebal kat bibir. Tapi, aku tak suka lipstick tebal sebab rasa macam Drag Make Up plak. So di sini aku nak kongsikan tip macam mana nak merahkan bibir secara semulajadi. Tip ni sesuai la pada siapa-siapa yang mempunyai bibir yang agak pucat (like me) dan mempunyai garisan hitam pada area bibir.




Orang yang suka snap pic muncung2 bibir ni sebenarnya nak jadi Angelina Jolie kot.. Hehe. So let gets started.

Monday, March 26, 2012

Chapter 124: Apa yang buat blog anda femes?

Assalamualaikum dan hello kepada pembaca sekalian (skema pulak rasanya), ok sebenarnya tajuk hari ni jadi sebab tak tahu nak post apa jadi pikir punya pikir malam semalam so ni yang aku nak post. Alkisahnya begini... apa sebenarnya faktor yang mebuatkan blog anda femes? Lepas aku tengok rancangan Safiyya semalam kat tv9 jadi aku dapat membuat satu conclusion. Bawah tajuk selebriti blog kot aku rasa lah. Dia mengisahkan blogger-blogger yang femes gitu. Follower sampai beriban-riban.

Dia tunjuk jugak snapshot blog depa dan di situ la aku buat conclusion pasai pa depa ni bleh femes cepat. Blog depa banyak promote muka sendiri. Ni panggilan aku kepada blog yang macam gini rupa. Sebab apa? Yelah cerita-cerita depa biasa ja pun. Contoh macam: Owh harini saya pergi beli tembikai kat pasar.. Owh esok nak pergi tangkap kura-kura kat taman.. Bla, bla, bla... Tapi tiap satu post ada la dalam 5  gambar sendiri. Posing ala-ala K-POP comel-comel yang aku rasa macam nak kaki. Ops maaf.. Hehe...



Sunday, March 25, 2012

Chapter 123: HOW TO: Arabic Style Make Up

Orait seperti yang dijanjikan aku nak share macam mana arabic style make up kan? Sebenarnya dia lebih kurang sama ja macam winged eyeshadow makeup  cara dia. Cuma yang bezanya Arabic mekap memang lebihkan eye liner dia. Celak tebal kan trademark depa. Kening depa jugak berat... So lets get started...


Wednesday, March 21, 2012

Chapter 122: TIPS: Cara nak kemas barang mekap

Hari ni aku tak tahu nak cerita pasal apa just nak share video cara nak kemas barang mekap.Walaoweh koleksi mekap dia ni sangatlah banyak.. Ok i'm jealous sangat... Almaklum la dia ni dah buat mekap2 ni for her living. Aku baru beginner tapi aku suka sangat tengok betapa banyak barang mekap dia. Pelbagai jenis plak tu. So enjoy video ni ok... 


Hish tak habeh jeles lagi... Banyak kot barang mekap dia... >.<

Tuesday, March 20, 2012

Chapter 121: TIPS: Kurangkan 'smile line' di mata

Setelah kaji punya kaji aku pun dapat la idea macam mana nak kurangkan atau hilangkan garisan yang timbul kat area mata aku bila aku senyum.. Kulit dekat area mata adalah bahagian kulit yang paling nipis. So ia terdedah kepada kekeringan yang cepat. Yelah hari-hari ngadap aircond mana tak nya. Aku rasa tips aku ni berguna untuk kulit yang muda remaja lagi. Bagi golongan tua mungkin tak kot. 




Monday, March 19, 2012

Chapter 120: Smile Line Under Eyes

Nama dah cukup comel dah. Smile line.. Tapi kesan dia sakit hati kot. Asal senyum ja naik kedut. Dayyyuuummmm... Tapi of coz la umoq pon makin lama makin meningkat. Tapi aku rasa muda lagi (bawah 25) takkan dah ada kedut kot.. Cis aku dah mula mengalami fenomena makcik-makcik. Berasa resah bila kulit mula naik kedut. Nak cocok botox macam Kak Mah ehem tak mampu dik... So sebelum apa- apa meh aku habaq pasai smile line under eyes ni...


Chapter 119: My make up collection

Nak kata koleksi barang mekap aku banyak, tak la banyak sangat kalau nak di bandingkan dengan koleksi yang mak andam ada. Pelan-pelan kayuh kumpul sikit-sikit. Beli semua sekali memang modal tak cukup. So kali ni aku nak share barang mekap apa yang aku ada orait :)

Ni sajer yang aku ada

Sunday, March 18, 2012

Chapter 118: HOW TO: Winged eye shadow

This is my favorite kind of eye make up. Winged eye shadow. So kali ni tuto aku nak tunjuk macam mana cara aku buat winged eye shadow ok. Inspirasi mekap ni dari dianna agron masa kat grammy tahun 2011. Ni gambaq dia:


So let check it out bebeh..

Thursday, March 15, 2012

Chapter 117: HOW TO: Blend eye shadow

Korang tengok la yea video ni. Dia ajar cara-cara nak blend eye shadow. So kalau agak tak paham dengan gambar aku boleh tengok ni. Aku pun belajar dari youtube sajer.


Practice make perfect so chaiyok2...

Chapter 116: HOW TO: Blue Smokey Eyes

Hello sebenarnya alang-alang aku nak try eye shadow pallet yang baru beli tu so better aku wat satu tuto. Mekap ni aku tak tahu nak inspirasi dari siapa. Yang ni aku just ikut apa yang aku tahu saja. Lepas guna eye shadow baru tu semalam aku agak berpuas hati dengan kualiti warna dia yang terang. Tak semua yang ada shimmer. So i'm happy ^-^

So let get started...


Muka

M.A.C BB Cream (as my make up base)
Silky Girl BB Cream All in 1 (as my concealer)
M.A.C Mineralize Satin Finish Foundation
Maybelline Powder Foundation
Silky Girl Blush

Mata

M.A.C Natural Brow Liner
Danni make up pallet (hitam dia terbaik wok)
M.A.C Eye shadow pallet 88 color (blue, blue turquoise, light blue, cream)
M.A.C Gel Cream Liner
M.A.C (Lupa plak nama panjang mascara ni)
Maybelline Crayon Liner
Benefit stay put eye primer

Bibir

Lip gloss (orange peach)

Wednesday, March 14, 2012

Chapter 115: Shimmery eye shadow

Hello again. Personally aku ni bukan la peminat eye shadow yang berkilau2. Aku suka kaler yang matte. Tapi ada jugak certain-certain make up mata yang cantik kalau guna shimmery eye shadow. Nak dijadikan cerita aku purchase eye shadow pallet. Aku ingatkan kaler dia matte sebab dalam gambar nampak macam matte. Sekali shimmery daaaaaaaaa.... Adoi tapi apa nak di buat, aku terima je la bayar pon bayar dah. Tapi overall kaler dia nice, terang. Tapi tu la shimmery i dont like....

Kali ni nak stop dah kot beli eye shadow pallet. Next target is naturactor foundation orang kata bagus so nak try la. Then nak target lipstick pallet. Walaupun aku ni bukan peminat lipstick tapi saja nak tambah koleksi make up.


Nampak gaya aku dah macam ketagih barang-barang make up... OMG! Thanks for read ok


Monday, March 12, 2012

Chapter 114: HOW TO: Dark Smokey Make Up

Seperti dijanjikan aku nak share macam mana cara aku make up inspirasi dari Avril Lavigne. Ok aku memang peminat kipas susah mati si Avril ni dari bangku sekolah lagi (skema dak ayat?). So bagi aku mekap ni senang bangat sebab tak berapa guna banyak kaler. Yelah hitam je kan? Untuk siapa-siapa yang minat dark mekap ni boleh la try. Yeah let get started.


Ringkasan apa yang aku guna:

Sunday, March 11, 2012

Chapter 113: HOW TO: Bentuk Muka Dan Cara Highlight&Contour

Setiap orang memiliki bentuk muka yang berbeza-beza. Kali ni aku nak share macam mana nak detect muka kita ni bentuk apa.. Bentuk muka yang berlainan mempengaruhi cara-cara nak highlight dan contour. Sebelum tu kena berdiri depan cermin dan ikat rambut ketat-ketat. So let check it out..


Wednesday, March 7, 2012

Chapter 111: TIPS: Jerawat baru nak naik?

Pernah tak ampa rasa tiba-tiba sakit ja kat certain-certain muka tapi tak ada apa-apa pon. Tu tandanya jerawat nak naik la tu. So apa nak buat? Jangan pulun pi picit macam dik non bawah ni.. Nanti lagi terok. 



Meh aku share cara-caranya.

Chapter 110: HOW TO: Cat Eyes Make Up

Semalam dok tunggu Encik Strow nak mai bawak p deting so aku mekap sambil nak buat tutorial la untuk post hari ni kan. Inspirasi mekap aku dari cover majalah vogue si Adele ni. Mekap Cat Eyes ni sangat debommmm... I like it very much much much.


Nak buat cat eyes ni kena prektis banyak-banyak sebab tu lah tangan dok ketaq tak jadi jugak. Aku pun tak berapa nak perfect sangat tapi boleyyyy lah.

Monday, March 5, 2012

Chapter 109: HOW TO: Determined your eyes type

Semua orang ada jenis mata yang berlainan. Jenis mata ni mempengaruhi jugak cara mekap yang mana sesuai. Bila teliti elok-elok, mata aku jenis normal. Haha. Kalau tak nampak penerangan dia sila klik pada gambar ok.

Chapter 108: Make Up yang aku adore

These are my list of make up that i really love to look and love to have it at my face. Hehe. Enjoy





Chapter 107: HOW TO: Make Up Macam Kim Kardashian

Oleh sebab di masa luang aku tak ada aktiviti yang boleh menghilangkan kebosanan aku so kali ni aku nak share lagi cara aku nak hasilkan make up macam Kim Kardashian dalam gambar di bawah ni: Macam ok kalau tak berapa nak serupa tu maaf lah.


Sunday, March 4, 2012

Chapter 106: HOW TO: Smokey eyes

Greetings readers. Hari ni aku nak share macam mana senangnya nak buat smokey eyes. This is my first make up tutorial so kalau ada yang kurang tu maaf lah yea. Nak wat video but i sound really stupid in video recording. Haha so aku just tunjuk menggunakan gambar sajer. Kita nak wat silver smokey eyes shadow. Let check it out. Style smokey eyes ni sebenarnya inspire dari cik kak lea michele ni


So ini our final look. Sorry crop hanya mata. Sebab nak tunjuk smokey eyes sajer.


Tuesday, February 28, 2012

Chapter 105: Doa

Doa sebagai jawapan kepada post aku yang sebelum ini...

Bismillahirrahmanirrahim...
Ya Allah jika sudah ditetapkan bahawa dia jodohku yang sudah termaktub untukku, 
Kau kuatkan lah hatiku ini untuk menerima segala kelebihan dan juga kekurangan dirinya. 
Dan kau limpahkan lah kasih sayang dan kebahagiaan kepadaku.
Amin....



After the Rain Comes the Rainbow.... So i hope.


Chapter 104: S.A.Y.A.N.G

Adakah kita sewenang-wenangnya nak lemparkan perkataan sayang? Of course la tak. Bila kita sayang someone tu memang kita automatik akan kata sayang. Besarkan pengaruh perkataan sayang tu. Sama jugak la kalau dengan panggilan sayang atau panggilan yang sweet2. Contohnya la kan, kalau hati tengah membara gila ni, skali boipren panggil kita sayang rasa hati berbunga-bunga terus. Boleh hilang rasa marah tadi. So nampak sekarang betapa besarnya pengaruh perkataan sayang ni. Tapi, kalau just boh ja perkataan sayang tapi segala action, perilaku, perbuatan, tindak tanduk anda tak menunjukkan sayang takda guna jugak. Someone akan rasa depress kot. Bila perbuatan anda tidak dapat dirasakan oleh pasangan anda yang menunjukkan anda sayang kepada dia, automatik dia akan rasa bahawasanya anda tak sayang dia. How simple its that.

Monday, February 27, 2012

Chapter 103: Masak-masak

Greetings reader ok macam biasa hari ni tak da kerja kat opis so aku update la blog. Saja kan nak mengisi masa 8jam yang terluang. Tajuk hari ni ialah masak-masak. Ingat cikpuan tak reti masak ka? Hello boleh na masak just simple-simple la. Kalau nak suruh wat nasi kerabu ke nasi dagang ke memang tak reti la sebab tak belajar lagi. Hekhekhek... Ada makhluk ni dia kata masakan aku ni atuk dia pon boleh masak. Lantak kau la jebon atuk kau ke kucing kau boleh masak pon. Kau reti? Tobat lahum aku rasa kau reti masak megi jer (Lelaki yang jebon ni). Sori la noh padan muka ang...

Ni saja la aku nak share apa yang aku masak. Resepi tak payah la kot sebab ni masakan simple ja. Berlambak resepi yang ampa boleh carik.

Sunday, February 19, 2012

Chapter 101: Apa yang perlu dan tak perlu

Greetings reader... Oleh sebab hari ini aku agak bosan dalam ofis dan tak ada kerja nak buat so aku update la blog ini. Tajuk yang aku nak share atau ketengahkan hari ni pasal apa yang perlu dan tak perlu dalam.... persiapan majlis perkahwinan. Aku yang masih belum kahwin ni dan insyaAllah as soon as possible kadang-kadang pening gak pikir bajet dan tak mahu la membazir yang bukan-bukan. P/S dah kena mula saving kot. Orang kata zaman sekarang ni kalau tak da 10k dalam tangan jangan harap nak kahwin. Biar aku betulkan pemahaman di sini ok, sebenarnya yang 10k tu semua buat benda yang tak perlu. Tu majlis korang sampai cecah 10k. Kita seeloknya berpada-pada lah, Janji majlis selamat berjalan yea dak? Orang sekarang ni suka membazir.


Wednesday, February 15, 2012

Chapter 100: Minat baru aku

Hello readers. Wah dah lama tak menulis blog nampaknya ni. Tengok-tengok dah chapter 100 pon. Cepat sungguh. Hehe so apa yang aku nak share kan hari ni ialah pasal minat aku yang baru. Eh harini valentine day. Oh aku tak sambut der valentine2 ni. Biaq kapiaq ja yang sambut ok?


Lagipun buat apa nak sambut valentine ni... Bagi aku hari2 boleh kita sayang menyayangi. Tak perlu nak tunggu 14 Februari tiap tiap tahun nak bagi cokelat ke bunga ke. Owh aku tak la. Bf aku tak romantik. Hahaha.

Friday, January 6, 2012

Chapter 99: Argh kena tipu mentah-mentah

Jawapan kepada persoalan aku sudah pun terjawab. Aku agak hairan pasai apa galaxy ace aku ni xleh video call... Research tengok memang x boleh sebab apa? Sebab tak ada front camera. Adui tertipu plak rasa. Aku ngat bintik bulat kat dpan ni kamera. Rupanya sensor. Puih! Kalau aku taw aku x consider beli galaxy ace. Aku simpan duit sikit beli galaxy s II. Menyesal pulak tapi apa boleh buat dah beli dah pon.... Huhuhu sabar ajo lah cikpuan.

Moral of the story: kaji habeh-habeh kalau nak beli sesebuah handphone tu... Nak jadi optimis, xpa lah atlease ada wifi. :-)

Published with Blogger-droid v2.0.2

Sunday, January 1, 2012

Chapter 98: Hai 2012




Orait everybody rasa sekejap saja kan tahun 2011 berakhir... Jadi sekarang tahun 2012 maka sudah 3 tahun lah aku berblog namun aku tidak berapa nak kerap post blog tapi aku akan berusaha jugak post something new for my readers.. Bercakap pasal 2012 kan, maka aku nak melakukan perubahan dalam blog aku ni. Selama ni aku menggunakan bahasa pasar kan (bahasa percakapan) dalam blog ni jadi sekarang aku ingin menggunakan bahasa penulisan. Sia-sia la ambil penulisan dulu kan.. Hehe. Nak kata azam 2011 semua tercapai tak ada la sangat... Ini azam aku tahun 2011 korang semua boleh le jenguk kat sini.

Jadi secara keseluruhannya alhamdulillah azam aku murah rezeki tu agak tercapai lah kan. 
Lebih banyak job photography? Unchecked sebab aku dah tak ambil job shoot just ambil job design album sahaja..
Tak mao berkata-kata kesat juga aku sudah berjaya melaksanakannya.
Lebih bertambah bahagia? Ok checked... Masih bersama Encik Strow
Tukar hp baru? Ok checked.. tengah guna galaxy ace finally.. :)
Beli kereta? Unchecked... Belum ada rezeki lagi. Sedih jugak la sebab dah berusaha...
Lebih matang? Not sure plak. Heheh.

Namun apa yang penting pada tahun 2011 aku telah berjaya melakukan transformasi diri sendiri dengan memakai hijab. Alhamdulillah I love it.