.:Mari Bergoogle+:.

.: Pengikut Setia :.

ALERT!!!

Welcome to my blog. If you like my content do please be my follower ok? My content mostly about beauty and make up tips and also about my personal life experiences. The contents are mostly in Malay language. Thank you again for drop by. (^-^)

Jumlah pendatang

Thursday, October 6, 2011

Chapter 90: Saya suka masak

Ok rupa blog aku pon da bertukaq wajah dah... Malas nak guna kaler banyak biaq putih ja la.. Suci bersih katanya... Orait... Cakap pasal masak ni kan memang aku suka sangat 100%. Sebab apa? Sebab bila kita masak, dah komfom2 kita taw makanan kita bersih, dan takkan wat hati kita keras. Aku dah jarang makan kat luar sebab bukan nak kata semua makanan luar ni tak elok, ada yang elok dan ada jugak tak elok. Maksud aku dari segi penyediaan makanan tu adakah tukang masak tu berdoa dan selawat sebelum basuh beras ka, kacau makanan ka. Aku amalkan kot benda tu and alhamdulillah la sedap masakan aku. Tak payah nak guna serbuk2 tambah sedap ni... And yang paling penting, bila masak sendiri, dapat save duit.

Tak dinafikan kebanyakan chef adalah lelaki...
Tapi kalau ada time tu malas, malas jugak.. Nak makan luaq jugak.. Hehe Tapi rasanya tak la sekerap dulu. Sebenarnya aku masak ni tujuan utamanya nak save duit. Motif keduanya supaya aku ni dah biasa manage time masak, time pergi kerja. So bila da kahwin nanti, aku tak la kalut nak guna bibik. Aku sempat masak sebelum pergi kerja dan jugak tak letih masak lepas balik kerja... Yalah nak jamu suami jugak kan... Hehe... So incik strowbelang, u bertuah dapat i taw.. Haha..

Aku sebenarnya nak share ada website mana aku penah tengok tiap kali nak memasak ada doa nya. Tapi alamak aduhainyer pun aku tak jumpa plak. Tapi memadai sekadar berselawat dan beristigfar sepanjang penyediaan makanan itu. Makanan anda akan menjadi sedap. Percaya lah.

Feveret chef aku... Jamie Oliver


Di kala boring-boring kan aku selalu jugak usha-usha website My Resipi. Berlambak resipi kat sini yang boleh try. Tak susah pun masak ni. Aku buat biskut raya pun refer resipi kat website ni. First time wat biskut and menjadi. Agak bangga jugak la even incik strowbelang tak minat lak biskut2 ni... Aduhainyer pun....
Bila kat rumah plak aku memang majoriti akan tengok rancangan masak-masak kat channel AFC (Asian Food Channel) channel 703 di astro... Ok promot sat. Aku suka tengok rancangan masak-masak sebab rasa seronok tengok makanan sedap-sedap.. Hehe. Biaqlah orang kata macam orang tua pun... Ada aku kesah.. Haha

Akhir katanya kita kena lah carik makanan yang elok sebab dari makanan tu la jadi darah daging kita. Sejak-sejak dok kerap masak ni kan alhamdulillah berat badan aku makin naik.. Aku penah dengar orang cakap, siapa rajin masak, memang cepat gemok.. Aiyo... Janji BMI dah normal.. Haha...

Thanks for reading


0 penambah suasana: