.:Mari Bergoogle+:.

.: Pengikut Setia :.

ALERT!!!

Welcome to my blog. If you like my content do please be my follower ok? My content mostly about beauty and make up tips and also about my personal life experiences. The contents are mostly in Malay language. Thank you again for drop by. (^-^)

Jumlah pendatang

Friday, June 10, 2011

Chapter 83: TIPS: Bila orang pompuan merajok

Al-kisahnya orang pompuan ni memang suka, kerap, selalu dan sentiasa merajuk. Kadang-kadang sebab nak bermanja-manja gitu dan kadang-kadang sebabnya adalah tu yang buat dia marah. Orang lelaki plak satu hal suka sangat meremeh-remehkan bila pompuan ni merajuk.. Tak bleh la gitu. Kata sayang awek atau isteri kena la prihatin bila orang pompuan ni merajuk. Benda paling common yang korang nampak kalo orang pompuan merajuk... Ok muncung ja mulut tu ha... Hehe.. Betul x?



Meh aku nak kongsi macam mana nak handle kalau awek/ isteri korang ni merajuk. At the same time nak ngajar sikit encik strow aku ni... Tu pun kalo dia baca.. Ehem2

Aku jumpa artikel-artikel ni and aku compile jadi satu.. Memang berbirat la korang nak baca.. Haha. Yang mana aku besaqkan font tu para laki paham-paham la noh.

Benda yang mencetuskan merajuk di kalangan pompuan/ gadis/ wanita:

1. Keinginan tidak diambil perhatian oleh mereka dan mereka tidak ambil kisah akan perasaan keinginan wanita itu.
2. Tidak sensitif terhadap perasaan wanita yang prihatin dalam sesuatu perkara dan pasangan hanya memandang remeh segala pandangan wanita.
3. Tidak peka pada hari-hari istimewa pasangan dan kena diberitahu pada pasangan mengenai hal itu.
4. Memuji wanita lain di depan isteri/teman wanita
.
5. Menyindir mengenai imej dan personaliti isteri/teman wanita dan membandingkan dengan wanita lain.
6. Tidak menjamah atau makan makanan yang disediakan kerana dirasakan tidak sedap atau tidak kena selera.
7. Tidak memuji pasangan pada ketika pasangan perlu pujian itu.
8. Suami/teman lelaki lebih suka bercakap dan bergurau dengan teman sekerja wanita atau lelaki berbanding isteri/teman wanita.
9. Kedekut dan tidak suka mengeluarkan belanja untuk keperluan isteri/teman wanita.
10. Suka memerintah dan tidak suka membantu kerja rumah. Suka mengkritik isteri yang sibuk membuat kerja rumah, tetapi tidak mahu menolong.
11. Selalu keluar rumah dan balik lewat, tetapi tidak memberitahu sebab mengapa pulang lewat dan sebagainya.
12. Tidak suka membeli buah tangan pada anak dan isteri apabila balik dari kerja dan sebagainya.
13. Tidak suka berhubung dengan telefon dan sistem pesanan ringkas (SMS) jika ada kerja luar dan terpaksa pulang lewat.
14. Suami melebihkan ibu bapa dan adik beradiknya dan sanggup berhabisan untuk mereka, tetapi tidak mempedulikan keluarga sendiri.
15. Sering memberi pujian dan senyuman yang mesra untuk orang lain, tetapi dengan isteri/ gf jarang dan tidak mesra.
16. Ada duit digunakan untuk belanja rakan dan saudara mara sedangkan mereka di ketepikan.
17. Mudah mesra dengan orang lain, tetapi tidak mesra dengan keluarga sendiri.
18. Bila balik kampung isteri, bersikap dingin dan tidak mesra.
19. Tidak membela anak mereka apabila ada saudara mara dan ipar duai menyindir kekurangan.
20. Tidak suka menemani mereka membeli belah
21. Tidak suka membelai mesra mereka pada saat mereka memerlukan seperti anak isteri sakit atau meraikan kejayaan mereka.
22. Suka bercakap kasar dan menengking.
23. Tidak suka meraikan hari istimewa seperti hari lahir, anniversary, kenaikan pangkat dan sebagainya.
24.  CemburuOrang pompuan sering merasa cemburu disebabkan ada sesuatu yang cuba mengambil anda dari dirinya ataupun mendekati anda. Seperti kawan-kawan, keluarga, teman sepejabat dan sebagainya.

OK BILA DAH MERAJUK APA PERLU KAUM LAKI NI BUAT?



SENYUM 
Bila si dia marah dan merajuk je, korang cuba buat muka seposen dengan tak pasal-pasal senyum depan si dia. Lagi dia marah atau merajuk, korang senyum je. Senyum puas-puas sampai cecah kedua-dua telinga tau. Mungkin si dia tak jadi untuk merajuk lagi dengan korang sebab kesian tengok korang, dah gila agaknya

Senyum sampai ke telinga pun boleh



BUAT LAWAK
Ok buat lawak pun berpada-pada jugak. Jangan plak wat lawak yang buat bertambah sakit ati si gf/ isteri. Lagi satu be natural, toksah nampak palsu sangat nak buat lawak pun. Kadang-kadang benda simple pun bleh buat si gf tu ketawa atau gelak. Tapi orang pompuan ni plak satu hal egonya. Mulut terketaq-ketaq tahan gelak.. Nak cover merajuk punya pasal. Hehe




BELI HADIAH
Yang ni laki memang jarang buat. Girls love surprizes you know.... Tak payah hadiah grand-grand pun. Cukup sekadar bagi surprize kat dia. Sapa tak suka surprize kan? Dapat hadiah komfem majok ilang.



HANTAR SMS/MMS/VOICE SMS
Yang ni kalau berada jauh di mata atau si gf tak mau jumpa. Yelah da merajuk ni orang pompuan mana nak jumpa. Muncung sorang diri mengharapkan si bf pujuk. Ampa yang laki ni hanta la sms sweet2 ke. Yang sedap hati dia baca. Jangan plak hanta sms yang bikin hati lagi panas. Memang lama la dia merajuk.

BUAT BODOH
Hoh ni memang bikin sia-sia ja si gf merajuk. Dia merajuk ampa buat bodoh/ buat tak tahu. Dia marah  ampa buat bodoh/ buat tak tahu. Sampai si gf kena pujuk diri sendiri atau dah malas nak merajuk sebab si bf wat tak tahu. Bahaya balik. Kalau lama-lama si gf tu fedap baru padan muka! Dengan ampa-ampa kena tinggai.

MERAJUK BALIK
Haha yang ni pulak kalau segala macam usaha tak menjadi si gf memang perajuk yang tegar, so si bf kena lah merajuk balik. Elok ampa dua masing-masing merajuk last-last sapa nak pujuk? Lu pikiaq la sendiri.

Ok jadi pompuan ni memang la sensitiviti dia tinggi. Sikit-sikit merajuk, sikit-sikit merajuk. Kalau tak merajuk pun dia pendam. So para laki ni toksah la buat benda yang depa ni tak suka. And kalau merajuk tu pandai-pandai lah usaha nak pujuk. Jangan bagi panas lagi and jangan buat tak tahu ok. 


0 penambah suasana: