.:Mari Bergoogle+:.

.: Pengikut Setia :.

ALERT!!!

Welcome to my blog. If you like my content do please be my follower ok? My content mostly about beauty and make up tips and also about my personal life experiences. The contents are mostly in Malay language. Thank you again for drop by. (^-^)

Jumlah pendatang

Wednesday, May 25, 2011

Chapter79: Are you happy with your life?

Ok apa yang ampa semua pikiaq bila ditanya soalan ni? Soalan ni kerap sekali ditanya kalau-kalau sapa yang ada pengalaman dikaunseling peribadi oleh si pemberi kaunseling ni.  Adakah anda gembira dengan kehidupan anda? Orait dalam hidup ni ada faktor ataupun unsur penting dalam memastikan kita gembira dengan kehidupan kita. Ini hanya dari pemahaman aku dan juga pengalaman aku. Antara faktor ni adalah karier (pekerjaan), percintaan, duit, unsur rohani (agama) dan kawan-kawan. Ini yang aku tahu lah. Sebetulnya ampa research sendiri la.

Aku kat tahap merah



Ok kita bercakap pasal faktor pertama iaitu karier ataupun pekerjaan. PERHATIAN ini semua kisah benar sebenarnya pasai kehidupan diri aku. Ok karier… Seingat aku dulu time belajar aku amik course penulisan artistik ataupun nama tak glemer dia penulisan seni layar. Aku pun tak tahu pasepa aku amik course ni dan aku agak nyesal gak la amik course ni sebab tak membantu langsung bila aku carik kerja. Mostly cari kerja kat Kedah ni… Sekarang ni aku bekerja sebagai pereka grafik dan juga programmer. Sapa lecturer aku? Ok I introduce to all of you Mr. Google… Programming? Apa itu? Aku tak belajar langsung masa kat Uitm dulu. Yessss aku dah lari dari course yang aku rasa sia2 aku blajar tiga tahun. Hutang lagi nak kena bayaq PTPTN tu. Dah la Riba’, membebankan. Bukan lupa diri, bukan tak mao bayaq…. Sebab memang tak mampu. Org PTPTN ni pun ingat sapa-sapa yang dah grade ni kuaq2 reja gaji kencang kot…. Ok ampa dengaq kerja aku ni macam gaji beribu-ribu kan? Sebenaqnya gaji aku serupa ja macam kerani opis biasa. Well… normal la kalau kerja kat Kedah ni…
Bila time gaji… Orait ni da masuk faktor lain iaitu duit… Bila time gaji syok kan? Dalam kepala tu nak beli ni nak beli… Tu nak pi, ni nak pi…. Bila ampa jadi aku, sila lupakan hasrat semua tu. Dapat gaji benda first is kena bayaq sewa rumah… Oleh sebab gaji sikit maka lepas bayaq sewa rumah so baki yang tinggal hanya cukup untuk hidup sebelum dapat gaji yang lain… So memang aku kerja makan gaji la. Nak makan apa lagi kan?





Untuk kehidupan seharian aku? Ok first things first bangun buat apa yang patut then pi kerja…. Kerja, kerja, kerja balik rumah tengok siling tengok dinding then tidoq. Tiap-tiap hari aku akan wat benda ni. Dua minggu sekali aku rasa kehidupan aku bermakna sebab aku balik rumah parent aku. For your information, aku takdak TV. Intenet? Oh aku malas nak bayaq dah kat Celcom shit tu… Charge aku macam-macam merepek kena bayaq melebihi pelan yang aku amik so last2 pi mampoih kat ampa aku tak mao bayaq langsung. So kehidupan seharian aku memang membosankan. Kawan-kawan? Ok aku sangat merindui kawan-kawan aku masa belajar dlu. Yelah tiga tahun bersama… Aku kat sini kesunyian takdak kawan. Takdak kawan nak sembang-sembang gossip-gosip sebelum tidoq.. Balik-balik rumah tengok siling tengok dinding. Kawan aku kat opis lak semua laki. So kalau nak lepak kerap sangat tu orang kata apa lak kan… Kang Encik Strow marah plak. Tapi kadang-kadang aku rasa macam nak lepak ja sebab nak isi masa bosan aku ni. Kalau nasib baik keluaq dating tu pun jenuh ajak. Yelah bf busy kan… So dah rasa macam mana kesunyian dan kebosanannya hidup aku. Kalau ada masa plak aku wat kerja part time… Tu pun ikut la kalau ada benda nak kena design ada la kerja.. Kalau takdak so tidoq awai la jawabnya.

Pasal rohani ok aku mengaku aku bukanlah seorang insan yang sangat alim tapi aku kadang-kadang tak lupa untuk menjalankan apa yang wajib. Mark my word kadang-kadang ok… Biasalah subuh liat sikit… Untuk berubah maybe one day aku akan terima hidayah untuk cover kepala kan? Aku target nak bertudung tahun depan tapi tak tahu lagi. Sebab aku tak reti nak pakai tudung cantik-cantik. Aku tak reti… Aku tak reti aku tak reti…. Tengok tudung dah banyak jenis.. Teringin nak pakai tapi tulah...





Saat aku menaip ni bukan aku taip direct ke blogger… Aku taip di atas word dulu…. Sebab masa sekarang ini aku takdak intenet. So aku luahkan kat word dulu sebelum transfer ke blogger aku yang dah nak stat bersawang ni.

Lastly the question is, are you happy with your life?
No my life is SUCK! The end.


0 penambah suasana: