.:Mari Bergoogle+:.

.: Pengikut Setia :.

ALERT!!!

Welcome to my blog. If you like my content do please be my follower ok? My content mostly about beauty and make up tips and also about my personal life experiences. The contents are mostly in Malay language. Thank you again for drop by. (^-^)

Jumlah pendatang

Friday, May 27, 2011

Chapter 80: TIPS: Arghhhh! Rambut makin rosak!

Bangun-bangun pagi pernah tak ampa semua merungut pasal rambut? Alamak rambut kasaq gila, serabut gila, tiaw gila dan semua macam gila lagi lah... Ok aku da masuk fasa ni. Rambut makin lama makin kasaq. Dan ini sangat tak elok untuk aku sebab rambut nampak macam akaq kayu. Haha. Jadi kali ni aku nak share sikit pasal semua benda yang boleh merosakkan rambut. 

sumber dari goggle... takkan aku nak kena posing macam ni?

Orait rambut adalah elemen tubuh badan kita yang perlu jaga dengan sebetul-betulnya. Tapi sapa yang dianugerahkan rambut yang sihat selalu alhamdulillah ampa kena bersyukur tu. Tak la jadi aku ni yang jaga gila babeng untuk memastikan rambut sentiasa terurus...


So kita teruskan ke amalan, tindakan, perlakuan dan sebagainya yang membuatkan rambut kita rosak:


1. Penggunaan alat-alat pemanas seperti pengering rambut, straightening iron dan curling iron...

Orait dah nama pun alat pemanas. Bila kita terkena benda panas dah tentu sakit kan? So macam la dengan rambut. Walaupun dia tak reti menjerit.. Tapi rohani dia menjerit-jerit sebab sakit. Gila kalau rambut boleh menjerit kepanasan aku rasa sapa-sapa nak dok guna iron-iron ni mati terkejut. Haha.. Tapi oleh sebab kita dah hidup dalam zaman yang serba canggih manggih ni ada dah rekaan terbaru iron pemanas ni yang bukan lagi merosakkan rambut, bahkan dia membantu mengelak dari kerosakan rambut. Tapi komfem-komfem harga dia mahal. 

Adeh panas-panas rambut menjerit.. :)

Pakar-pakar mengatakan bahawa bila kita menggunakan alat-alat pemanas ni, kutikel rambut kita akan mengeras dan memecah seperti tanah yang tengah kemarau. Kita memang la tak nampak sebab nak tengok kutikel rambut ni kita kena guna mikroskop, bukan teleskop yea adik-adik. Sama juga dengan pengering rambut. Dia elemen pemanas jugak. So kalau nak guna pengering rambut ni, jangan guna suhu macam ampa nak keringkan kolam bendang. Haha. Gunakan suhu rendah ja. Ada juga pengering rambut yang canggih, dia tidak keluarkan haba panas... Dia keluarkan haba yang sejuk dan mengeringkan. Tapi macam aku kata tadi komfem mahal. Hehe. So kalau nak hidup jimat, jadi macam aku... Talakan kepala anda ke depan kipas untuk mengeringkan rambut. Haha. cun tak idea aku?

2. Penggunaan bahan kimia yang melampau-lampaui batas
          
Ini dah lebih dari nak pergi Kepala Batas... As we all knows, takda yang elok pun bila dengar perkataan bahan kimia. Subjek kimia pun aku tak suka apatah lagi bahan kimia. Tapi tak boleh nak elak sebab majoriti bahan yang kita guna komfem-komfem ada bahan kimia. Sebagai contoh shampoo kita. Shampoo ok bukan shamoo... Tapi, shampoo boleh diterima pakai lagi. Penggunaan bahan kimia yang melebih-lebih ni merujuk kepada penggunaan color rambut, bleach rambut, rebonding, perming dan segala macam yang ada kat salon tu. Sebab proses ni sememangnya akan merosakkan kutikel rambut yang aku mention sat-sat tadi ja. So bagi aku, ampa semua bersyukur lah dengan jenis rambut yang ampa ada. Termasuk aku lah... Hehe.. Tak mau gatal-gatal pergi rebonding lagi... LOL.... Our natural hair is already match with our face. Tuhan dah berikan yang terbaik untuk kita so apa lagi bersyukur dengan apa yang ada.

3. Keadaan cuaca yang tak menentu

Orait yang ni memang tak leh nak kata apa lah. Kena redha ja. Sebab bukan kita yang kawal cuaca. Tapi meh aku explain sikit. Rambut kita ni berkomposisikan 88% protein. Protein ni fungsinya melindungi rambut dan bila si protein ni pun kurang, maka terjadilah rambut kering dan rosak. Matahari selalunya menyebabkan rambut yang dikaler menjadi pudar.. So aku kata dah tadi jangan kaler rambut.... Bila mai cuaca sejuk plak, pun merosakkan rambut... Sebab bila cuaca sejuk, kelembapan udara menjadi kurang. Angin sejuk menyerabutkan rambut dan membuatkan kutikel rambut jadi kasaq. Jadi solution eloknya pakai tudung supaya boleh melindungi rambut. Ok............. tudung coming soon.






3. Kekerapan terdedah kepada penghawa dingin atau nama glemer dia aircond...


Ok sapa kata aircond ni baguih? Tak baguih pun menatang alah ni. Dah la penyebab utama kenipisan ozon. Dah tu mengeringkan rambut dan kulit kita secara terang-terangan. Ampa sedaq tak kadang-kadang bila kena aircond kita rasa kering sangat. Rambut kasaq, kulit kasaq dan tekak asyik rasa dahaga. Ok ladies and gentleman ini semua salah pakcik aircond ok. Dia menyedut segala kelembapan yang ada. Sedut macam sedut ayaq. Habeh kelembapan kita. So seeloknya toksah la on aircond tu. Kipas pun elok di samping dia membekalkan cuaca yang normal (aircond cuaca macam dok kat London), kipas tak mengeringkan rambut sampailah rambut kita rosak..


Say no to aircond...
4. Geseran


Ok apa yang dimaksudkan dengan geseran ni? Ini ada lah perilaku harian kita yang menyebabkan rambut rosak. Contohnya, menyikat rambut semasa rambut masih basah, mengeringkan rambut dengan cara menggosok-gosok dengan tuala, dan juga apabila kita tengah tidur..... Ok untuk mengelakkan nya satu, jangan sikat rambut masa rambut tengah basah-basah. Tunggu kering then barulah sikat. Sikat pun kena ada jenis dia. Jenis sikat rata tu seeloknya-eloknya kena tukar kepada jenis bulat sebab sikat rata memang merosakkan rambut... 


Kemudian untuk mengeringkan rambut seelok-eloknya guna pengering rambut. Jangan tonyoh-tonyoh denga tuala ataupun balut kepala dengan tuala. Biar dia kering dengan sendiri pun elok jugak. Tapi alaslah bawah rambut dengan tuala kecik, Ampa mesti xmao dengaq mak-mak berleter kata ayaq menitik-nitik kan?


Then masa tidur plak seeloknya gunakan cadar bantal kain satin sebab satin kan lembut jadi dia tidak akan mengundang kepada geseran yang merosakkan rambut.








Jadi langkah pertama aku rasa penyebab utama kerosakkan rambut aku ni kat no.3 dan juga no.4. Nak elak pun xleh sebab yelah dah jadi rutin seharian kita.... Ampa pulak macam mana?

0 penambah suasana: