.:Mari Bergoogle+:.

.: Pengikut Setia :.

ALERT!!!

Welcome to my blog. If you like my content do please be my follower ok? My content mostly about beauty and make up tips and also about my personal life experiences. The contents are mostly in Malay language. Thank you again for drop by. (^-^)

Jumlah pendatang

Saturday, February 5, 2011

Chapter 61.5: Hari yang best!

Greetings to all readers. Hari yang sangat syok sebab lama dah aku tak hangout macam ni. Hangout dengan kawan-kawan perempuan aku iaitu Datin's Sri's Butang's ngan Wany Salleh. Tak lupa dengan kawan wany yang bernama Maryam. Kira happening jugak la petang tadi. Ok something that sound funny if i mention it to all of you.


Untuk golongan yang lepasan sekolah macam aku ni rasanya tak layak dah keluar hangout naik bas. Tapi apakan daya, petang tadi buatnya gila kami semua naik bas. Hahaha. Aku rasa macam kembali ke zaman sekolah kot. Zaman tak ada lesen kenderaan lagi. Naik bas kot. Tapi tak rasa bebai sangat la sebab bas dia tiba pada waktu yang singkat. Tak da la berejam aku nak tunggu bas.


klasik tak tiket bas ni?

So dari rupa tiket bas ni ampa dapat agak la jenis bas camna aku naik. Haha saja aku edit gambaq ataih serupa klasik gila.  Lawak kot aku sampai tak tahu/ tak sure nak turun mana. Takot sesat. Daaa... So sampai la destinasi kami di Pekan Rabu.



Ok walaupun aku agak lama dah dok Kedah ni aku tak round habis lagi dalam Pekan Rabu ni. Baru tadi meround sampai ke belakang. Yelah cik Wany Salleh nak carik buah tangan untuk kawan-kawan U dia. Macam-macam kuih yang tak pernah aku rasa, makan or lihat. Cakaq ayam? Ampa penah makan? Aku tak penah lagi la. Huhu. So lepas habis-habis round dalam Pekan Rabu ni kami p City Plaza plak. Ala-ala Mid Valley la kalau kat KL tu. Yeka? Ka macam Sungai Wang Plaza. Mana-mana pun takpalah.


Ni lah Pekan Rabu you all


Sampai-sampai City Plaza rancangnya nak makan Mekdi. Tapi malangnya full house gila. Almaklum lah time lunch kan mekdi murah. So berangkatlah kami ke Food Court. Perut aku berbunyi macam-macam lagu dah. Haha. Pas makan, makan, makan.... Si wany beli satu makanan ni namanya Uncle Bob Friend Chicken. Pergh! Sedap kot. Menjilat jari and harganya pun boleh dikatakan murah. 1 pinggan RM5. Ayam goreng yang dipotong-potong halus then ada serbuk kari. Sedaaaaappp... Rasa sekali mao lagi. Memang kenyang la sebab sebelum tu aku da makan nasi goreng ayam.


Uncle Bob Fried Chicken serius sedap!

Bila perut sudah kenyang then borak, borak, borak maka kami semua mengangkat punggung masing-masing untuk ke aktiviti seterusnya. KAROK. Tudia lama gila tak karok so ilangkan gian karok aku bantai 3 lagu. Tapi tempat karok kat City Plaza tu tak best la. Da la dinding nampak orang sebelah. Pastu microphone bergema. Sound pecah. Jadi tak teruja nak nyanyi. Beda nak wat praktis sebelum jamming jadi tak syok terus. Hurm.

Karok sampai lebam

So after that kami eh silap aku ngan datin ja yang balik dulu sebab datin takleh balik lewat. Tapi overallnya aku sangat enjoy hangout tadi. Lama tak hangout macam ni. Hilang gak stress aku even masalah banyak. Masalah fulus la... Hehe.. So datin, wany and maryam makasih noh hangout ngan aku. Ada hari ada waktu kita hangout lagi.


0 penambah suasana: