.:Mari Bergoogle+:.

.: Pengikut Setia :.

ALERT!!!

Welcome to my blog. If you like my content do please be my follower ok? My content mostly about beauty and make up tips and also about my personal life experiences. The contents are mostly in Malay language. Thank you again for drop by. (^-^)

Jumlah pendatang

Tuesday, January 25, 2011

Chapter 54: Cik Puan ni siapa huh?

Days 25: Who are you?

Ok selamat pagi buta aku ucapkan pada yang membaca ni ha. Skang pukul 12.23 a.m dan aku masih belum tido. Belom ngantuk lagi agaknya. Rasa best plak aku skip banyak pasal strtegi ni.. Haha. Korang tak taw eh pasal strategi apa aku merepek ni. Cuba baca yang ni so nanti paham la strategi apa aku merepek ni. Strategi tulis blog.

So kali ni aku kena cerita pasal siapa aku ni? Aku ni siapa? Who am I? Sure I'm not a Spiderman... Haha



Serabai ka aku? Who cares...

Ok.. Nama diberi Fitriyani Binti Sa'ari. Some call me Fit and some call me Yani. Both are my names. In this blog's world I be known as Cik Puan Strowbelang. That's also my photography commercial name. Aku dilahirkan kat Ipoh, Perak. Tapi majoriti aku membesar di KL (kena paku aku nanti). Oleh sebab family aku ni rajin bermigrasi jadi sekarang ni aku menetap di Kedah darul Aman. Sebuah negeri yang aman, menghijau dan boleh laaa aku nak hidup... Huhu.


Muka apabila lapar...

Aku bersekolah di banyak tempat.. Kan family rajin migrasi so aku pun kena migrasi sekolah jugak. List sekolah aku.

1. Sekolah Rendah Kebangsaan Tun Hussien Onn 

Ok aku sekolah sini sekejap ja. Kena tukar kes aku balik rumah sendiri (rumah jauh). Gedik ikut kawan jalan kaki. Last2 aku sesat ntah mana-mana. Nasiblah aku bawak botol air ada alamat rumah aku. Ada makcik ni baik hati hantar aku ke rumah terus. Balik2 aku kena tibai ngan pakcik Sa'ari. Esok tu terus tukar sekolah. Haha.

2. Sekolah Rendah AU3 Keramat

Aku berjaya habiskan UPSR aku kat sini.

3. Sekolah Menengah Kebangsaan Setiawangsa

Aku sempat sekolah sini sampai form 2 sahaja. Sebab pindah ke Putrajaya

4. Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya 2

Aku berjaya habiskan PMR aku kat sini. Then aku dapat ke sekolah teknik.

5. Sekolah Teknik Shah Alam

Mula berdikari dan hidup jauh dari family sebab dok asrama.. Berjaya habiskan SPM aku kat sini.

Ok setelah tamatnya sekolah dan aku dapat sijil SPM dengan jayanya maka terus aku pindah ke Kedah and stay la sini sampai la sekarang. Rasa macam sampai bila-bila sebab cik abg orang kedah. Wuhhu


Lama tak pegang kamera...

Orait aku berjaya dapat diploma kat UiTM... Under course Penulisan Artistik. Motif aku amik Penulisan??? Tak tu deh (slang orang sik). Ikotkan aku nak Art and Design. Tapi tak dapat so aku teruskan la perjuangan aku kat situ sampai berjaya tamat dengan cemerlang. Walaupun aku nakal, aku berjaya habiskan pengajian tanpa ada repeat paper or gagal. Congratulation tu me.

About my interest or my hobby? Mostly la pasal photography la. Aku seorang fotografer yang amateur bukan lagi seorang yang professional. Walaupun sekarang ni aku agak lama tak pergi shooting (tak ada orang ajak) so wat masa ni aku xda new photo la. Cian D3000 aku tu terperap dia. Kalau ada rezeki wedding ka apa ka I'm back in action la. Then aku sangat suka mengedit gambar. Bila bosan, aku edit. Takkan jemu la. Tiap hari aku try something new. Still gaya cik puan mesti ada la. Tone seperti gambar di atas. What do you think? Refer flickr aku untuk semua hasil aku. Website official aku skang ni under maintenance. Sorry ok...

Avatar aku.. Ada rupa aku x?

Sekarang ni aku berkerjaya sebagai pereka grafik atau nama shan dia Graphic Designer la. Haha. Takat ni aku tak berapa puas hati sangat sebab tiny income doesn't fit my life.... Terpaksa hidup susah dan berbajet selalu. Tak mahu la pau PA& MA kan nama pon da bekerja... So berdikari la aku. 

Ada lagi tak?

Aku tak taw nak taip apa lagi so let say enough la kan? Hehe. So nak kenal dengan lebih lanjut sila berkawan la dengan aku. Ngahahaha... Chaow!


0 penambah suasana: