.:Mari Bergoogle+:.

.: Pengikut Setia :.

ALERT!!!

Welcome to my blog. If you like my content do please be my follower ok? My content mostly about beauty and make up tips and also about my personal life experiences. The contents are mostly in Malay language. Thank you again for drop by. (^-^)

Jumlah pendatang

Thursday, December 29, 2011

Chapter 97: Handphone yang selama ini dah aku guna

fuh lama jugak tak update blog... Malas dan tak ada masa dan tak ada topik yang ingin dikongsi. Jadi lagi beberapa hari lagi tahun 2011 ingin melabuhkan tirainya jadi aku nak buat list handphone yang aku penah guna sampai la tahun 2011...

My first handphone - 2004
Klasik tak... ahah

Thursday, October 20, 2011

Chapter 96: Felamak debat dasyat

Ok aku ada la tengok dalam fesbuk ramai dok share video perempuan gaduh kes lelaki kat kedai kasut tu kan.. Kalau nak tgk klik sini ... So akibat meluat maka aku keluarkan status pasai video tu.. Ada perdebatan berlaku di situ ok.. Aku siap print screen.. Best jugak debat-debat ni tapi memandangkan aku ni jenis malas nak layan so terhenti takat situ ja...


ada sambungan nya ok....

Sunday, October 16, 2011

Chapter 95: Beautiful


Tak payah kaler rambut, pakai hijab awak nampak lagi cantik...
Tak payah mekap tebal-tebal, natural beauty is all the answer...
Cantikkan dalaman awak, nescaya luaran awak akan bertambah cantik....


p/s: lama x melukis....

Sekian...

Chapter 94: Rahsia Personaliti Warna Dari Hari Kelahiran

Nak jadi macam Dr Fadzillah Kamsah sat.. Seronok bila baca benda macam ni tapi jangan lah terlalu percaya sangat.. Just seronok-seronok ja ok... Layan....

2 Disember hingga 11 Januari, 5 Julai hingga 14 Julai – Oren
12 Januari hingga 24 Januari, 15 Julai hingga 25 Julai  – Kuning
25 Januari hingga 3 Februari, 26 Julai hingga 4 Ogos – Merah Jambu
4 Februari hingga 8 Februari, 1 Mei hingga 14 Mei, 4 Oktober hingga 13 Oktober – Biru
9 Februari hingga 18 Februari, 14 Ogos hingga 23 Ogos Hijau

19 Februari hingga 28 Februari – Perang
1 Mac hingga 10 Mac, 24 Ogos hingga 2 September – Aqua (Biru Kehijauan)
11 Mac hingga 20 Mac, 3 September hingga 22 September – Lime

21 Mac – Hitam
22 Mac hingga 31 Mac, 24 September hingga 3 Oktober – Ungu
1 April hingga 10 April, 5 Ogos hingga 13 Ogos – Biru Laut
11 April hingga 20 April, 14 Oktober hingga 23 Oktober – Perak
21 April hingga 30 April, 24 Oktober hingga 11 November - Putih
15 Mei hingga 24 Mei, 12 November hingga 21 November – Emas
25 Mei hingga 3 Jun, 22 November hingga 1 Disember – Krim
4 Jun hingga 13 Jun, 24 Jun, 2 Disember hingga 11 Disember – Kelabu
14 Jun hingga 23 Jun, 12 Disember hingga 21 Disember – Maroon

25 Jun hingga 4 Julai – Merah

23 September – Olive

22 Disember – Teal Merah (Kayu)


Ok dah tahu warna ampa? Baca lah ciri-cirinya...

chapter 93: For Incik Strow



Yours Undoubtedly,

Wednesday, October 12, 2011

Chapter 92: Simple quote that explain everything


Tiap kali ada masalah dan stress what i do is... I said to myself is not to give up dan bersabar sesungguhnya setiap kesabaran itu pasti ada hikmahnya...

Sunday, October 9, 2011

Chapter 91: "Taknak soalan banyak beli cash la"

Sebelum aku start apa-apa dulu.. Dari apa yang aku tahu la kalau sekiranya kita memohon untuk membuat pinjaman kepada pihak bank, kita ni dikira sebagai customer jugak la kan. Sebab untung rugi sesebuah bank ada faktor jugak dari loan. Ok itu dari segi pemahaman aku la kan. So kalau anda sebagai customer sesebuah bank ni then officer bank tu sound macam gini bunyi nyer "Memang la nak wat loan kena interview banyak soalan, taknak jawab, beli cash la".

Thursday, October 6, 2011

Chapter 90: Saya suka masak

Ok rupa blog aku pon da bertukaq wajah dah... Malas nak guna kaler banyak biaq putih ja la.. Suci bersih katanya... Orait... Cakap pasal masak ni kan memang aku suka sangat 100%. Sebab apa? Sebab bila kita masak, dah komfom2 kita taw makanan kita bersih, dan takkan wat hati kita keras. Aku dah jarang makan kat luar sebab bukan nak kata semua makanan luar ni tak elok, ada yang elok dan ada jugak tak elok. Maksud aku dari segi penyediaan makanan tu adakah tukang masak tu berdoa dan selawat sebelum basuh beras ka, kacau makanan ka. Aku amalkan kot benda tu and alhamdulillah la sedap masakan aku. Tak payah nak guna serbuk2 tambah sedap ni... And yang paling penting, bila masak sendiri, dapat save duit.

Tak dinafikan kebanyakan chef adalah lelaki...

Tuesday, October 4, 2011

Chapter 89: Nak promote sikit

Ok tak salah jadi Mrs. yang supporter kan? Ok jadi kat sini aku nak promote sikit perkhidmatan yang disediakan oleh Strowbelang ok. My incik strow kan photographer... So sapa-sapa yang nak kahwin ka, nak tunang ka boleh la roger2 kat sini pun boleh. Keutamaan pada belah utara la... Tempat lain pon boleh jugak. Aku dulu main kamera jugak tapi sekarang ni jadi supporter saja.. Ntah da macam malas.. Haha

Nak review hasil kerja incik strow saya boleh la klik SINI

Wednesday, September 28, 2011

Chapter 88: Jawapan kepada siapa yang bertanya


Bila nak kawin???
Di sini orang bertanya
Di sana orang menyoal
Tak kira teman mahu kenalan
Asyik-asyik itu je yang jadi bualan
Begitulah nasib orang bujang
Tak kira lelaki mahupun perempuan


Bila nak kawin???
Keluarga pun dah mula risau
Si teruna, emak bimbang jadi bujang terlajak
Si dara, ayah takut bergelar andalusia


Bila nak kawin???
Jiran turut sama menumpang tanya
Bila dijawab jodoh belum ada
Kata mereka, kita kenalah usaha
Mandi bunga salah satu caranya
Tak pun mandi ais boleh dicuba



Sunday, September 25, 2011

Chapter 87: Dugaan menunggu cik oren

Haih lama sungguh tak melabuhkan jari kat atas keyboard untuk post blog ni.... Selang beberapa bulan dah kot... Ha xpa kali ni tak da apa sangat la nak dikongsi bersama just nak cerita pasal tunggu ni....



Ok kebelakangan ni aku ngah tunggu sesuatu ok. Tapi tak leh mention la kat sini.. Bila dah setel baru aku mention ok.... Aku ni memang seorang yang tak suka sangat menunggu lama... Annoying kot..

Friday, July 1, 2011

Chapter 86: Mari bersolek

Rata-rata antara kita-kita ni yang perempuan rasanya semua suka bersolek ataupan bermekap. Kan? Kan? Kan? Eleh malu malu plak nak ngaku. Ok aku suka sangat mekap. Lagi-lagi area mata. Sebab my eyes are gorgeous ok.. Hehe perasan plak. Alhamdulillah pujian kepada Allah kerana kurniaan-Mu… Tapi masalahnya aku tak reti mekap. Aku takut kalau muka jadi pelik bila mekap ni. Setakat pakai eyeliner tu boleh lah. So aku pun jumpa website ni. Online make over gitu. Trimas Cik Wany Salleh sebab kenalkan aku website ni. Welcome to TAAZ.com. Online makeover and makeup. Ok cekedot (ayat Ody LockLuck)..


Orait ladies…. Aku rasa ini solution yang sangat sesuai pada kita-kita yang nak mekap tapi takut-takut nak mekap. Takot jadi macam Lady Gaga plak kan… Hahah…

Tuesday, June 21, 2011

Chapter 85: Dah tiba masa untuk fix diri ini....

Aku hanya manusia dan macam biasa lah manusia ni lemah dan selalu sangat wat kemungkaran. Tapi masih tak terlambat untuk fix kan diri ini. Macam aku... Alhamdulillah rasanya kehidupan aku yang sekarang ni aku lebih tenang dari dulu. Aku ngaku dulu memang jarang meletakkan dahi aku di sejadah. So i need to change and fix myself. Hoh kena tukaq header blog aku ni rasanya... Huhu tepat hari ni aku mula mengenakan hijab di kepala. Mungkin aku dah terdetik di dalam hati nak fix kan diri. Pelan-pelan mengubah cara hidup. Rasanya bila aku dah macam ni, ayah aku senang hati. Yelah dosa aku kan dia yang tanggung..


Tuesday, June 14, 2011

Chapter 84: Cemburu membunuh hati

Ok aku admit aku seorang yang sangat kuat cemburu. Rasa macam dah kena pi wajib p kaunseling. Kalau ikutkan dulu aku tak pun jeles melampau macam ni. Maybe sebab sejarah aku dulu, kawan sendiri balaih bf aku so tu yang melahirkan aku yang sekarang ni. Aku tak caya perempuan yang baik-baik ngan bf aku. Even kawan sendiri. Sorry banyak-banyak ok... Memang aku akan pandang serong teruih. Itu aku ok.... Aku try nak ubah tapi tu lah perlu bantuan jugak... So aku pun research-research aku jumpa artikel ni... 




How to stop jealousy: When your partner isn't helping...

Friday, June 10, 2011

Chapter 83: TIPS: Bila orang pompuan merajok

Al-kisahnya orang pompuan ni memang suka, kerap, selalu dan sentiasa merajuk. Kadang-kadang sebab nak bermanja-manja gitu dan kadang-kadang sebabnya adalah tu yang buat dia marah. Orang lelaki plak satu hal suka sangat meremeh-remehkan bila pompuan ni merajuk.. Tak bleh la gitu. Kata sayang awek atau isteri kena la prihatin bila orang pompuan ni merajuk. Benda paling common yang korang nampak kalo orang pompuan merajuk... Ok muncung ja mulut tu ha... Hehe.. Betul x?



Meh aku nak kongsi macam mana nak handle kalau awek/ isteri korang ni merajuk. At the same time nak ngajar sikit encik strow aku ni... Tu pun kalo dia baca.. Ehem2

Wednesday, June 1, 2011

Chapter 81: Ok saya dah cukup 23 tahun

Selamat hari lahir kepada aku pada 31 May yang lepas iaitu semalam. So hari ni aku dah genap 23 tahun satu hari. Bahaha.. Ok dah 23 tahun so kena matang dan dewasa. Ehem-ehem. Kalau time kecik-kecik dulu wajib kalau mai harijadi aku, aku akan merengek-rengek kat abah aku supaya belikan aku sebijik kek. Tapi dah besaq gajah ni takkan nak merengek-rengek lagi kan mao kena penampaq tang dahi naya ja. Haha. Ok walaupun begitu aku still macam mengharapkan kek untuk setiap tahun. Tapi dah beberapa tahun lamanya  tak dapat kek. Quiet sad jugak lah.

New York Cheese Cake my peberet... Nyum Nyum

Friday, May 27, 2011

Chapter 80: TIPS: Arghhhh! Rambut makin rosak!

Bangun-bangun pagi pernah tak ampa semua merungut pasal rambut? Alamak rambut kasaq gila, serabut gila, tiaw gila dan semua macam gila lagi lah... Ok aku da masuk fasa ni. Rambut makin lama makin kasaq. Dan ini sangat tak elok untuk aku sebab rambut nampak macam akaq kayu. Haha. Jadi kali ni aku nak share sikit pasal semua benda yang boleh merosakkan rambut. 

sumber dari goggle... takkan aku nak kena posing macam ni?

Wednesday, May 25, 2011

Chapter79: Are you happy with your life?

Ok apa yang ampa semua pikiaq bila ditanya soalan ni? Soalan ni kerap sekali ditanya kalau-kalau sapa yang ada pengalaman dikaunseling peribadi oleh si pemberi kaunseling ni.  Adakah anda gembira dengan kehidupan anda? Orait dalam hidup ni ada faktor ataupun unsur penting dalam memastikan kita gembira dengan kehidupan kita. Ini hanya dari pemahaman aku dan juga pengalaman aku. Antara faktor ni adalah karier (pekerjaan), percintaan, duit, unsur rohani (agama) dan kawan-kawan. Ini yang aku tahu lah. Sebetulnya ampa research sendiri la.

Aku kat tahap merah


Saturday, May 14, 2011

Chapter 78: Nak loving, loving sat naa... jangan mara aaaaa..

Ok malam ni mengundang mood jiwang aku nak berbicara melalui entri ini. Haha. Jadi ini sememangnya ditujukan untuk Encik Strow saya.... Ehem-ehem.... Nak jiwang sat biaqlah... Bukan selalu.. HAHA (Gelak besaq)


SAYA SAYANG MUHAMAD AFFENDIE SAYA SEBAB:

Chapter 77: Kepantangan kaum perempuan versi dari pandangan Cikpuan

Hai dan hello dan juga salam kepada pembaca. Ketika aku tengah melabuhkan jari di keyboard ni, aku ditenangkan dengan bunyi hujan yang sangat lebat di ofis ni. (Mood nak wat kerja tak sampai lagi so luangkan masa dengan tulis entri ni. Masih di dalam ruangan sharing is caring, aku nak share la sikit apa yang membuatkan perempuan tu hot, bukan erti kata hot cantik boek pa tu.. Ni hot dalam erti kata emosi MARAH, bengang, bebai dan seumpamanya la. Huish lebatnya hujan.... Tidoq pun syok ni.

Aku perlukan hujan yang sebegini....
Orait kita teruskan dengan topik yang dibincangkan ni...

Wednesday, May 11, 2011

Chapter 76: Attention, I have announcement to make

Greetings to all readers. Okeh hari ni banyak serabut kepala otak. Bayangkan lah ok... aku yang tiada basic programmer langsung kena wat application untuk iphone.... Tak ke gila aku menatap actionscript 3.0 yang aku baru nak berjinak-jinak. So hari ni aku takmao sembang pasal tu. Tauk tepi pasai coding tu. 

Bila bleh dapat sebijik ntah..... Benda ni yang serabutkan aku bila nak wat  Apps.


Hari ini aku nak iklankan sikit lah perkhidmatan terbaru dari cikpuan. Biasalah wat side income ni kan.
Oleh sebab aku tengok sambutan ramai dari kawan-kawan dan juga kenalan maka aku nak wat perkhidmatan sketching lah. Untuk potrait ke, kad kawen ke. Anything la.. Janji muka anda semua aku lukis. Ok harganya tak murah dan tak mahal. Ikut permintaan saiz gambaq dan juga kuantiti gambaq. 

Mengapa tak free je?

Monday, May 9, 2011

Chapter 75: Apa itu PMS?

Greetings too readers sekalian. Hari ni aku nak share info pasai PMS. Ampa semua ni tahu dak pasai PMS??? PMS ni stands for Premenstrual Syndrome. Mengapa benda ni dikatakan sebagai sindrom? Sebab ada efek kot. Betoi la tu. Budak laki selalu kata kalau orang pompuan ni marah-marah, depa kata period la tuh. Well, actually benda PMS ni berlaku seminggu sebelum period. So para2 bf if gf awak tu marah, moody tak tentu pasal maybe sebab depa tu tengah PMS.

bad mood in coming


Antara benda yang berlaku jika terjadinya PMS ni ialah: (Aku habaq 5 ja na yang paling common)

  1. Bad mood atau moody sepanjang masa. Sampai tak tahu apa yang menyebabkan bad mood tu.
  2. Keresahan dan kebimbangan
  3. Kesukaran untuk tidur
  4. Sakit kepala.
  5. Rasa tak senang.
Ok aku memang mengalami gejala no 1 and no 2 ni bila tiba waktunya. Memang tak tahu pasepa rasa nak bebai marah ja.... So hope encik strow paham la yea....

Harap2 info aku ni dapat membantu. Chiaow!

Sunday, May 8, 2011

Chapter 74: Babai camera, hello sketching~

I draw what my heart desire

Okeh selamat semuanya. Dah agak lama tak update blog ni. Labah-labah dah beranak pinak dah pon. So sebab ada story nak habaq mai tu aku jejakkan jari di keyboard untuk memulakan majlis. Ok tajuk aku agak simple yet tercapai maksudnya. Babai kamera, hello sketching. Sketching ni da lama sebati ngan jiwa raga aku sejak dari kecil lagi. Sapa yang kenal aku dari sekolah so akan paham la maksud azali tu. Hehe.

So cuma bezanya di sini sebab dunia dah semakin maju jadi aku melukis menggunakan mouse yea kawan-kawan. Bukan pensel bukan pen. Hehe.. So boleh aku terus masukkan kaler terus and touch up sikit.

Babai kamera? Why?
First things first sebab aku da makin tawar ati dengan profession ni. Minat tu minat tapi dah tak berapa teruja macam dulu la. Sebabnya? 
ok.... bila kita di bidang kamera ni... bajet kena banyak. Tu kena beli, ni kena beli.... So aku yang tak berapa nak berada ni agak lambat la nak upgrade gear tu. Dok macam tu ja la kamera aku.
Then aku da tak berapa minat nak shoot. Kalih2 model komfem seksi. Hell i hate it. 

Ok so stop takat sini sahaja. Aku tak reti nak nulih panjang-panjang.. Adios amigos~

Owh baru perasan ni first post untuk bulan Mei. My feveret month.. Nak tunggu hujung bulan ni surprize apa aku dapat...wink~

Sunday, April 17, 2011

Chapter 73: Cikpuan ke Langkawi

Bertarikh 14 dan 15 April, cikpuan ke LANGKAWI for the first time. So ampa taw la pasepa aku ciwi sangat kan. Hahaha. Ok sudah2. Aku mengikuti trip photo yang dianjurkan oleh geng THINKPHOTO. Terima kasih sebab buat event ni. Kalo buat lagi roger2 la ok tu pon kalo time tu berduit. Hehe. Owh tak lupa pada cik abg cikpuan yang telah mensponsor.... Tenkiu so much laling. Lebiu banyak2.

First Shoot sesudah sampai. Nampak dak helang tu?



Thursday, April 7, 2011

Chapter 72: suri rumah sepenuh masa @ pengusaha ladang anggur

Orait sudah tiga hari aku bergelar suri rumah sepenuh masa @ pengusaha ladang anggur. Alhamdulillah tanaman aku makin menjadi. Boleh aku bawak p juai kat pasar tani. Haha. Mood nak kerja tu tak mai lagi la. Sebab tekanan yang melampau sangat kot. Hehe.

Apa aku buat dalam masa yang terluang ni? Aku design web orang upah, aku usha kedai online and tido cukup-cukup. Serupa mak shin chan dah. Petang-petang ja tidoq.. Bosan cheq oi..

Ni misae ok

Tuesday, March 22, 2011

Chapter 71: Huh aku dah mula tak percaya padamu!

Okeh jangan kalut... Tak ada kena mengena sesiapa pun pada tajuk tu.. haha.. Geram ni geram.. Alkesahnya begini... (sound effect flashback)....

Wednesday, March 9, 2011

Chapter 70: Fenomena sekarang... Suma orang nak jadi fotografer

Anda setuju tidak dengan tajuk di atas? Kalau setuju sila angkat ibu jari anda. Simbol like duhhh... Haha.. Ni apa yang aku nampak la sejak-sejak akhir ni. Orang suma pakat mahu jadi fotografer. Mengapa eh? Famous kot jadi fotografer ni. Aku pon macam nak bersara pegang kamera dah sebab da macam tak syok tengok semua orang da nak jadi fotografer jugak... Sebab aku da gila edit picture sebenarnya... Huhu... Da macam trend pulak jadi fotografer ni... LOL...

Sunday, March 6, 2011

Chapter 69: Now I know why we aren't symmetric....

Greetings all. Lepas baca entry encik obefied pasal satu wanita tiga wajah. Bukan apa pun just cantum side muka kanan dua2 belah then side muka kiri dua2 belah. Tengok macam mana rupa. Aku pun teruja ingin mencuba sebab aku bukan mix. Orang kata mix ni cantik sebab dia simetri. So nak taw betoi ka tak cuba ampa gabung muka kanan dengan kanan si Jesicca Alba nak taw pa jadi...

So aku sangat bersyukur sebab dijadikan tak simetri. Sebab kalau simetri dan aku sememangnya bukan gadis mix... Haha tengok la rupa aku.

Friday, March 4, 2011

Chapter 68: Peng'like' kerap yang wat aku creepy

Greeting readers. Sebelum aku berceloteh panjang. Aku nak buat iklan sikit lah. Alhamdulillah, official website aku kini sudah boleh beroperasi seperti dahulu. Cuma... contentnya tidak seperti dahulu la sebab database hat dulu tidak boleh digunakan lagi. Cewah berbahasa programmer plak aku ni. Boleh la sikit-sikit beda CSS ngan HTML tu. Hentam je banyak. Untuk official website ni takdalah macam ruang blog aku ni. Offcial website aku tu just ruang aku berkongsi hasil karya aku. Chewah. Ini plak ruang berkongsi kisah hidup aku. Ada orang kesah??? Pasai kat aku lah blog aku. Ok sudah melalut sini. Sila tengok sebelah kanan anda untuk pergi ke Official Website Cikpuan. Check it out!


Tuesday, March 1, 2011

Chapter 67: Sehari RM1 = Tabung Perkahwinan

Yeah assalamualaikum dan salam sejahtera kepada yang sudi singgah blog masam aku ni... Kalo da alang-alang singgah tu kan, apa kata jadi follower aku?? Jeng jeng jeng.... How's your life? So far so good kah? Or amazing good? Apadia ni.... Ok kembali kita pada tajuk asal. Sehari seringgit.... HEH, Amalan menabung tu penting ok..


Monday, February 28, 2011

Chapter 66: Serius WTF Model Bogel????

Greeting kepada pembaca semua. Agak berkulat nampaknya ruang blog aku ni. Lama tak bercerita kan? Kalau tengok tajuk aku tu macam standad la kan kalau photoshoot omputih. Depa bukan tahu malu. Tapi nak dijadikan cerita la Melayu or da memang Melayu comfem2 la Islam right? So how come boleh timbul jadi model bogel ni? Serius aku tepuk dahi.

Tuesday, February 15, 2011

Chapter 65: Wowowowowo (tak tahu nak bagi tajuk apa)

Okeh all... Sudah lama rasanya tak mengupdate blog ni. So kali ni aku nak menceritakan sedikit la pasai apa-apa pun yang aku nak cerita la kan. Hahha. Sebelum tu aku ucapkan Selamat Menyambut Maulidur Rasul kepada semua muslimin dan muslimat. Ampa berarak lom? Sepanduk siap dah? Hehe..

Ok apa yang berlaku dalam masa aku tak update blog ni yelah... aku rasa macam takdak masa nak tulis macam dulu. Hehe.. Pekerjaan baru? Ok buat masa ni ok just aku tak tahan apabila berada dalam satu bilik dan orang-orangnya merokok kerap. Serius aku rasa nak lemas. Sikit tahun lagi mau sakit jantung aku. Kan siapa yang menghidu asap rokok lagi bahaya dari yang merokok. Tak pernah aku hargai udara segar macam sekarang ni. Haha.

Kena pakai topeng la aku pergi kerja ni

Thursday, February 10, 2011

Chapter 64: New Invironment

Greeting readers.. Alhamdulillah syukur nikmat aku dapat rezeki di tempat lain. Ada hikmah aku resign kat ****** tu. Haha nak dijadikan cerita, rancangnya kalau kerja tempat lain ni aku taknak la kerja satu tempat ngan cik abang. Tapi nak wat macam mana, kami ni tak leh dipisahkan. Haha aku still bekerja bersama ngan pak strow. Huhu Jodoh kuat. Ececeh. Kening Kening. Ok sekarang ni aku berada di bawah naungan Ireka Fotografi. Boleh lah pasni aku menajamkan lagi ilmu pasal fotografi ni walaupun aku ni lebih kepada edit gambaq. Jadi lepas ni kamera aku tu akan menjalankan peranan dia balik la. Tak lah terperuk dia dalam beg tu. Ahahaha... 

Muka teruja.. haha


Tuesday, February 8, 2011

Chapter 63: Mula berjinak dengan Illustrator

Freedom is mine at last! Yes maka dengan hari ini termaktub lah dan terbukti lah bahawa sekarang ni aku menanam anggur di belakang rumah. Muahahaha.. Syoknya tak payah lagi aku nak ngadap muka yang wat aku stress. Sikit la aku nak cakap kalau dok angkuh asyik tinggi diri tak pernah nak jatuh so ang takkan lama la. So terima kasih banyak-banyak la noh. Takpa pasni ang bleh bangga dengan employee baru ang yang bleh wat reja lagi bagus dari kami semua. Yehaaaaa... 

Rasa puas yang amat!


Sunday, February 6, 2011

Chapter 62.5: Strategi untuk hilangkan bosan

Harapan setinggi gunung musnah sekali tiupan angin, agak A.Samad Said aku? Haha. Harapan aku yang menggunung, hancur dengan sekali tiupan angin ja. Harapan apa yang aku maksudkan? Biarlah rahsia... Siti plak noh. Siti apa? Bukan Siti Sifir... Dato' Siti. Muahahaha... Apa aku melalot ni. Ok back to tajuk rite. Depressed gila aku dowh.. (KL balik).


Kecewa tak sudah

Chapter 62: Haiwan peliharaan

Haiya wa sangat bosan gila la arini. Rasa macam masa berlalu sangat lambat. Orang lain syok bila cuti, tapi aku jadi tak syok sebab boring yang amat. Tak pala nanti aku nak carik anak kura sekoq dua nak wat kawan beda ilang bosan. Boleh sembang-sembang (haiwan kan paham).




Saturday, February 5, 2011

Chapter 61.5: Hari yang best!

Greetings to all readers. Hari yang sangat syok sebab lama dah aku tak hangout macam ni. Hangout dengan kawan-kawan perempuan aku iaitu Datin's Sri's Butang's ngan Wany Salleh. Tak lupa dengan kawan wany yang bernama Maryam. Kira happening jugak la petang tadi. Ok something that sound funny if i mention it to all of you.

Chapter 61:Sorri aku tak berapa mesra alam...

Hey all. (Simple greeting). Malam ni sebenarnya aku tak ada idea nak menulis tapi akibatkan aku da rasa seperti rutin harian aku menulis blog pada waktu begini jadi aku cari jugak idea nak menulis. So pasal aku yang tak berapa nak mesra alam ni. (-_-'). Yes aku ngaku tu aku. Ha sebelum aku terlupa ampa usha-usha la blog aku lagi satu. Tu just koleksi foto-foto aku la. Jangan lupa jadi follower jugak ok. TERIMA KASIH MALAYSIA!

Klik SINI


Thursday, February 3, 2011

Chapter 60.5: Ang ingat ang cukup baguih da ka?

Hey all.... Today nak share kat ampa semua satu benda ni. Ampa suka dak orang yang rasa diri dia da baguih sangat? Well tidak pada saya. Yes kalau diri tu bagus sangat don't sound like a lil bit bongkak masa menegur orang. Aku rasa nak kaki ja. Aku tak kisah nak tegur karya-karya grafik aku. But jangan selitkan kebongkakkan dan ketunjukpandaian dalam menegur tu. Macam menunjuk-nunjuk. You guys know what I mean?

annoyed face



Chapter 60: Luaran sangat menipu yeaaaa

Hey all! Sebelum aku berceloteh panjang, aku bagi selingan dulu la hasil karya digital aku... cece lama xmelukis pakai pc. Ini dibuat semalam masa dalam opis. Lantak aku la. Grafik jugak tu. Lalalala...


tu konon2 aku la.... hehe


Tuesday, February 1, 2011

Chapter 59: Dok nampak dah...

Greeting readers! Harini nak share sikit la pasai kegembiraan bercampur aduk ni. Hepi + risau + bersyukur + gundah gulana. Hehe. Lawak lak kan. Apo kono ko ni cik puan? Haha. Sebenarnya aku tak tahu apa nak ditulis sebagai intro so moh ler kite....

Emosi bercambah


Monday, January 31, 2011

Chapter 58.5: *Contest gambar hitam putih paling cool

Okeh sekali lagi aku kena tag oleh si kijam eeqa. Nak gambaq hitam putih plak yea. Oh sebelum tu sila tengok bawah..... Ok rasa macam nak masuk layan jugak so klik pada gambar di bawah untuk info...



Chapter 58: Double up the day!

Greeting to all my readers... Oleh sebab da berhari aku tak update blog maka kali ini terpaksa aku post dua hari sekali gus... Yelah untuk day 29 and day 30. Fuh penat.....

Ada intenet kat umah (kampung) tapi penangan TV and game Patapon lagi menarik perhatian aku dari blogging.. Duhh.. Haha


Friday, January 28, 2011

Chapter 57: Pengajaran & Pembelajaran bulan Januari

Day 28: In this past month what have you learned?

Hello readers! Kali ni macam susah sikit aku nak bercerita. Tengok tajuk di atas? Apa yang da aku belajar dalam bulan januari ni. Kejap ja kan nak masuk Februari dah.. So what i have learned in this past month yea? Rasanya dalam bulan ni kan mengajaq aku supaya menjadi seorang gadis yang tabah, cekal dan bersabar dalam menghadapi dugaan hidup. Dugaan apa yang aku maksudkan ni?

Thursday, January 27, 2011

Chapter 56: Aku tertarik kau memang debomb

Day 27: What kind of person attract you?

Selamat pagi aku ucapkan kepada semua. Harini akhirnya aku dapat tido dengan lena. Tu pun aku terjaga setiap jam. So akibat itu aku malas ke opis pada hari ni. Bila aku free, so aku akan post new entry. Kali ni pasal individu yang mampu wat aku tertarik. Actually aku agak lapa sekarang ni. Blom jamah apa2 lagi. Kruuuh kruuh bunyi perut.

Namun diingatkan di sini....... jika anda tergolong dalam individu yang aku tertarik tahniah aku ucapkan tapi aku takkan ngorat la ok. Haha.

Wednesday, January 26, 2011

Chapter 55.5: *Contest gambar tak nampak muka paling cool.

Cepuik aku kena tag lagi oleh si cruel (kijam) eeqa. Gambar tak nampak muka yea? Macam menarik ja... Layan jom. More info kat sini contest.



Chapter 55: Jom ke merata alam

Day 26: A photo of somewhere you want to go

Salam dan sejahtera wat pembaca yang sudi singgah baca blog aku ni. Ok sekarang ni aku agak kemamaian dan kemabukan sebab dah 2 malam aku tak tido. Malam tadi pon buleh la lena sejam ja. Insomnia melanda diriku. Hope malam ni aku boleh tido. (-_-").

Jadi entry kali ni aku nak bercerita pasal tempat yang aku nak pergi. 

Tuesday, January 25, 2011

Chapter 54: Cik Puan ni siapa huh?

Days 25: Who are you?

Ok selamat pagi buta aku ucapkan pada yang membaca ni ha. Skang pukul 12.23 a.m dan aku masih belum tido. Belom ngantuk lagi agaknya. Rasa best plak aku skip banyak pasal strtegi ni.. Haha. Korang tak taw eh pasal strategi apa aku merepek ni. Cuba baca yang ni so nanti paham la strategi apa aku merepek ni. Strategi tulis blog.

So kali ni aku kena cerita pasal siapa aku ni? Aku ni siapa? Who am I? Sure I'm not a Spiderman... Haha

Monday, January 24, 2011

Chapter 53: Bermakna pada diri ini

Day 24: A photo of something that mean a lot to you

Aku translate sikit la. Kali ni aku share pasal gambar yang bermakna bagi aku. Ikutkan banyak tapi dia kata 'a photo' so aku pilih satu ja la yang paling bermakna la bagi aku. Memang aku tengok gambar ni aku rasa happy dan suka la. Nama pun bermakna pada diri aku. Of course la happy. Daaaaa...

Sunday, January 23, 2011

Chapter 52.5: *Segmen Nelly: Permainan masa kecik-kecik

Okeh sebenaqnya aku ditag oleh si kijam eeqa, about what eh? About permainan masa zaman kecik-kecik dulu. Adoi. Nak kena ingat balik la ni. Sebentar beta memikirkannya..........

Yeah i've found it. Bersedia ni aku nak jawab da ni...

Chapter 52: Day 23: 15 facts about me

Okeh mula dah strategi nak tulis blog. Kali ni aku terus ke hari yang ke 23 (harini kan 23hb Januari), aku share 15 fakta pasal aku. Nasib 15, mau dia mintak 100 jenuh. Tapi pikir2 balik aku da penah post 100 benda pasai aku. Tak caya p balik tengok sini.

Saturday, January 22, 2011

Chapter 51: Strategi nak tulis apa tiap-tiap hari

Setelah menelaah kat blog member aku yang sengal + geyla menulis + aku rindu bangat sama dia si eeqa, aku dapat satu benda ni. Kira macam strategi or jadual la aku nak tulis apa dalam blog ni ikot hari demi hari sampai sebulan. Aku pon macam si eeqa gak malas nak tulis so aku curik print screen yang dia wat. genius x? haha.

Ini dia.. treng teng teng

Tuesday, January 18, 2011

Chapter 50: I'm skinny, and I hate it.

 Manusia ni payah kan... Kurus kena kata, gemok pon kena kata... Tapi ke hardcore' an aku pon aku terasa hati kot kalau ejek pasal tubuh badan ni. Yes aku taw aku kurus... Ingat aku mintak ka jadi macam ni? Tapi aku bersyukur la aku tak tahap anorexia lagi... Aku rasa kalo aku dok umah (kampung) maybe aku sehat sikit. Yelah makan 24jam.. Kalau hidup bujang ni dan berbekalkan gaji sikit, so aku kena budget sikit la bab makan ni... Kadang2 aku risau gak bila underweight ni... Huhu... Tapi berbekalkan ayat pak strow aku "u da elok da macam ni just kena jaga kesihatan ja" tudia. terharu aku.... Tapi aku tak tahan org ngata.. Keding la, pepeh la... Haih diam la  boleh x?

teringin badan macam Fergie.. Wowowow...


Thursday, January 13, 2011

Chapter 49: You already off the limit man F.Y!!!!!

Caution: I'm not in a good mood


Malam ni merupakan malam yang sangat merundung kekecewaan, kebengangan dan kebencian yang meluap-luap. Rasa nak mencarut ada jugak tapi aku da berazam tahun ni taknak mencarut dah. Tapi macam dah batal ja azam aku tu.. Mampoih p. But you already off the limit man.....

Monday, January 10, 2011

Chapter 48: When I'm started to bored...

Ok memang malam ni malam yang bosan bagi aku.. so bila aku bosan, aku mula search macam-macam dan observe some fact. Tapi sebelum aku bercerita pasal tu aku nak cerita sikit pasal AJL. tudia nak jugak nyelit pasal AJL tapi haram tak minat pon. Haha.. Bagi aku ntah aku sebagai seorang yang kurang meminati AJL ni agak susah la jugak nak wat penilaian sapa yang patot menang. Tapi yang da menang tu tahniah la aku ucapkan. Haha. Padahal aku tak tengok habis pon AJL...  Tertido la....