.:Mari Bergoogle+:.

.: Pengikut Setia :.

ALERT!!!

Welcome to my blog. If you like my content do please be my follower ok? My content mostly about beauty and make up tips and also about my personal life experiences. The contents are mostly in Malay language. Thank you again for drop by. (^-^)

Jumlah pendatang

Monday, November 8, 2010

Chapter 40: 25 more things you should know about me (part 2)

Ini part 2 dari post sebelumnya. Nak bagi cukup 100 info about me.

26.   Aku pernah bercita-cita nak jadi saintis.. Lawak kan?

27.   Selalu membayangkan diri jadi Haley (vokalis Paramore). Ngehe...

28.   Orang kata aku manja.. Tak tahu la.

29.  Aku suka berdikari, tak suka sangat menyusahkan orang. Tapi kalo keadaan mendesak aku, terpaksa la...

30.   Aku suka fotografi sejak dari time kecik-kecik dulu tengok arwah Pak Long aku tunjuk kamera dia kat aku. Then bertambah minat bila belajar fotografi sem 3 dulu. Lagi tambah minat bila ada kamera sendiri. Even tak berapa nak canggih sangat. Hargai pemberian ayah aku. Bertuah bila dapat bf fotografer. (Blushing2)


31.   Aku dari dulu lagi memang cukup tak suka kalo jadi orang tengah. So jangan la bagi aku meletop, tanya benda pasal orang lain.

32.   Aku cukup takot dengan badut... Jangan tanya aku pasal pa...

33.   Ada perempuan maybe suka diri dia kena ngorat, kacau or yang sewaktu dengan tu,. Tapi aku sorry la, aku benci sangat kena ngorat, kacau or yang sewaktu dengan tu. Jangan kacau aku!!!

34.   Aku boleh menulis menggunakan kedua-dua belah tangan. Kebolehan ni aku dapat dari datuk aku.

35.   Mak aku cerita dulu aku hampir-hampir mati dah time umur tak silap aku 3 or 4 tahun kot. Hehe kes aku telan duit syiling. Kan dulu feymes cokolat syiling. Budak-budak aku taw apa..

36.   Time aku da cool pas nangis jangan tegur aku nanti meleleh balik air mata aku.

37.   Aku suka bawak moto, tapi aku tak suka bawak orang.

38.   Aku penah jatuh dalam bendang yang banyak lintah. Ew...

39.   Nak tulih pa ag... Pikir jap. Aku alergik pada kerang.

40.   Dalam family aku, aku yang macam adik even aku ni anak yang kedua. (aku paling kecil antara adik bradik aku)

41.   Seumur hidup aku bersekolah, aku tak pernah ditabalkan atau dicalonkan jadi pengawas. Tak layak agaknya. Aku xsuka pengawas time sekola dulu. Bajet baik. Haha.

42.   Aku takkan tulis diari dah seumur hidup aku. Kes diari aku dulu kena pecah masuk dek kakak aku. Aiyo...

43.   Duit syiling memang aku takkan guna untuk bayar apa-apa sebab duit syiling aku akan simpan masuk tabung. Pelaburan masa tua. Haha.

44.   Aku suka melukis/ berseni sejak azali lagi.

45.   Aku tak suka tidur petang. Kalau terlampau extreme punya ngantuk baru aku tidur. Tapi selalunya aku tahan takkan tidur. Tunggu malam gak.

46.   Aku ni terlalu lurus sampai selalu kena muhong atau kena wakenabeb.

47.   Kepantangan paling maximum, kalau ada orang xreti nak beratur dan men sedap hati ja potong line aku. Orang tua, or muda memang aku sound gak. "Tak reti beratur ka?"

48.   Aku memang payah nak say 'no'  bila orang mintak tolong, ajak p mana2 or apa2 jela. Bila aku kata tengok dulu, memang aku taknak sebenarnya.

49.   Aku suka berjalan-jalan tapi family aku ni payah nak bawak berjalan. Tak tau pasepa.

50.   Last but not lease.. Last untuk part ni je. Nanti ada lagi. Aku suka masak, tapi untuk aku makan sendiri buleh la. Hehe malu orang kata pasal masakan aku sedap or tak. Aku rasa sedap so sedap la. Haha



P/S: aku xde kerja sebenarnya.... haha

    4 penambah suasana: